Wang Simpanan…

Jika anda mempunyai wang simpanan antara Rm1,000 – Rm50,000, apakah yang anda akan lakukan dengan wang tersebut?…

Beli Handphone 3G? IPod? XBox? Video Camera? Cybershot? iMac? Home Theatre? Motosikal baru atau.. downpayment kereta baru?

Jika begitu… anda akan menjadi seorang yang sungguh bergaya, tetapi malang, impian anda untuk menjadi kaya akan menjadi semain kabur… ketahuilah, gaya sahaja tidak menjadikan anda seorang yang kaya & bebas dari masalah kewangan.

Perbezaan antara orang yang “akan” menjadi kaya dengan orang yang “akan” menjadi miskin boleh dilihat dari cara mereka menggunakan wang simpanan mereka.

Orang yang ‘akan’ menjadi miskin.. akan menghabiskan wang simpanan mereka dengan benda-benda atau perkara-perkara yang sia-sia dan tidak menghasilkan wang. Mereka lebih mementingkan gaya dan lebih suka ber’joli’ katak dengan wang simpanan mereka. Mereka gemar bermewah-mewahan terlebih dahulu. Wang simpanan yang ada akan digunakan untuk membuat downpayment kereta baru, membeli set perabot kayu jati, memasang set kabinet dapur serta tidak lupa juga untuk membeli almari baru kerana almari lama telah terkena tahi cicak.

Orang yang ‘akan’ menjadi kaya pula.. akan menggunakan wang mereka untuk menghasilkan lebih banyak wang. Mereka akan gunakan wang mereka untuk bermain saham, membeli hartanah yang berpotensi, melabur ke dalam dana-dana yang mampu memberikan pulangan yang baik, membuat modal untuk perniagaan dan tidak lupa juga melabur untuk diri sendiri. Mereka ini tidak cepat teruja untuk bermewah-mewahan dengan wang simpanan yang mereka kumpul. Mereka hanya akan bermewah-mewahan selepas wang simpanan mereka tidak berkurangan walaupun setelah mereka membeli sebuah bmw 7 series secara tunai.

Jadi, jika hari ini orang memandang “sengkek” kepada anda kerana anda memakai kereta buruk, mendiami rumah yang kecil, tidak mempunyai kabinet dapur serta tidak mempunyai astro. Usahlah berkecil hati, semua itu akan menjadi saat-saat manis di dalam hidup anda suatu hari nanti. Apa yang penting, anda tahu hala tuju serta impian anda….

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

15 thoughts on “Wang Simpanan…

  1. Betul tu shuth.. Mcm saya skang pakai henset buruk yg dah rosak sikit.. huhu.. Duit tu ada, tapi NO! Saya nak improvekan perniagaan internet saya dulu dan tambah pendapatan.. :) Kat dalam diri kena BERTEGAS agar tidak mudah terpedaya dengan kehendak nafsu. Kalau ada henpon 3G tapi tak guna buat apa? :p

  2. Sangat bersetuju….

    Menyesal aku beli handphone 6600 masa mula-mula keluar dulu buka2 nokia.com handphone ni baru keluar. Beli RM1880.00 tunai sekarang dah murah… menyesal oo…… kenapa lah aku sedar…

  3. tul tu baru je abis baca buku jutawan dari planet jupiter…benda tak perlu…hii hii dah pegi ke seminar tu…..jgn lupa kongsi…yeazzaaa.

  4. kalo dalam buku rich dad poor dad kan, barang2 yg tak boleh buat duit tu nama dia “doodads” ahaha

    so, kene tau bezakan “doodads” ngan “assets”

    doodads = yg leh wat kita hepi tapi tak wat duit kita btambah
    asset = yg wat kita hepi dan wat duit kita btambah

    kiyosaki ade wat polisi untuk diri beliau sendiri iaitu,

    kalo nak beli doodads, pastikan beli(atau buat… contohnya produk digital…) satu asset yg leh bawak duit yg diperlukan untuk beli satu doodad tu.

    :D

  5. saya tidak akan membeli sesuatu yg tidak begitu penting..dan kena pandai fikir yg mana keperluan atau keinginan..

  6. Oit..Mie…Aku ni awe ler…Berjaya ko skg yer…Hehehhe..
    Pernigaan internet nampaknya…Ari ni baru aku tergerak hati baca info ttg ko..Tu pun aku bukan sengaja carik….Ader la bebudak UKM bagitau aku…ttg pernigaan ko ni….Macam berminat jer aku nie…tp..minta tanpa uasaha x kan jadi kan…X per.Aku buat kaji selidik dulu

  7. part ni aku memang setuju.
    aku ni makan gaji ngan kerajaan..
    aku teringat pengarah aku cerita pasal jutawan kakitangan awam.
    dia cerita pengalaman dia kerja kerajaan dlm masa yg sama dia labur asb.
    skang dia dah senang bawak merc lagi…
    dia cerita pada kami pasal 3 melayu bodoh (jangan marah ye yg ni memang betul dia cerita.tapi kita ambik yg baik sahaja ya…..)
    beliau kate ade 3 jenis melayu bodoh..
    1)org melayu yg tak punya akaun asb.ni meaning yg ada duit simpanan tapi x simpan kt asb laa.
    2)org melayu yg ada akaun asb tapi muncul di kaunter pejabat pos bulan januari utk keluarkan untung…..
    3)org melayu yg ada asb tapi asyik kuar masuk je duit dier….
    harap korang jangan marah.kite ambik pengajaran yeee…..

  8. aida,,mcmne kakitangan awam tu bleh jd jutawan?? kalo setakat simpn dlm asb je…agak2 30 thn bru bleh jd jutawan kalo simpan rm500 sebulan..cite la sikit…

    note:- asb maximun 200k je..

  9. hai, menarik gak blog ni yer.. saje jer cari info pasal bisnes,terjumpe lak website ni, aku pun tengah sibuk fikir cara nak simpan duit untuk masa depan, yela kan..sampai bile nak keje makan gaji…kalo bole duit lebih yang ada nak lipat ganda kan lagi biar lebih banyak…
    simpanan asb tu mmg ada, tp tu pon buat loan dgn cimb…mcm aida kata la..ujung tahun keluarkan dividen…hhahahaha…kete lak aku guna kancil jer…kalo berkumpul dengan sedara mara memamg kete aku slalu dipandang serong…maklum la, sedara mara aku yg lain tu sume nye kete model baru walau pon bukan kete merc…nak nak sepupu2 yg sebaya, sume siap tayang kete derang yg lawa lawa tu…ada gak pikir nak tukar/tambah kete baru..tapi mcm membazir jer…. baik simpan duit tu…..

  10. aku pulak…dok dlm hutan..guru di pedalaman..langsung tak tgk duit ..kdg2 smapi 2,3 bulan.Duit gaji .akuserah semua kat mak aku.then abg aku akan bank in kat maybank2u 1k jerk..utk keperluan aku beli tiket flight dan sebagainya..gaji aku aderla dlm 4k campur elaun.so,3k tu semua aku serahkn bulat2 pd mak aku utk belanjakan mengikut keutamaan…sbg balas jasa dia besarkan aku selama ni..puas dia hidup susah.so,aku rasa itu pelaburan gak kan…setuju tak?

  11. ” Apabila anda merasakan diri anda berharga, anda tidak akan memerlukan benda-benda mewah untuk ‘ditayangkan’ di sekeliling anda…Pasal… diri anda ‘lebih berharga’ daripada benda-benda itu semua ” . Berbekalkan prinsip ini, saya berjaya mengamalkan gaya hidup sederhana walaupun mampu (jika mahu) untuk mengamalkan gaya hidup mewah. Buktinya, kenderaan yang saya gunakan seharian sekarang ini adalah kereta kancil sahaja. Jadi, dengan cara ini saya dapat gunakan lebihan wang pendapatan untuk membeli aset-aset seperti emas, saham dan hartanah. Bak kata pepatah. “Bukit yang ditarah dengan sudu sekalipun, lambat-laun akan runtuh juga” – Maksudnya : wang simpanan yang tidak dilaburkan dengan bijak lambat-laun akan habis juga suatu hari nanti…

  12. i would like to start an bisnes but dont know where and what and how to start…so bor, could you please guide me to be like you one day as a free financial guys…

    tq.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>