Pelaburan…
May 31st, 2006, by shuth

Pelaburan…

Jika ditanya.. “apakah pelaburan yang paling menguntungkan dalam hidup ini?”

Setiap orang pastinya akan memberikan jawapan yang berbeza, ada yang akan katakan pelaburan hartanah, ada yang kata pelaburan saham, ada yang kata pelaburan dalam perniagaan, dan yang terbaru.. yang paling disukai oleh orang-orang yang nak cepat kaya.. forex & swisscash.

Terpulang pada anda, saya tidak berminat membahaskan apa yang betul dan apa yang salah tentang perspektif dan kemahuan anda pada kali ini.

Tetapi bagi saya.. pelaburan yang paling menguntungkan adalah peaburan kepada diri sendiri.
Yer.. pelaburan kepada diri sendiri, atau dengan bahasa mudahnya, ilmu/pendidikan untuk diri anda.

Mengapa?.. ini alasan saya..
Jika anda melabur pada hartanah.. boleh jadi, hartanah anda terbakar, rosak dan akhirnya hilang dari pegangan anda..
Jika anda melabur pada saham.. pabila harganya jatuh teruk.. anda hilang segala-galanya..
Begitu juga dengan perniaagaan.. semuanya boleh hilang dan dirampas daripada anda..

Tetapi.. ilmu?.. Sekali anda mengetahuinya, ia akan terus menjadi milik anda.. tiada siapa yang dapat merampasnya dari anda… sekalipun ekonomi jatuh merundum.. ilmu tersebut takkan hilang dari diri anda.

Orang-orang kaya akan sentiasa melabur pada diri mereka.. mereka akan memperuntukkan sejumlah wang mereka untuk melabur kepada diri mereka dengan membeli bahan-bahan illmiah seperti buku, kaset, cd, dan juga menghadiri kursus-kursus serta seminar-seminar yang dapat meningkatkan ilmu mereka. Ini kerana mereka sedar dan dapat melihat betapa pentingnya melabur kepada diri sendiri terlebih dahulu sebelum membuat pelaburan pada benda yang lain.

Jadi… berdasarkan perspektif tersebut, maka saya tanpa rasa menyesal atau kerugian, malah berbangga… mendaftarkan diri saya untuk menghadiri seminar Azizi Ali ini. (Hu! hu!.. ada sesiapa yang turut pergi ke?.. Leh lah duduk sama2 nanti.. ahak! Tengah nak cari geng nie sebenarnya..)

P/s:- Dulu, sewaktu kanak2, saya seringkali menonton drama di tv. Seringkali jika ada watak-watak orang kaya, pasti akan ditunjukkan satu adegan dimana orang kaya tersebut akan duduk di bilik bacaannya sambil membaca buku.. pada mulanya, saya sangkakan ia hanyalah drama semata-mata, tetapi… kini baru saya sedar, itulah realitinya. Jadi tidak hairanlah mengapa orang kaya dapat mengekalkan kekayaannya dan bertambah kaya, kerana mereka tidak jemu-jemu melabur kedalam diri mereka.

Jika anda ingin menjadi kaya.. rajin-rajinlah membaca yer! Yosh!!

Buzz it!
Share and Enjoy:
  • email
  • Google Bookmarks
  • Facebook
  • MySpace
  • TwitThis
  • YahooMyWeb
  • digg
  • del.icio.us
  • Technorati
  • StumbleUpon
  • blinkbits
  • BlinkList
  • Fark
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • Spurl

9 comments Subscribe Comments

  1. knowledge is power !! ilmu akan menjaga kita, harta kita kene jaga, ilmu akan bertambah banyak bila diberi pada org lain manakala harta akan habis bila diberi… pesanan saidina ali karamallahu wajhah..

  2. Lepas ni blog ni mesti banyak input yang lebih menarik lagi.

  3. Yes, pelaburan ntuk diri sdiri plg penting. hartanah tu pun kene ada ilmu, so klu tkde ilmu, ape2 pelaburan bleh hancurss..

    Mmm, pegi workshop tulis buku? Nk tulis buku lagi ke pasni.?.huhuhu slamat bjaye….

  4. By DanishAiman on June 1st 2006

    sememang ilmu itulah penyuluh kita bila diperlukan.dulu saya belajar IT.rasa mcm rugi x berbaloi(6 thn lepas).tapi dlm masa 2-3 thn baru lah nampak apa yg sebenarnya saya belajar itu berguna.Oleh itu saya sekrg akan membaca apa sahaja selagi ianya ilmu dan ilmu yg di manfaat dapat pahala mcm all u guys menulis dlm web/blog memberi panduan,tips dll.Apa yg anda sumbangkan Tuhan akan mendatangkan balasan yg baik.cuma kita tidak tahu bila ,cepat atau lambat sahaja.

  5. code7 > thanks diatas peringatan tersebut.

    cikgu> insyallah…

    syazwan> hmm.. lebih ukrang la.. skang nie tgh nak fokus & serius dalam bidang penulisan dulu.. bidang hartanah lum lagi.. untuk hartanah tgh kumpul modal & ilmu.. bila nak start serius.. baru leh pergi seminar hartanah plak.. he! he!

    danish> Yer.. setiap ilmu itu ada manfaatnya tersendiri.. dan insyallah.. budi yang baik akan dikenang jua..

  6. By Fatimah on June 1st 2006

    Saya sangat setuju dengan Suhaimy. Ilmu yang baik akan menjadikan seseorang insan yang merendah diri. Sekiranya diajar pula kepada orang lain ia akan jadi ‘saham’ di alam barzakh dan di akhirat kelak. Teruskan usaha! Saya sokong kita berjihad ekonomi…insyaAllah!

  7. Nak juga join cari ilmu……

  8. By amir on June 15th 2006

    x dinafiakan ilmu penting dlm hidup.nak buat ape2 pun mesti kena ade ilmu.cara plg senang nak dptkan ilmu dgn membaca.

  9. By airy on November 2nd 2006

    Tak dinafikan ilmu itu penting, dan yang lebih penting ialah faham akan ilmu dan amalkannya. Cari banyak2 pun kalau tak faham dan amal, tiada natijahnya. Contohnya “Kul a’uzu birabbinnass”. Berapa ramai yang faham tentang firman Tuhan ini. Dan berapa ramai yang mengamalkannya kerana rata2 pandai(berilmu)@ tahu, tapi sedikit yang benar2 memahami dan mengamalkannya. Kalau semua faham ayat tersebut maka manusia tidak perlu takut selain kepada yang Maha melindungi. Allahualam.


Add your comment