Jika ditanya.. “apakah pelaburan yang paling menguntungkan dalam hidup ini?”
Setiap orang pastinya akan memberikan jawapan yang berbeza, ada yang akan katakan pelaburan hartanah, ada yang kata pelaburan saham, ada yang kata pelaburan dalam perniagaan, dan yang terbaru.. yang paling disukai oleh orang-orang yang nak cepat kaya.. forex & swisscash.
Terpulang pada anda, saya tidak berminat membahaskan apa yang betul dan apa yang salah tentang perspektif dan kemahuan anda pada kali ini.
Tetapi bagi saya.. pelaburan yang paling menguntungkan adalah peaburan kepada diri sendiri.
Yer.. pelaburan kepada diri sendiri, atau dengan bahasa mudahnya, ilmu/pendidikan untuk diri anda.
Mengapa?.. ini alasan saya..
Jika anda melabur pada hartanah.. boleh jadi, hartanah anda terbakar, rosak dan akhirnya hilang dari pegangan anda..
Jika anda melabur pada saham.. pabila harganya jatuh teruk.. anda hilang segala-galanya..
Begitu juga dengan perniaagaan.. semuanya boleh hilang dan dirampas daripada anda..
Tetapi.. ilmu?.. Sekali anda mengetahuinya, ia akan terus menjadi milik anda.. tiada siapa yang dapat merampasnya dari anda… sekalipun ekonomi jatuh merundum.. ilmu tersebut takkan hilang dari diri anda.
Orang-orang kaya akan sentiasa melabur pada diri mereka.. mereka akan memperuntukkan sejumlah wang mereka untuk melabur kepada diri mereka dengan membeli bahan-bahan illmiah seperti buku, kaset, cd, dan juga menghadiri kursus-kursus serta seminar-seminar yang dapat meningkatkan ilmu mereka. Ini kerana mereka sedar dan dapat melihat betapa pentingnya melabur kepada diri sendiri terlebih dahulu sebelum membuat pelaburan pada benda yang lain.
Jadi… berdasarkan perspektif tersebut, maka saya tanpa rasa menyesal atau kerugian, malah berbangga… mendaftarkan diri saya untuk menghadiri seminar Azizi Ali ini. (Hu! hu!.. ada sesiapa yang turut pergi ke?.. Leh lah duduk sama2 nanti.. ahak! Tengah nak cari geng nie sebenarnya..)
P/s:- Dulu, sewaktu kanak2, saya seringkali menonton drama di tv. Seringkali jika ada watak-watak orang kaya, pasti akan ditunjukkan satu adegan dimana orang kaya tersebut akan duduk di bilik bacaannya sambil membaca buku.. pada mulanya, saya sangkakan ia hanyalah drama semata-mata, tetapi… kini baru saya sedar, itulah realitinya. Jadi tidak hairanlah mengapa orang kaya dapat mengekalkan kekayaannya dan bertambah kaya, kerana mereka tidak jemu-jemu melabur kedalam diri mereka.
Jika anda ingin menjadi kaya.. rajin-rajinlah membaca yer! Yosh!!
Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.




Latest Comments
kutar, kutar, kutar, mr.eims, laila [...]
titan, dauz, shuth, sham
Budak Gas, taukey, Abdul Rashid Basar, zool, oktant [...]
EDEK, AbgDie, anas, shuth, rusmaini
rps, rps, epit, aku, aku [...]