Di dalam buku “Maskahwin Yang Hilang”, saya ada memberikan tips agar jika kita hendak membeli sesuatu, belilah mengikut keperluan.. bukannya membeli mengikut kemahuan. Namun begitu, secara realitinya, ramai orang suka membeli mengikut kemahuan mereka.
Sesuatu yang diperlukan belum tentu dimahukan oleh orang.
Tetapi, sesuatu yang di”mahu”kan akan secara automatik menjadi sesuatu yang di”perlu”kan.
Contoh mudah….. insuran.. insuran sebenarnya adalah sesuatu yang perlu bagi semua orang. Tetapi.. apabila disuruh beli insurans.. ramai orang akan lari sejauh mungkin dan tidak mahu membelinya.
Berbeza dengan ipod, ia bukanlah suatu keperluan… tetapi disebabkan ramai yang “mahu”.. maka ia dirasakan sebagai sesuatu yang amat diperlukan. Kalau tak dapat.. hidup akan menjadi murung dan tidak tenteram.
Jadi.. tips kepada peniaga-peniaga yang mahu mendapat jualan yang hebat. Jual lah apa yang orang mahu. Tekankan kepada kemahuan seseorang.. bukannya keperluan.
Contohnya…
Inginkah saudara mempunyai wang sebanyak RM50ribu dalam masa 30 hari untuk belanjaan perubatan saudara?
adalah lebih berkesan berbanding..
Anda ingin beli kad insurans perubatan?
Jadi, sekali lagi diulangi tips pada hari ini… Jual apa yang orang mahu, bukannya apa yang orang perlu.
P/s:- Tidak hairanlah mengapa AF kini memasuki musim yang ke-4.
Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.




























Saya setuju dengan artikel ni.
Yezaaa…tip yg menarik…
cth ayat yg shuth tulis tu betul.org akan lebih tertarik melalui penyampaian ayat tersebut..ia mesti la menarik,tertarik barulah d’boom…
“tips pada hari ini… Jual apa yang orang mahu, bukannya apa yang orang perlu.”
—cemana nk tau apa yang org mahu?…:-?
ho.. ho.. ho.. soalan yg menarik…
nak tahu apa yang orang mahu.. tanya diri sendiri dulu.. apa yang saya mahu. Then, anda akan dapat jawapannya…
hmm.. barbalik kepada demand ataupun permintaan. kena wat research sket tengok trend and test the market. dkt internet ada banyak cara nak test market and do research.
ada bisnes target pada keperluan dan ada yg target kepada kemahuan. contoh cam kereta kancil target pada keperluan (murah,jimat petrol,praktikal) tapi kereta mercedes target kepada kemahuan (status,design,comfortable)
kenali pasaran utk produk sebelum memasarkannya.. yg penting jgn silap pasarkan pada salah orang pastu komplen org tanak beli.. hehe
Shuth ko..dah pergi tak blog ni…ada banyak berpuluh-puluh artikel dalam BM pasal bisnes offline ngan bisness online…semua free…
Pas ni korang semua tak yah beli buku2 pasal bisnes internet dalam BM…