Mengapa masih tidak cukup duit?
Ramai orang beranggapan, apabila mereka mengalami masalah kewangan. perkara utama yang perlu dilakukan ialah menambahkan pendapatan. Jadi, berbagai usaha dilakukan oleh mereka untuk menambahkan pendapatan. Ada yang mula menyertai MLM, menjual prepaid, menjual kain di pejabat, menjual kuih dan keropok… dan seribu satu lagi usaha yang termampu akan dilakukan.
Tetapi, setelah melakukan semua itu, masalah kewangan mereka masih juga tidak selesai. Setiap hujung bulan, duit yang diperolehi masih juga tidak mencukupi. Pernahkah anda mengalami situasi begini? Tahukah anda mengapa ia berlaku? Mengapa anda masih tidak cukup duit walaupun berbagai usaha dan kerja telah anda lakukan untuk menambahkan pendapatan anda?
Jika anda ingin tahu sebabnya dan mengetahui bagaimana mengatasi masalah tersebut… saya cadangkan anda dapatkan buku “Maskahwin Yang Hilang“.
Seringkali saya mendapat pertanyaan daripada bakal pelanggan atau pun orang ramai yang memasuki website www.maskahwin.com, soalan yang kerap ditanya..
“Assalammualaikum En. Suhaimy, Adakah buku ini dapat menambahkan pendapatan saya? Bagaimanakah caranya? “
Oh! perlukah saya menjawapnya… saya tidak mahu membuang masa saya. Jawapan bagi persoalan diatas sudah saya tulis di dalam buku tersebut dengan panjang lebar. Anda hanya perlu mendapatkan buku tersebut dan membacanya.
Pada kebiasaannya, saya tidak akan menjawap dan melayan soalan-soalan seperti ini. Tetapi, jika saya rajin.. saya akan menjawap. “Bacalah buku tersebut,insyaallah anda akan mendapat jawapannya”.
Saya tidak mahu menjawap persoalan di atas kerana…
1) Ia akan membung masa saya, saya sudah menyatakan kesemuanya di dalam buku tersebut. Mengapa saya perlu mengulang taip jawapan tersebut? Lebih meyusahkan, mereka mengharapkan saya menaip semua itu dengan menggunakan handphone dan menghantarkan jawapan tersebut kepada mereka menerusi sms. Aduh.. sesuatu yg amat-amat membuang masa saya.
2) Orang-orang yang bertanyakan soalan seperti ini “biasanya” (tidak semua) adalah orang yang pemalas, kedekut dan ingin cepat kaya. Mereka tidak mahu berusaha. Terlalu kedekut untuk mengeluarkan modal demi menambah ilmu. Maaf, saya memang tidak ada masa untuk orang-orang yang bersikap seperti ini.
Jadi, kepada mereka yang inginkan jawapan kepada persoalan.. “Mengapa masih tidak cukup duit walau dah buat banyak kerja2 sambilan?” , Anda perlu dapatkan buku tersebut. Dan bagi yang telah mendapatkan buku tersebut tetapi masih tidak tahu jawapannya… saya nasihatkan anda ulang baca buku tersebut. Insyallah, anda pasti akan menjumpainya..
Oh!… kalau anda dah kahwin pun.. tak mengapa.. sebenarnya buku tu juga amat sesuai bagi orang yang asyik tidak cukup duit setiap bulan. Tidak kiralah dah kahwin atau pun belum..
p/s:- Rahsianya… untuk menambahkan pendapatan anda, perkara pertama yang perlu anda lakukan ialah bukan dengan menambahkan pendapatan anda…. he! he! he… semakin pening? baik anda dapatkan buku tersebut dengan segera.
Hi! Nama saya Mohd Suhaimy. Saya adalah seorang Usahawan Internet & Blogger sepenuh masa. Dalam blog ini, saya berkongsikan tips mengenai Perniagaan Internet, Pengurusan Wang, Motivasi Kejayaan disamping beberapa pendapat dan pandangan peribadi mengenai topik tertentu.

apa kata kalau diubah tajuk tu supaya merangkumi target market yg lebih luas. sbb bila tajuk maskahwin tu menyebabkan orang yg bukan bakal pengantin kurang minat utk beli.
sekadar pandangan..
Oh! terima kasih beri pandangan… buku itu sebenarnya memang target market untuk orang2 nak kahwin. Walaupun ia sesuai untuk semua orang.. tetapi saya lebih suka ia mengkhusus kepada orang nak kahwin. Sebenarnya.. memang saya tak harap pun orang yg dah kahwin beli buku tu. Cuma kalau mereka nak beli.. tiada salahnya. Sebab itulah mengapa saya khususkan target market kepada bakal pengantin.
Apa orang kata tu.. “niche market?”.. ke “USP?”
or both?
Pada pendapat saya, tajuk tersebut sangat sesuai.
Sebenarnya shuth sedang membuat gimik. Dan gimik yg agak “hot” dan berkesan. Sapa tak nak kahwin kat dunia ni kan?
dah la tajuk seakan2 permata yang hilang… lagi la orang suspen apa isi dia..
tp maybe benar jugak kata azwan tu.. caner ngan org yg dah kawen. Apa kata Shuth buat sequel utk org yg dah kahwin plak? hehe… bagi tajuk mengancam punya… haha
shuth, shuth… otak hang memang geliga. MasKahwin la, hosting flexible la…salute!
Mohd Suhaimy,.. saya daripada banting, selangor.. tahniah anda berjaya sebagai Entrepreneur internet yang saya kagumi. pertama kali minat saya dalam bisnes internet bermula apabila ada pendedahan yang dibuat oleh Dr.Irfan Khairi – saya beli buku `rahsiaInternet’ miliknya,.. ada informasi tetapi kurang ummpphh.. selepas itu saya beli buku`Rahsia 8 clik untuk jadi jutawan internet’ buku ini agak memberangsangkan dan sangat komplet,.. namun saya terus berusaha,…dengan membeli berbagai program… belajar buat ebook, laman web, belajar internet marketing secara sendiri… sehingga kini alhamdulillah, sikit-sebanyak tahu tentang internet dan pemasaran internet,..dan melalui internet marketing juga saya mengenali team duo shaifulsham, Kidino, Szab@Alang, tazilan ibrahim, plazacenter.net, dan yang teristimewa Mohd Suhaimi a.k.a Suth,…. dan yang peliknya saya juga sering berhubung dengan joel comm, salah seorang GURU Adsense… cuma sehingga hari ini saya masih belum ada satupun laman web dan blogger idaman hatiku,.. kerana saya masih lagi study…kah! kah!…syabas Suhaimi… teruskan usaha anda!!..