Saya ada seorang kawan. Nama kawan saya ialah Mawi (bukan mawi AF3). Mawi telah membuat beberapa blog yang menarik menggunakan perkhidmatan blogger. Setiap blog yang dihasilkan mempunyai niche yang tersendiri.
Dalam masa beberapa bulan, Mawi telah berjaya mendapatkan hasil melalui iklan google yang diletakkan di dalam setiap blognya. Dalam satu hari, mawi mampu untuk mendapatkan antara USD1-10 daripada kesemua blognya. Dalam masa sebulan, dapatlah mawi antara USD200-300. Mawi sungguh gembira.
Pada suatu hari.. sewaktu mawi cuba untuk membuka blognya sendiri. Tiba-tiba, dia dapati, blognya sudah hilang!. Ghaib begitu sahaja tanpa meninggalkan kesan.
“Oh!.. mana pergi blog-blog saya” kata mawi dalam keadaan yang agak terkejut, sedih dan sedikit marah..
Tiba-tiba datang satu surat elektronik (email ler) dari pihak blogger. Surat elektronik tersebut berbunyi begini!.
Ho! ho! ho!… blog anda telah kami delete dari server kami, sebab kami dapati blog anda adalah SPLOG!! Sekian, terima kasih!.
Apa itu SPLOG?
SPLOG adalah merupakan gabungan perkataan antara SPAM + BLOG. Spam Blog adalah blog yang mempunyai kandungan yang tidak berkualiti, kandungannya dicuri dari website lain, serta mempunyai banyak link yang biasanya merujuk kepada satu website yang dimiliki oleh tuan punya SPLOG. Konon-konon, tujuannya adalah untuk mendapatkan “page Rank” yang tinggi bagi website mereka.
Dengan perasaan yang agak rungsing, mawi membalas email dari pihak blogger tersebut dan cuba menjelaskan bahawa blognya bukanlah SPLOG. Namun begitu, jeritan batinnya tidak didengari…
TAMAT…
Yer adik-adik, begitulah kisahnya bagaimana seorang pemuda bernama mawi kehilangan pendapatannya dalam sekelip mata setelah bersusah payah berusaha membangunkan blognya.
(Sekali lagi.. mawi diatas bukanlah mawi AF3… kepada peminat2 mawi AF3.. harap anda tidak tersinggung… ingat sorang je ke nama mawi kat dunia nie?. Kucing jiran saya pun nama mawi jugak tau.. hu! hu!)
Pengajarannya…. kuasailah & milikilah blog anda sendiri. Sepertimana saya memiliki dan menguasai blog saya ini..
Yosh!!
Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.




Latest Comments
kutar, kutar, kutar, mr.eims, laila [...]
titan, dauz, shuth, sham
Budak Gas, taukey, Abdul Rashid Basar, zool, oktant [...]
EDEK, AbgDie, anas, shuth, rusmaini
rps, rps, epit, aku, aku [...]