Satu ciri yang mesti ada pada website anda jika anda ingin menjalankan perniagaan diinternet ialah..
Website anda seharusnya mampu untuk menjual.
Yang saya maksudkan dengan “menjual” disini ialah, ia mampu “menarik minat” pelawat website anda untuk “membeli”. Ya.. apabila saya katakan “menarik minat”.. ia bermakna, pelawat anda sudah tidak sabar-sabar menyerahkan duitnya kepada anda. Di kala tidur.. ia teringatkan produk anda, sewaktu makan, memandu, menonton tv dan juga membuang air. Ia sentiasa teringat-ingatkan produk anda dan asyik memikirkan.. bilakah ia boleh mendapatkan produk anda. Tidak sabar-sabar rasanya.
Jika anda mampu menghasilkan website yang dapat membuatkan pelawat anda berkeadaan seperti itu. Insyallah.. anda akan berjaya.
Namun begitu, ramai orang memandang remeh tentang perkara ini. Apabila tiba part “membangunkan website”.. ramai yang akan mendabik dada.. “Saya boleh buat sendiri!”
Ya!.. memang saya akui.. jika disoal tentang membuat website.. ramai orang boleh membuatnya. Jika disuruh makcik kantin di sekolah anak jiran saya pun, rasanya.. ia mampu untuk membuat sebuah website.
Tetapi persoalannya… adakah website itu mampu menjual?
Membuat website memang mudah.. tetapi membuat website yang boleh menjual. Bukan suatu perkara yang mudah. Ia memerlukan..
1) Skill meng”ayat” yang tinggi. Surat jualan anda perlu betul2 menusuk kalbu pelawat anda. Anda perlu kuasai seni membuat “salesletter” untuk mendapatkan skill ini.
2) Rupabentuk yang menawan. Susun atur paparan serta grafik website anda perlulah mampu memberikan keyakinan & nampak profesional. Untuk ini, anda perlu mahir perisian membina laman web (Dreamweaver / Frontpage) serta perisian web graphic (Photoshop / Fireworks). Kemahiran ini anda tidak akan dapat dengan hanya membaca buku membina website dalam masa 1-2 jam.
3) Ringan dan tidak terlalu gemuk. Website anda perlu cepat dibuka (loading). Anda memerlukan ilmu “website optimization” untuk melakukan perkara ini.
4) Poket yang tidak bocor. Apabila pelawat anda sudah melompat-lompat keriangan untuk membeli dari website anda, jangan lepaskan peluang ini. Anda perlu memastikan, website anda mempunyai keupayaan untuk menerima tempahan (sekurang-kurangnya) dan juga bayaran (lebih bagus jika ada). Untuk membuat borang penerimaan tempahan, anda perlukan sedikit skill di dalam bidang pengaturcaraan laman web bagi “server side scripting” (php /asp/cgi/perl).
Itulah antara beberapa ciri yang perlu ada pada website anda jika anda ingin menghasilkan sebuah “website yang mampu menjual”. Sebenarnya ada banyak lagi, tapi saya rasa, cukuplah itu sahaja untuk kali ini.
Saya minta maaf jika pos saya pada kali ini akan membuatkan para newbie berasa “down” sedikit.. bukan niat saya untuk men”demotivate” anda. Tetapi, saya hanya ingin memberikan anda gambaran yang jelas tentang selok-belok pembinaan website perniagaan. Banyak perkara yang perlu dipelajari dan diketahui sebenarnya. Perniagaan di internet bukanlah semudah buat website dan kemudiannya menunggu duit masuk.
Ia bukan semudah itu. Banyak perkara perlu dipelajari. Marilah kita sama-sama menghasilkan website yang mampu menjual. Yoshh!!
P/s:- Jika anda inginkan panduan membuat website, mungkin anda boleh dapatkan CD Panduan Membina Website Perniagaan yang dikeluarkan oleh Irfan Khairi.
Skill mengâ€Âayat†yang tinggi ni yang payah sikit ni.
bab-bab meng”ayat”(salesletter) ni lah saya kurang bakat.
boleh upah orang yg pakar..
atau ambil masa sikit untuk belajar dan trial and error..
up je ayat yg mana kita rasa power. pastu later on bila terjumpa ayat yg lebih power. leh update sales letter
Bagaimanakah nak jadi affiliate untul laman web http://www.rahsiainternet.com seperti mana url saudara berikut;http://www.rahsiainternet.com/?a_aid=4c93f959
Ingin penjelasan kerana saya tidak nampakpun sebarang pengambilan affilaite oleh Irfan Khairi bagi laman web http://www.rahsiainternet.com
Terima kasih
Bagaimana website saya power tak?