Kebelakangan ini, saya sering juga menerima email dari beberapa orang yang tidak dikenali yang meminta saya memberi komen dan pandangan terhadap website mereka. Saya tidak pasti mengapa mereka inginkan komen dari saya… kadangkala agak rimas juga. Bukannya sombong atau tidak mahu layan.. tetapi situasi saya yang agak sibuk ini tidak membenarkan saya membuat review pada sesuatu website dan menulis komen/laporan mengenainya. (Ehem.. lain lah kalau dibayar!
)
Jadi, jika anda ada meminta apa-apa komen dari saya atau dari internet marketer yg lain untuk me”review” website anda tetapi email atau permintaan anda tidak dibalas. Harapnya, usahlah anda berkecil hati. Mungkin mereka ini terlampau sibuk dengan kerja-kerja dan tugas mereka.
Baiklah, untuk tidak mengecewakan anda yang emailnya tidak berbalas… saya berikan anda satu tips mengenai mendapatkan komen dan pandangan terhadap website anda.
Suatu masa dahulu, sewaktu saya masih bujang agogo dulu, saya pernah membuat kerja-kerja freelance seperti merekabentuk website, logo dan sebagainya. Pada kebiasaannya, saya akan merekabentuk antara 2-3 design bagi satu-satu “job”, jika mood baik & idea banyak pada masa itu.. saya akan buat sampai 6-8 design untuk job tersebut.
Sebagai orang yang membuat design logo.. sudah pastinya saya akan berusaha untuk menyampaikan mesej company tersebut kepada orang ramai menerusi design logo tersebut.
Maksudnya.. jika syarikat anda menjalankan perniagaan catering, maka, logo anda seharusnya menggambarkan bahawa syarikat anda adalah sebuah syarikat katering. Maksudnya, jika seseorang yang tidak pernah tahu mengenai syarikat anda, tetapi apabila dia terlihat sahaja logo anda, automatik mereka tahu bahawa syarikat anda menjalankan perniagaan katering. (oh!.. saya rasa saya telah terberi anda tips dalam menghasilkan logo yang baik)
Ok! Dipendekkan cerita, apabila saya selesai menghasilkan logo-logo tersebut. Saya akan menunjukkan logo-logo tersebut kepada kawan-kawan serumah saya dan menyuruh mereka meneka. Sudah semestinya, kawan-kawan saya itu tidak pernah mendengar nama company tersebut dan tidak tahu apa yang company tersebut lakukan. Soalan saya kepada mereka biasanya berbunyi begini..
“Joe! (bukan nama sebenar) , cuba ko tengok logo nie… ko agak2.. kompeni nie buat bisnes apa?”
Dari situ, bermacam-macam jawapan saya terima, kadang-kala, jawapan mereka agak mengejutkan juga. Bayangkan, logo yang kita rasakan agak sesuai untuk syarikat penghantaran, mereka sangkakan ia adalah logo untuk bengkel kenderaan.
Dari komen-komen mereka itu, saya dapat lihat dan ketahui, sejauh mana berkesannya design yang saya buat. Adakah ia berjaya menyampakan mesejnya ataupun tidak.
Jadi, begitulah juga halnya jika anda menghasilkan website. Setelah anda siap menghasilkan website perniagaan anda. Minta pandangan dari rakan-rakan anda atau pasangan anda mengenai website yang anda hasilkan.
Bagi “website perniagaan”, soalan yang perlu anda tanya pada rakan-rakan anda apabila meminta pandangan mereka bukanlah seperti ini..
“Joe.. tengok website aku sekejap.. cantik tak?”
Oh!.. jangan sesekali bertanyakan soalan seperti itu kepada rakan anda apabila anda meminta mereka memberi pandangan terhadap website perniagaan anda. Soalan yang lebih tepat sepatutnya berbunyi begini..
Joe!.. tengok website yang aku baru buat nie… cuba ko tgk dan baca…. agak2.. lepas ko baca.. ko rasa ko nak beli tak barang yang aku jual kat website nie? Ada tak perasaan macam nak membeli?
Yer.. itulah soalan yang lebih sesuai. Apabila anda ingin meminta komen/pandangan untuk “website perniagaan” anda. Soalan yang lebih utama ialah.. “adakah website ini mampu membuat pelawat-pelawatnya membeli?”… itulah soalan yang paling utama, persoalan mengenai cantik atau tidak website anda adalah perkara ke-8 atau ke-11.
Dan semestinya, soalan ini lebih baik ditujukan kepada orang-orang biasa (yang tidak tahu mengenai internet marketing) Mengapa? sebab.. merekalah yang akan menjadi pembeli2 anda. Jadi, komen serta pandangan merekalah yang lebih berharga dan tepat untuk diterima dan dikaji oleh anda. Apabila anda mendengar komen dari pada mereka ini, sudah pasti anda akan dapat mendengar perkara-perkara yang anda tidak sangkakan seperti…
“Aku tak paham lah.. apa yg ko jual sebenarnya nie?”…
Ini bermaksud, di dalam website anda, anda perlu menerangkan lagi dengan sejelas-jelasnya mengenai produk anda
“Aku nak beli.. tapi mcm mana?.. nak klik kat mana? nak bayar macam mana?”
Ini bermaksud, penerangan mengenai cara belian & cara bayaran perlu ada dan jelas
“Boleh caya ke nie?”
He.. he.. ini bermaksud, anda perlu ubah saleletter anda dan kasi lagi power suapaya ia dapat memberikan keyakinan dan kepercayaan kepada pembeli.
Alamak! susah lah nak bukak website ko nie..
Ini bermaksud anda perlu optimizekan website anda, buangkan gambar-gambar yang tak berfaedah.
Pergh.. panjangnya.. malas aku nak baca!
Ini bermaksud, salesletter anda terlalu panjang dan membosankan. Salesletter yang baik, ia mampu menarik minat orang untuk membaca dan membuatkan orang itu tidak merasakan saleletter anda terlalu panjang walaupun sebenarnya mereka terpasa skrol website anda kebawah sebanyak 25 kali.
Oklah, itulah sahaja coretan saya untuk kali ini, rasanya, agak panjang juga saya tulis pada kali ini. (Ker… anda rasa macam pendek je?
)
Kesimpulannya, jika anda ingin mendapatkan komen mengenai website anda, adalah baik untuk anda mendapatkan komen tersebut daripada orang-orang biasa sahaja, sebab merekalah itu target anda bukan? Jadi, dari merekalah anda akan mendapat perspektif yang lebih tepat mengenai website anda dan sekaligus mengetahui di mana kelemahan website anda yang perlu anda perbaiki.
Sekian. Salam cyber dari saya.
Menarik info ni. Bagus untuk dijadikan panduan.
betul… target market kita sebenarnya yang menentukan.
thanks for the info.. kalau dah bz sangat, kekadang terlupa jugak… terima kasih kerana mengingatkan… haha
a’ah.. Benar..
yang paling penting adalah functionality. Bukan rupa. Asal kemas dan bergaya cukuplah..
First, congrats shuth! Memang blok anda menarik dan menawan kalbu saya. Sokong dgn points shuth dan rakan2 lain, functionality dan navigation penting. Kalau nak menjual, kena tambah call to action. Lain2 hanya features bonus.
content nye terlalu panjang…kalau boleh diringkaskan lagi senang nak baca
mcm keje web/system analyst nih.. ahaks.. actually web business ada model dan structure dia.. contoh web business model yang serius boleh tgk kat http://www.ebay.com.my atau lelong.com.my … yg tu mmg byk function yg membolehkan org membeli dan melelong etc.. byk aktiviti bisnes dgn cara2 dan prosedur tertentu.. kalo kita org biasa yg ingin menceburi dunia netpreneur kene blaja tips dari org yg telah berjaya.. adakalanya blog pun leh jual produk/service .. why not? anything can happen ma…
p/s: creative and inovative… master the art of business..
wau.. bestnye sye bace! artikel ni rse pendek je bro mse sye bace.. hehe..
mungkin sbb bnyk mende yg sye pun x penah nk sedar.. dan sekarang dah sedar bile da bce..tq so much