18
May
06

Pendedahan Awal…

Sewaktu kecil dahulu.. apabila ditanya oleh guru, apakah hobi saya? Secara automatik, jawapan “mengumpul setem” akan terlintas difikiran. Walaupun pada masa itu, saya sendiri kurang mengerti apa yang sebenarnya dimaksudkan dengan perkataan “hobi”, tetapi asal ada sahaja soalan dari mana-mana pihak, tidak kiralah guru ke? kawan ke? makcik kantin ke?… jawapan automatik yang akan diberikan apabila ditanya tentang hobi, pastinya “mengumpul setem”.

Ha! ha!.. ya, saya rasa bukan saya seorang sahaja kanak-kanak yang akan mengaitkan mengumpul setem sebagai hobi. Tetapi, rata-rata kanak-kanak pada zaman saya akan menjawap “mengumpul setem” apabila ditanya soalan yang berkaitan dengan “hobi”.

Kadang-kadang saya menjadi hairan juga, mengapa “mengumpul setem” begitu sinonim dengan “hobi”. Selepas beberapa lama… baru saya tersedar. Semua ini adalah gara-gara artikel/rencana yang terdapat di dalam buku teks murid-murid sekolah rendah pada masa itu. Saya masih ingat lagi, di dalam buku teks sekolah rendah saya terdapat satu artikel yang menceritakan kisah seorang kanak-kanak perempuan yang begitu girang sekali dengan tabiat mengumpul setemnya, dan tabiat dia itu dikenali sebagai “hobi”.

Ya, itulah kali pertama saya mendengar perkataan “hobi” dalam hidup saya pada masa itu, dan pada kali pertama itu jugalah saya diberitahu bahawa “tabiat mengumpul setem” itu dikenali sebagai hobi.

Jadi, tidak hairanlah jika perkataan “mengumpul setem” begitu sinonim dengan perkataan “hobi”.

Cuba bayangkan, jika kisah hobi budak perempuan tersebut digantikan dengan kisah seorang budak lelaki yang berjaya menjual air limau di depan rumahnya dan dia berjaya mendapat keuntungan berpuluh-puluh ringgit hasil daripadanya. Pastinya, semangat untuk melakukan bisnes akan tertanam di minda kanak-kanak ini. Saya percaya, ia akan memberikan impak yang besar terhadap kanak-kanak ini apabila mereka meningkat dewasa.. dan sekaligus akan menjadikan minat untuk berbisnes di kalangan masyarakat semakin tinggi.

Sama seperti kesannya.. pertama kali anda diajar mengenal huruf A itu adalah “A”.. dan juga pertama kali anda diajar 1+1 itu 2. Jadi.. ajarlah kanak-kanak ini hobi itu bisnes (hobi = bisnes). Bukannya hobi = mengumpul setem.

Suatu perubahan yang kecil yang mungkin akan mampu memberi impak yang besar. Hanya perlu gantikan satu artikel sahaja di dalam buku teks… insyallah, kesannya.. sesuatu yang mampu merubah keadaaan ekonomi negara.

Anyway… it’s just my thought.

Note: Saya rasa, apabila umur anak saya mencecah 7 tahun, saya akan menyuruhnya menjual kuih dari rumah ke rumah. Nampaknya, ibunya kenalah belajar resepi buat kuih selepas ini. Ha! ha! ha!..

Share and Enjoy:
  • YahooMyWeb
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • description
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists

Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.


6 Responses to “Pendedahan Awal…”


  1. 1 Mohammed Farid May 18th, 2006 at 10:24 am

    Ya..begitulah pada zaman dulu…tapi ia terletak pada pengaruh sekeliling atau ibu bapa juga…contoh jika anak kita diajar mengumpul wang dan belajar tentang wang secara tak langsung kita membina minda mereka untuk memikirkan perkara yang boleh dan tidak boleh berkaitan dengan wang….he..he..pelik bunyinya…

    Tapi hakikatnya…zaman kanak-kanak adalah zaman yang penuh dengan fantasi…

    Sekadar meluah pendapat…

  2. 2 Tazilan May 19th, 2006 at 2:49 am

    Begitulah pendedahan yang positif!

    Anak-anak biasanya akan terpengaruh dengan tabiat atau ajaran orang tuanya. Fenomena ini biasa berlaku di kalangan peniaga Cina di mana kebanyakan mereka telah mendidik anak2 mereka untuk membiasakan diri ataupun terlibat secara langsung dgn dunia bisnes.

    Teringat ketika saya berumur 7 tahun semasa mengikuti bapa saya ke kedai orang cina untuk membeli kelengkapan dapur. Kebetulan anak lelaki tokey kedai tersebut yg berumur lingkungan 10 tahun sedang membuat kerja sekolahnya di kaunter kedai tersebut, masih dalam uniform sekolahnya.

    Bila bapa saya meminta biskut sebanyak 1 kati (belum guna kilo ketika itu), tokey tersebut menyuruh anak lelakinya itu membantu. Budak itupun dengan tangkasnya menimbang dan membungkus biskut tesebut, menggambarkan betapa terdedahnya dia kepada bisnes bapanya itu.

    Lantas bapa berkata kepada saya, ” Tengok, pandai betul budak cina tu berniaga tolong bapanya. Kenapa kau tak pandai macam tu? Kau ni tahu makan aje!”

    Terkedu saya mendengarnya! Hati saya memberontak tapi tak pandai lagi nak menjawab cakap orang tua.

    Mana taknya. Macamane saya nak pandai berniaga kalau saya tak didedahkan atau diajar berniaga? Lagipun bapa saya ketika itu seorang pegawai tentera, bukannya peniaga. Mana adil cakap saya macam tu!

    Saya tak pernah lupakan saat itu dan ianya jadi pegangan saya untuk sentiasa cuba buat yg terbaik bagi diri saya. Alhamdulillah kini saya juga dah jadi usahawan!

    Bercakap pasal anak, anak sulung saya yg berumur 5 tahun dah mula tunjuk terer membaca dan membelek akhbar. Kekadang sampai berebut dengan dia! Alhamdulillah berkat dia tengok ayah dia ni baca 3 akhbar setiap hari!

  3. 3 smartusaha May 20th, 2006 at 5:55 am

    semuanya bermula dari awal.. Kain putih perlu dicorakkan sebaik-baiknya.. :)

  4. 4 Sabri SaifulSham.com May 20th, 2006 at 7:44 pm

    benar.. saya & syazwan dideahkan dalam
    perniagaan oleh keluarga juga… :)

    tapi, jangan lah suh jual rumah ke rumah sorang2 shuth…. sian
    dia… ayahnya pun, teman la…

    Tapi seriously, the way to do it, bagi dia satu booth
    utk dia jaga. Mula2 teman dan kemudian lepaskan.
    Bdk kecik cepat belajar.

    Dulu2, masa darjah satu darjah 2, saya tolong ayah saya
    jual kuih raya, sepupu sepapat yang dah besar2 ayah upah
    tolong2 saya.

    Bila saya darjah 6, saya dah boleh handle semua skali.
    Ayah saya bagi modal & amek duit raya je…

    isy3… dah memang bakat….

    jgn marah! kisah benar ni…. hehe :P

  5. 5 shuth May 21st, 2006 at 2:16 am

    waa.. untunglah sabri ada ayah yang macam tu. Saya nie.. pengalaman jaga kedai tu tak ada lah.. cuma masa kecil2 dulu.. bapa saya memang kasi adik beradik kami bawa keropok pisang pedas gi sekolah dan jual kat kawan2. Mula-mula tu segan juga.. tapi lama-lama ok.

    Tapi lepas tu.. bila cikgu tahu kami jual barang2 kat budak2 lain,cikgu marah dan tak kasi jual…

    Sebenarnya cikgu tu takut persaingan sebab dia pun ada jual juga… cis..

  6. 6 hasrul May 23rd, 2006 at 8:50 am

    selalu jugak saya ajak anak saya pegi ke kedai. tolong-tolong walaupun umur dia 5 tahun. tapi alhamdulillah dah pandai ler manage duit. suka menabung dan tak suka berbelanja beli mainan. Dah tau makna perkataan “untung” dan “rugi”. Dalam akaun dia sendiri pun dah ada “ribu-ribu”.

    Sekarang dia suruh ajar “Illustrator” plak… budak² zaman sekarang..

Leave a Reply