Kepentingan Mengurus Kewangan…
Jika dilihat pada blog saya ini, kebanyakkan post yang saya hantar adalah lebih cenderung kepada tips-tips menguruskan kewangan. Berkenaan internet biz… ada juga, tapi agak kurang.. mengapa yer?
Blog saya ini masih baru.. jadi.. saya rasa, adalah lebih baik jika saya menekankan terlebih dahulu mengenai asas kewangan kepada pelawat-pelawat blog ini. Ini kerana, tanpa asas kewangan yang kukuh,sudah pastinya agak sukar untuk kita berjaya dalam apa-apa perniagaan. Tidak kiralah sama ada perniagaan yang kita ingin jalankan itu adalah perniagaan internet, mahupun perniagaan konvensional. Oleh itu, pengetahun mengenai asas kewangan perlulah dikukuhkan dahulu sebelum kita menceburkan diri dalam apa-apa perniagaan.
Percayalah, tanpa asas kewangan yang kukuh.. nescaya, perniagaan kita akan gagal.
Saya sudah lihat, ramai kawan-kawan serta saudara mara saya yang gagal dalam perniagaan mereka. Semuanya disebabkan mereka tidak mempunyai asas kewangan yang kukuh.
Sedikit keuntungan yang diperolehi digunakan untuk kepentingan diri. Alasannya, duit itu ialah duit gaji mereka.
Oh! betapa peliknya… orang yang bekerja sendiri mana boleh disamakan dengan orang yang makan gaji. Jika bulan tersebut hanya untung RM1,000, bukankah suatu yang kurang bijak untuk anda mengambil RM1,500 sebagai gaji anda?
Mungkin disebabkan sudah terlalu lama makan gaji, maka.. apabila menjalankan perniagaan sendiri pun, mereka tetap mahukan gaji bulanan.
Jadi, janganlah melakukan kesilapan ini, marilah kita sama-sama mengukuhkan asas kewangan kita… yosh!
Hi! Nama saya Mohd Suhaimy. Saya adalah seorang Usahawan Internet & Blogger sepenuh masa. Dalam blog ini, saya berkongsikan tips mengenai Perniagaan Internet, Pengurusan Wang, Motivasi Kejayaan disamping beberapa pendapat dan pandangan peribadi mengenai topik tertentu.

Betul tu saya setuju…. sudah biasa dengan banyak mana wang yang di terima setiap bulan dan akan dibelanjakan sama ada cukup2 atau pun terlebih… akhir bulan tanya bila gaji nak kuar ni?
Saya pun sokong.. mereka yang ingin berniaga mesti bijak menguruskan kewangan. Tetapi ramai di antara kita yang berniaga, tidak sabar dan tamak.. Nampak duit depan mata(untung yg sedikit), terus dibelanjakannya untuk kepentingan sendiri. Sedangkan duit tu perlu digunakan sebagai modal pusingan. Sekadar pandangan dari jauh..
cikgu >> alhamdulilah.. dulu memang saya pun asyik tanya soklan tu, tapi sejak buat internet biz nie.. rasanya dah lama soklan tu tak wujud dalam hidup saya..
rusmaini >> yer.. itulah point yang saya cuba sampaikan sebenarnya.. terima kasih atas komen anda yang singkat dan tepat.
betol tu..
perancangan keewangan ni mmg penting..
ade org perbelanjaan dia same dgn gaji yg dia dpt..
a de buat simpanan pun..
klu korg nak tau ilmu perancangan keewangan bolela kontek sye..
017-6228609(selangor n kl) @ saidah.engenius@gmail.com
nie yg tulis buku maskawin kan..
BAGAIMANA HENDAK MEMPERCEPATKAN PEMBAYARAN HUTANG RUMAH? (LOAN)- SAVE ON INTEREST