Jika anda pernah menyertai newsletter saya di sempoihosting.com, anda pasti telah mengetahui 6 tips memilih nama domain yang baik.
Disini, saya ingin kongsikan 1 lagi tips terbaru mengenai pemilihan nama domain (masih lagi dalam kajian sebenarnya, belum pasti sama ada ianya betul atau tidak). Tetapi, tidak mengapalah, saya ingin juga kongsikan tips “versi beta” tersebut kepada anda.
Tipsnya, jika anda ingin mencari nama domain.. pastikan nama domain anda tidak melebihi 12 huruf.. tidak termasuk huruf selepas dot, iaiatu “com” “net” dan sebagainya
Ya.. 12 huruf… mengapa?
Kerana.. nama domain yang melebihi 12 huruf adalah sukar untuk ditaip. Yer.. walaupun nama domain tersebut senang untuk disebut, tetapi jika ejaannya melebihi 12 huruf.. ia agak sukar untuk ditaip… kebarangkalian anda untuk salah taip adalah besar..
Contohnya…
malaysiainternetbussiness.com -> 25 huruf
businessownerclub.com -> 17 huruf
serampangduamata.com -> 15 huruf
begitu juga dengan sempoihosting.com –>13 huruf , ya.. saya akui kesilapan saya. Diwaktu awal membeli nama domain ini, memang saya agak sukar untuk menaipnya di ruangan URL. Saya sering kali tersalah eja, kadang kala tertinggal huruf “s”.. kadang kala tertinggal huruf “h” dan kadang kala tertinggal huruf “o”..
Saya sebenarnya masih tidak tahu sebab utama mengapa saya sukar untuk menaip perkataan yang melebihi 13 huruf, mungkin ia ada kaitan dengan tahap kemampuan “ingatan jangka pendek” saya.
Baiklah, mari kita cuba..
1) buka new windows
2) Cuba anda taip url ini.. sempoihosting.com
3) Adakah anda dapat menaipnya dengan betul?
4) Bagaimana pula dengan URL ini.. businessownerclub.com
Adakah anda dapat menaipnya dengan betul? Beritahu saya..
p/s:- pernahkah anda mendengar, bahawa, bagi manusia biasa, mereka hanya boleh mengingati 7 nombor secara berurutan. Maksudnya, jika ada satu urutan nombor seperti ini.
0 9 8 7 6 8 5 3 7 8 9 7 6 5 3,
Dan jika anda cuba menghafalnya..
Anda pasti akan cuba menghafal.. 7 digit yang mula, dan kemudiannya, 7 digit yang seterusnya,iaitu..
0987685 dan 3789653
Maklumat lanjut, anda boleh baca disini.. suatu kajian mengenai sains kognitif. Mungkin ini ada kaitan serba sedkit mengapa nama domain anda susah untuk ditaip jika ia melebihi 12 huruf. Ha! ha!
kalau pendek pun, susunan huruf kena betul… contohnya yahoo, google, hasrul (heheeh), kerana ia mudah sebut dan ingat.
customer saya selalu salah eja emoe.gov.my (kementerian pelajaran), hurufnya terbalik². sebab tu saya tak letak domain saya tak ikut nama saya sendiri [faudzei], hurufnya terbalik-balik. hanya ibu saya sahaja yang eja nama saya dengan betul.. orang lain mesti terbalik jadi [faudzie, fauzi, fawzi, faudzi] dan macam² lagilah.
Saya setuju, kalau panjang sangat ni, kebarangkalian untuk buat kesilapan tinggi.
saya ni jarang salah typo fasal typing speed saya 60 w.p.m. … ahakzz
satu lagi nak mudahkan user taip URL kita, huruf tu mesti berulang. Ehem, cuba taip smartusaha. Mudah tak? hehe.. Maybe bg saya.. Sebab huruf s dan a berulangan..
Kalau tak silap dalam buku irfan khairi ada cakap benda ni..
ermm rasanya tidak kerana internet-webhosting.com mempunyai lebih dari 10 lebih kurang 18. PR 4 pulak tu.
sebenarnya tidak kira panjang ke pendek, yg penting maksud dan niche. web hosting ni semakin popular di malaysia. lagi satu practice make perfect. kalau selalu kita taip – jari ni automatik tak kan buat silap. saya tak pernah hafal no pin atm atau password di internet – sebab jari ni pandai-pandai taip. bahagian otak yang mengawal imbangan kita. bahagian tu kot saya gunakan untuk menaip heheheh. yang paling penting nama tu biar ade maksud .