Mengejar Impian…

Tersebutlah kisah di sebuah pekan kecil. Ada seorang budak perempuan berumur 9 tahun yang sangat suka menari Ballet. Setiap hari dia akan menari ballet di dalam biliknya dan berangan-angan untuk menjadi penari ballet yang terkenal di dunia.

Pada satu hari, budak perempuan itu ternampak poster tentang sekumpulan penari ballet yang akan mengadakan persembahan di pekannya. Jadi, dengan bersungguh-sungguh, budak perempuan itu mengajak ibu-bapanya untuk membawanya pergi menyaksikan persembahan tersebut.

Hari yang dinanti-nantikan pun tiba, dengan hati yang sangat teruja, budak perempuan itupun pergilah menyaksikan persembahan tersebut. Budak perempuan itu berasa sangat-sangat gembira.

Selepas tamat persembahan tersebut, budak perempuan itu telah menyelusup ke belakang pentas dan ternampak koordinator kumpulan penari ballet tersebut sedang sibuk mengemaskan baju dan peralatannya.

Tanpa segan silu, budak perempuan itu terus menegur koordinator tersebut dan meminta koordinator tersebut memberikan komen terhadap tariannya. Maka, menarilah budak perempuan tersebut di hadapan koordinator tersebut.

Selepas selesai budak perempuan itu menari, koordinator itu pun berkata.. Continue reading

Rahsia GMail

Sebelum ini saya ada bagi tips pasal Google Maps. Jadi, hari ini saya nak berikan sedikit tips pasal GMail pula. Mungkin ramai yang sudah tahu, tapi saya perasan, masih ramai juga yang tak tahu. Jadi, entry ini khas untuk mereka yang masih lagi tak tahu.. oh!

Bagi saya, setiap orang yang menjalankan perniagaan di internet mestilah memiliki akaun Gmail ini. Sebab apa? Continue reading

Motivasi, Ebook & Talk..

Alhamdullillah… sudah 2 bulan berlalu untuk tahun 2012. Kini sudah masuk bulan yang ke-3… syukur, diri ini masih lagi diberikan kesempatan olehNya untuk menghirup udara yang segar di dunia ini!

(eh?.. ayat macam ayat ketua editor kat dalam majalah je.. oh!) 

Sepanjang 2 bulan pertama 2012 ini, saya rasa tahap produktiviti saya agak baik, banyak kerja-kerja penting dapat dilakukan sepanjang 2 bulan ini, cuma, pada pertengahan bulan 2, lalu, produktiviti menjadi sedikit slow sebab masalah kesihatan (demam & selsema).

Insyallah.. pada bulan 3 dan seterusnya ini, momentum produktiviti akan cuba di tingkatkan lagi dan lagi..

Satu kata-kata semangat yang sering saya ingat apabila rasa macam malas-malas ialah..

“Usah biarkan hari ini berlalu tanpa saya melakukan apa-apa untuk saya mencapai impian saya”…

Bila ingat-ingat balik kata-kata tu.. pukul 2-3 pagi pun masih bersemangat lagi untuk buat kerja…

Continue reading

Boleh Kita Jumpa di Putrajaya & MidValley Hujung Minggu Ini?

Yup!… hujung minggu ini, pada hari sabtu & ahad, saya akan berada di putrajaya dan juga MidValley.

25 Feb 2012 ( Sabtu ) – Malaysia Internet Millionaire, (Putrajaya)

Seminar anjuran PUIM ini akan diadakan di Menara Usahawan, Putrajaya. ianya menampilkan 6 orang speaker yang akan berkongsikan tips dan pengalaman mereka di dalam menjalankan perniagaan internet.

Yuran penyertaan untuk seminar ini, hanyalah RM50 sahaja!

Insyallah, saya juga akan turut berada di sana sebagai tanda sokongan kepada rakan-rakan Usahawan Internet Malaysia yang lain. Pada seminar tersebut juga, akan diselitkan majlis MoU antara pihak WangCyber-PUIM-Flarebiz-UnisonMall. Continue reading