Please… jangan buat SPAM

Semalam, saya menerima sebuah email yang berbaur “ugutan” dari server administrator bagi sempoihosting.com. Semuanya gara-gara salah seorang pelanggan sempoihosting.com yang telah melakukan SPAM dari websitenya. Akibatnya, website & akaun beliau telah disuspend dengan serta-merta.

Email yang saya terima dari server administrator memberi amaran kepada saya! (Pening juga… client yg buat SPAM! kita yang kena warning!). Amaran tersebut berbunyi lebih kurang macam ini lah setelah ditranslatekan.

"Kami telah mengantung salah satu akaun yang terdapat di dalam server anda kerana didapati melakukan SPAM. Oleh itu anda dikenakan penalti sebanyak RM140 diatas kesalahan ini. Anda perlulah membayar penalti ini dalam masa 24jam dari notis ini diberi. Jika tidak, keseluruhan server anda akan digantung!"

Erk!!… cuak juga lah saya! Tanpa berlengah lagi.. terpaksalah saya jelaskan bayaran penalti itu walaupun kesalahan tersebut sebenarnya bukan berpunca dari saya.

Kemudian, saya hubungi pelanggan saya yang didapati melakukan SPAM itu. Saya bertanyakan beliau, benarkah beliau ada melakukan SPAM?. Dengan ikhlas, beliau mengaku.. “Yer! ada… saya mintak maaf, saya tak tahu.” (Saya suka sikap beliau ini! Berani mengaku atas kesalahan diri dan berterus terang). Jadi, disebabkan kesalahan tersebut disebabkan oleh “tidak tahu”, maka saya maafkan. (Sebenarnya.. saya telah berfikir-fikir untuk menamatkan sahaja akaun beliau, tetapi disebabkan beliau mengaku, maka tak jadi saya nak buat macam tu.). Namun begitu, saya terpaksa memindahkan kos bayaran penalti itu kepada beliau.

Dipendekkan cerita, beiau bersetuju membayar caj penalti tersebut dan saya pun telah mengaktifkan semula akaun beliau. Diharapkan, perkara ini tidak berulang lagi.

Sekejap!… saya rasa cerita saya terlalu pendek. Kisah mengenai.. Orang buat salah, mintak maaf, bayar penalti, akaun ok semula!

“Takderlah susah sangat..” anda mula berkata

Oh! maaf… saya terlupa untuk menceritakan bahagian yang sukar di dalam kisah ini.
Sebenarnya, saya terpaksa “terminate”kan juga akaun webhosting beliau. Saya terpaksa membuat satu akaun yang baru untuk beliau di dalam server saya yang lain. (Ehem!.. untuk pengetahuan, sempoihosting ada 5 server.) . Akaun beliau yang asal terpaksa di terminate kerana server tersebut telah “ban” sama sekali nama domain beliau. Oleh itu, saya terpaksa buat akaun yang baru untuk beliau di server yang berlainan dan beliau terpaksa mengupload semula website beliau dan mensetup semula semua akaun email beliau. Senang kata, start from zero semula. Nasib baik website beliau tidak ada sebarang pangkalan data dan apa-apa sistem. Jika ada… memang menangislah untuk buat semula jawapnya.

Kesimpulannya, janganlah sesekali melakukan SPAM, ia bukan sahaja boleh menyusahkan orang lain, tetapi ia juga turut akan menyusahkan diri anda sendiri. Bayangkan, jika setelah beberapa bulan anda bersusah payah membina website anda, dan ramai orang telah mengetahui mengenai website anda. Tetapi, tiba-tiba pada suatu hari, website anda hilang. Hanya kerana disebabkan penghantaran email SPAM yang anda lakukan. Yer… untuk makluman anda, website anda mungkin akan digantung jika didapati anda melakukan SPAM. Polisi ini adalah polisi standard bagi semua perkhidmatan webhosting di dunia.

Bagi yang masih kabur dengan “Apa itu SPAM?”.. anda boleh download WCzine isu yang pertama di wangcyber.com, dalam isu itu ada menceritakan apa itu SPAM.

Sekian untuk kali ini. Wassalam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 thoughts on “Please… jangan buat SPAM

  1. em bhy jugak ni utk reseller2 hosting kat m’sia ni..sampai mcm tu sekali..

  2. wah, 5 server tuu.. satu server paling kecik 80G,
    tahniah la sempoihosting :)

    ingat nak charge panalty jugala kepada siapa yg buat spam :D

    hihi baru jumpak blog ni.. boleh aa selalu usha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge