Arghh!! Akaun saya di blok lagi!
Sekali lagi… dalam masa sebulan, ini adalah kali kedua saya mengalami masalah yang sama. Akaun bank maybank saya telah diblok daripada sebarang transaksi. Nak masuk duit tidak boleh, nak keluar duit pun tidak boleh!. Sekaligus menjejaskan perniagaan internet saya…
Kali pertama, ia berlaku pada awal bulan ini. Saya telah menghubungi pihak maybank, mengapa semua transaksi akaun saya di “blok”? Alasan yang diberikan, akaun saya terlalu banyak transaksi, pihak maybank hanya membenarkan 150 transaksi sahaja dalam masa sebulan dan akaun bank saya telah mencapai had tersebut.
Aduh!..kemudian, saya bertanya lagi, apakah yang perlu saya lakukan untuk menyelesaikan masalah ini?
“Anda perlu update buku akaun anda” jawap awek khidmat pelanggan tu
“Kalau saya tak update?”.. balas saya..
“Akaun anda akan terus diblok sehingga anda mengupdate buku anda”.. jawap dia
“Hmm.. oklah!.. Ada tak cara untuk saya mengelakkan perkara ini dari berlaku lagi?”.. tanya saya lagi..
“Kalau anda buka akaun yang baru.. dia tak ada pakai buku, then, awak takkan menghadapi masalah seperti ini.” jawap awek tu lagi..
“Ooo.. ok!”.. jawap saya ringkas.
Selepas itu, saya cuba update buku akaun saya di bank maybank menggunakan mesin yang terdapat di bank tersebut. Tapi malang, ia tidak boleh diupdate, mungkin buku akaun saya buku versi lama menyebabkan mesin update buku tersebut tidak dapat menerimanya.
Dipendekkan cerita, selepas 3 hari, saya masih gagal untuk mengupdate buku bank saya. Tetapi, tiba-tiba akaun bank saya sudah ok semula, akaun saya sudah tidak diblok lagi. Sungguh ajaib?.. Jika menurut awek khidmat pelanggan tersebut, “akaun saya akan terus diblok sehingga saya mengupdate buku akaun saya”.. tetapi kini, saya tidak update lagi buku saya… hmm…. pelik…
Selepas seminggu kejadian itu..saya telah pergi ke bank maybank untuk membuka satu lagi akaun, akaun baru, “i-account” nama dia. Tetapi, apabila saya sampai di meja pegawai tersebut (setelah saya mengisi borang yang panjang dan menunggu giliran). Pegawai tersebut menyatakan, saya tidak digalakkan buka akaun tersebut, sebabnya.. saya dah ada akaun simpanan wadiah di maybank, jadi tak perlulah saya buka sampai 2 akaun yang sama. (i-account & wadiah adalah merupakan akaun jenis “akaun semasa”)
Dipendekkan cerita.. saya pulang dengan perasaan yang agak hampa dah berharap masalah akaun saya diblok tidak akan berulang lagi.
Tetapi, hari ini harapan & jangkaan saya meleset. Ia berulang sekali lagi… nampaknya, terpaksalah saya meng”update” buku akaun saya hari isnin nanti. Sementara itu, saya perlu fikirkan jalan penyelesaian yang lebih baik agar masalah ini tidak berulang lagi… anda ada cadangan?
Hi! Nama saya Mohd Suhaimy. Saya adalah seorang Usahawan Internet & Blogger sepenuh masa. Dalam blog ini, saya berkongsikan tips mengenai Perniagaan Internet, Pengurusan Wang, Motivasi Kejayaan disamping beberapa pendapat dan pandangan peribadi mengenai topik tertentu.

shuth, tak silap i-account tu utk current account. ada provide cek book dan statement bulanan online. tak ada buku. lain dgn wadiah saving.
sbb saya ada 2 akaun – satu saving (ada buku) dan satu lagi i-account semasa (utk cek dan ada monthly online statement je)
Hmm. entahlah.. aritu saya try bukak, diorang tak kasi bukak, tu yang pening tu. Rasa2nya..kena bukak akaun under nama company pula lepas nie. Tapi, saya pun tak berapa paham sebenarnya kalau akaun under nama company nie. Apa yer dokumen2 yang diperlukan.
utk company enterprise (perseorangan) just bawak lesen (borang apa tak ingat. bawa je la sumer yg dapat masa reg business), cop company (utk cop kat cek) pastu ke maybank isi borang. jgan lupa mintak maybank2u facilities (with phone banking).
ada charge utk dia cek business existance etc. tak ingat exactly bpe. dlm seminggu settle le kot dapat buku cek sekali. buku cek company aku tak pernah guna. sume go through m2u transfer.
O baru saya tahun m2u pun menghadkan transaksi 150 sahaja. Banyak jugak transaksi saudara shuth.
saya cadangkan sudara bukak 2,3 akaun lagi menggunakan bank berlainan. contohnya Bank Islam, BCB, RHB semua bank tersebut ada internet banking. jadi saudara tek perlu bergantung kepada satu bank semata-mata. kadang-kadang server maybank2u boleh jem jugak terutama masa perayaan, sy pernah kena masa raya cina tahun lepas satu hari tak boleh cek akaun. org nak transfer pun tak boleh. saya meletakkan 4 nombor akaun dionline shop sya http://www.starshop.stardigital.biz jadi senang bagi pelanggan saya untuk bank-in payment, kalau diorang ada BCB diorang boleh transfer guna BCB, tak perlu pegi maybank masuk duit.
o.k, terima kasih untuk tips anda, “Adakah Website Anda Menjual?”
~HALMY~
to halmy> saya memang ada guna bank lain juga untuk biz internet saya. Tetapi masalahnya, 80% payment dari customer adalah melalui maybank2u. Itu yang kalau, akaun maybank buat hal.. memang sakit sedikit.
to azuan> hmm.. banyak juga yer nak kena bawak.. takperla.. nanti saya akan usahakan juga buka akaun under nama syarikat.
to cikguonline> yer.. biasanya memang ada antara 10-15 transaksi masuk ke dalam akaun bank maybank saya dalam sehari.. kalau saya buat sesuatu promosi atau kempen.. kadang2 boleh mencecah sampai 30 transaksi satu hari.. so.. kalau 150 transaksi sebulan tu. memang tak mencukupi…
alhamdulilah.. akaun maybank saya dah ok semula selepas saya memgambil resit cetakan sejarah maklumat transaksi di mesin ATM. hmm….. itu jer lah cara penyelesaian yang terpantas saya temui buat masa ini.
assalamualaikum,
betul gak kata halmy tu..bukak bank a/c yang lain banyak option kepada customer..tapi kalau dah 80% pilih maybank kenalah cari cara lain supaya boleh dapat duit tu masuk,,maybe boleh bagi tau customer supaya kalau kat maybank tak leh transx,boleh cuba di bank lain…cuma mungkin customer kurng lah sikit jadi nya kut mereka tak mau gi bank lain…atau buka co. nya a/c lah maybe boleh dapat banyak transx..nak register pun senang…
http://incomeconcept.blogspot.com
bank yang paling saya tak suka dalam malaysia ialah maybank … haha walaupun saya pernah keje kat sana dulu… sebab 1. staff dia ada sombong sikit. (kat tempat saya ler) tapi “kerna terpaksa (francesca peters)” terpaksalah teruskan juga akaun tu. nasib baik kat atm boleh masuk duit terus, tak payah ler tengok muka teller dia orang (tengok mesin lagi baik). Bayangkan, nak bukak akaun pun kena buat appointment (gila punya keje).
kalau saya, jumpa jer manager dia, mintak solution…
Assalamu’alaikum…Shuth..
Kebiasannya sesuatu masalah tu ada jalan penyelesaian..cuma kita kena push..jgn jumpa org bawah nie..coz diorg susah nak bagi keputusan atau mencadangkan sesuatu yang melibatkan pengurusan pihak tertinggi.Saya pasti mesti ada solution atas masalh saudara.Kalau boleh jumpa Manager dia…
saya pun pernah pi buka akaun kat maybank nak buat bisnes…
banyak songeh sikit depa nie…nak buak akaun kena ikut alamat la..bayangkan saya alamat ic kat kedah nak buka ac kat penang depa suruh balik buat kat kampung…punya benggang dah la tunggu giliran lama pulak tu…
Hmm.. tah, maybank ni.. aku sama la cam lee_gen2, aku skrg ni kat melaka, so ingt nak bukak kat sini je maybank… sekali tu dia suh balik buat kat sabah la pulak kat tempat lahir aku katanya… penat2 tunggu isk2.
cam kata shuth, 80% dia nyer client maybank, aku pun dah lama perasan yg org skrg ni dia banyak ske maybank ni (mungkin dorang tau maybank je kot yg ade internet banking)
susah ni cam ni…
cam ne ek nak didik pengguna internet supaya try guna internet banking lain cam bcb, public bank dan lain2..?
maybe shuth leh kongsi cari solution untuk prob ni gak.
Bro suth buat la akaun semasa syarikat, untuk dapat guna internet banking dengan syarat syarikat tu mesti satu owner. baru syok buat transaction hehe.