My First Time
“When the last time you do something for the first time?”
Inilah kali pertama saya menulis didalam blog ini, dan inilah juga kali pertama saya menggunakan perisian wordpress. (Pening juga nak setting benda nie yer.) Masih banyak yang perlu diperbaiki. Insyallah akan diperbaiki dari masa ke semasa.
Bercakap mengenai kali pertama.. banyak juga perkara yang telah saya lalui untuk kali pertama.
Saya masih ingat lagi kali pertama saya menerima wang hasil dari perniagaan internet saya. Orang selalu kata.. dapatkan dulu RM1 anda dari internet.. barulah anda akan boleh mendapat RM10.. RM100.. RM1000 dan seterusnya. Tapi, pengalaman saya.. RM pertama yang saya terima dari internet bukanlah RM1.. tetapi RM9. Ha! ha!.. yer.. RM9 untuk 10mb hosting, itulah benda pertama yang saya berjaya jual di internet. Alhamdulilah, sempoihosting.com kini sudah menyambut ulangtahunnya yang pertama.
Saya juga masih ingat kali pertama saya membeli domain name & webhosting. Nama domain pertama yang saya beli adalah www.shuth.com, tapi sayang.. kini nama domain tersebut bukan lagi milik saya, ia telah dirampas dari tangan saya dengan liciknya. Bagaimana ia dirampas? Saya tidak berminat untuk menceritakan kisah tersebut pada masa ini, mungkin di lain kali.
Tidak lupa juga pertama kali saya tidur bersama dengan seorang wanita… oh! saya rasa saya tidak ingat saat itu apa yang telah berlaku… mungkin disebabkan pada masa itu saya masih kecil lagi. (Tidur dengan ibu ler… mana leh ingat? masa tu baby lagi… korang ingat aku tido ngan sape?? hu! hu!)
Apa-apa pun… jika anda ingin memulakan perniagaan internet anda buat pertama kali! Jangan takut atau risau!… Just do it!… Anda pasti akan tersenyum suatu hari nanti apabila mengingati saat itu.
Sekian untuk kali ini.
Hi! Nama saya Mohd Suhaimy. Saya adalah seorang Usahawan Internet & Blogger sepenuh masa. Dalam blog ini, saya berkongsikan tips mengenai Perniagaan Internet, Pengurusan Wang, Motivasi Kejayaan disamping beberapa pendapat dan pandangan peribadi mengenai topik tertentu.

bknnye takut nak mulakan..but penin x tahu nak buat ape..hehehe..camnerpon hosting awk tue dasat maaa…saye arap ramai anak melayu yg akan berjaya dan akan memartabatkan agama kita..semoga anda berjaya
“..sempoihosting.com kini sudah menyambut ulangtahunnya yang pertama.” — TAHNIAH! Heppy Bedey SempoiHosting..hu..hu..sy pon rekemenkan kat kekawan utk melanggan SempoiHosting pasal fleksibel terutama utk member2 yg bujet kureng..macam sy mula2 dulu gak…
“Bagaimana ia dirampas?” — Bro Shuth kena kongsikan gak pengalaman pahit tu pasal boleh dijadikan pengajaran dan iktibar kami newbie ni..kang domain kami pon kena culik..adiossss!
Akhirnya, shuth ada blog.
Biarlah saya rasmikan komennya.
“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani,
Beta Merasmikan Blog Ini”
ahaxz…
Apapun, nice story. Saspen jugak tadi time cerita pertama kali tidur dengan wanita tu..
shuth, shuth… :p
Apapun, walaupun dah ada blog sendiri, tapi jangan segan2 ye, anggaplah SaifulSham.com tu blog milik semua. Sila2 lah…
Selamat Berjaya…
ha! ha!.. terima kasih kepada yang sudi beri sepatah dua kata kat sini.. patut lah saya tgk dari siang tadi takde satu komen pun.. rerupanya wordpress nie ada setting kena approve comment dulu.. ha! ha! ha!… sowila… baru first time guna wordpress ini.. masih blur2 lagi..
to daboss >> thanks sebab sudi memberi sokongan
to Abgzol >> insyallah saya akan kongsikan pengalaman saya itu nanti
to Sabri >> Insyallah.. saya akan beri juga 1-2 artikel untuk dimasukkan dalam saifulsham punya blog.
terima kasih kepada semua yang sudi beri sokongan.
isk… tak dapat aku nak pecahkan teruna blog nie….
hahaha….
aku punya blog masih teruna…
Tahniah diucapkan kepada Shuth,
Saya baru saja mengikuti wang cyber tapi banyak ilmu yang di perolehi…
Saya harap Shuth tak jemu untuk berkongsi maklumat yang berkaitan dengan internet marketing supaya kita sama-sama maju…
TAHNIAH ! diatas kelahiran blog ini…
Farid
agaknya domain tu dapat dirampas kerana tak ade prevent hijacking time tu(domain lock)…oleh hosting provider.
Saya pun nak tahu juga bagaimana perkara tu boleh berlaku…
tahniah shuth, tambah lagi satu blog utk memeriahkan ebiz n net marketing kat malaysia…
tahniah di atas ulang tahun yang pertama sempoihosting,insyaAllah dalam masa terdekat ini saya akan menggunakan servis anda,=),(serius ni,:))
Tahniah shuth.. Hmm, semoga terus maju jaya!
Tahniah…sempoihosting u memang power!!! hepi birthday!
semoga anda suskses sokmo…
semangat je nk bt biz internet…huhu…my 1st income at maskahwin.com RM5 je…haha..tu pn yg beli is me..