“Usah pening kepala.. di internet, anda boleh menjual apa sahaja yang anda mahu”
Mungkin anda pernah mendengar ungkapan seperti diatas.. persoalannya, adakah benar kita memang boleh menjual apa sahaja di internet?
Bagi saya.. ungkapan di atas ada betul dan salahnya.
BETUL! jika… sasaran anda adalah seluruh dunia
SALAH! jika…. sasaran anda adalah pasaran tempatan.
Ya… situasi pasaran tempatan dan pasaran dunia adalah jauh berbeza. Kadangkala, Ia seringkali bertentangan sama sekali di dalam sesuatu perkara.
Tabiat membeli di US juga adalah amat berbeza dengan tabiat orang kita di Malaysia. Di US, tabiat pembelian dengan hanya melihat katalog diterima dengan luas. Pelanggan-pelanggan hanya perlu melihat katalog senarai barangan yang mereka suka, kemudian, mereka hanya perlu angkat telefon sahaja untuk membuat pesanan dan barangan yang di order akan sampai ke depan pintu rumah mereka. Sebab itulah, rancangan seperti “smartshop” dan “quantum showcase” memang mendapat sambutan yang hangat di US. Tetapi di malaysia? Saya dapat lihat waktu siaran rancangan tersebut semakin berkurangan.
Begitu juga halnya dengan tabiat pembelian di internet, di US mereka lebih suka membeli barang di internet. Selain dapat menjimatkan tenaga, mereka juga dapat menjimatkan kos minyak kenderaan, duit parking dan juga duit saman jika ada.
Tetapi di malaysia, situasinya agak berlainan sedikit, orang ramai masih lagi suka melihat, memegang dan membelek-belek sesuatu barangan itu sebelum membelinya. Tidak kisahlah jika mereka terpaksa bersesak-sesak di jalanraya, membuat 2-3 kali pusingan untuk mencari tempat letak kereta serta beratur panjang di kaunter bayaran. Itu belum ditambah lagi dengan pengumuman “jejak kasih” di antara si ibu bapa dengan anak-anak yang seringkali berlaku dipasaraya akibat kealpaan ibu bapa membeli belah. (Alah.. yang pengumuman anak hilang tu ler..). Mereka tidak hiraukan semua itu… asalkan dapat pegang barangan tersebut dan mendapatnya serta merta selepas mereka membuat bayaran, mereka rela menghadapi semua dugaan tersebut.
Jadi, jika anda ingin menjual sesuatu barangan kepada rakyat malaysia, anda perlulah mempertimbangkan faktor-faktor tersebut. Selain faktor tarikan(unik) yang terdapat pada produk anda, faktor tabiat pembeli juga perlu diambil kira. Secara “senang cakap” nya.. tidak semua barang boleh dijual diinternet jika pasaran anda hanyalah untuk rakyat malaysia.
Kesimpulannya, jika anda ingin menjual sesuatu produk yang “biasa-biasa sahaja” di internet, anda perlu menjawap satu soalan “maut” yang berbunyi..
“Mengapa saya harus beli produk ini dari anda melalui internet sedangkan saya boleh dapatinya di kedai-kedai yang berhampiran?”
Disini, saya berikan anda 2 faktor yang saya rasakan paling utama yang perlu anda pertimbangkan jika anda ingin menjual sesuatu barangan di internet kepada rakyat malaysia.
1) Keunikan Produk – ciri ini amat penting, pastikan produk anda betul-betul unik dan berbeza daripada produk-produk lain. Ini kerana, apabila anda ingin menjual sesuatu kepada rakyat malaysia melalui internet. Saingan anda bukanlah hanya dari peniaga-peniaga internet yang lain, tetapi anda juga perlu bersaing dengan ratusan ribu peniaga-peniaga yang mempunyai kedai di malaysia ini. Contohnya, jika anda bercadang untuk menjual “baju raya” di internet…pastikan “baju raya” anda itu betul-betul unik dan ia tidak terdapat di kedai-kedai. Jika tidak.. anda perlu berikan hampir 30 sebab mengapa orang ramai perlu membeli baju raya yang “biasa-biasa saje” itu dari anda melalui internet berbanding dengan hanya membelinya dikedai. Jadi, keunikan sesuatu barang amat penting apabila anda ingin menjualnya kepada rakyat malaysia melalui internet.
2)Tabiat Pembeli Anda – pembeli ini pula bergantung kepada produk anda, setiap produk mempunyai tabiat pembeli yang berlainan. Contohnya, pembeli “pakaian”.. pada kebiasaannya, orang yang ingin membeli pakaian akan lebih selesa untuk mencubanya dahulu, meramas-ramas kain dan meletakkannya di bawah leher untuk melihat sama ada warna kain tersebut sesuai dengan warna kulit mukanya.
Begitu juga bagi pembeli-pembeli minyak wangi… pada kebiasanya, mereka ini lebih suka menghidu bau minyak wangi tersebut terlebih dahulu sebelum membelinya. Jika diinternet.. bagaimana anda ingin menyuruh mereka mennghidu bau minyak wangi tersebut? (Jangan anda suruh mereka mencium monitor.. sudah!)
Jadi, barangan-barangan seperti itu agak sukar untuk dijual diinternet disebabkan oleh tabiat pembelinya. Produk-produk ini bukan tidak boleh dijual langsung di internet… boleh!, cuma ia agak sukar dijual. Mungkin anda hanya akan berjaya menjual 2-3 botol minyak wangi menerusi internet dalam jangka masa setahun. Anda perlukan usaha pemasaran yang sangat-sangat kuat, kukuh dan luarbiasa untuk menjual produk-produk seperti ini di internet.
Diulangi ya.. saya sedang membicarakan tentang pasaran di malaysia. Bukan pasaran antarabangsa. Jika pasaran antarabangsa.. saya rasa tidak ada masalah untuk anda menjualnya di internet.
Itulah 2 faktor yang saya rasa agak penting dan perlu kita pertimbangkan apabila kita hendak menjual sesuatu barang di internet. Sebenarnya ada banyak lagi faktor yang mempengaruhi kejayaan penjualan sesuatu produk di internet.. antaranya seperti brand, price , supply & demand, marketing strategy dan sebagainya.
Insyallah saya akan ulas faktor-faktor yang lain pada masa akan datang.
Sekian.
Saya bersetuju dari pengalaman saya menjual prepaidkan di internet dari tahun 2004 hingga 2005 hanya seorang sahaja pelanggan yang saya perolehi.
Saya berminat nak jual pan tuala wanita herba. Berbaloi ker buat secara perniagaan online?
nak jual minyak angin,kot internet. camna nk mula, laman web pun tak tau nk buat. sapa2 bleh tlg
camne ye kalau saya jual/menerima tempahan kad kahwin..berbaloi tak rasanya…
Setelah merantau di beberapa buah negara maju iaitu Canada, USA dan Jepun pada waktu ini saya dapati jualan di internet amat memudahkan dan menjimatkan masa. Cuma satu perkara yang tidak harus dilupakan, barangan anda haruslah betul-betul berkualiti untuk mengelakkan pengembalian semula. Pembeli yang membeli menerusi internet akan membayar berapa saja asalkan barangan anda memuaskan hati.