12
Jun
06

Ikhlaslah berniaga…

“Peniaga yang berjaya adalah peniaga yang ikhlas di dalam menjalankan perniagaannya.”

Saya pasti ramai orang akan setuju dengan pernyataan ini. Konsep ikhlas di dalam berniaga ini telahpun ditunjukkan oleh Rasullullah sewaktu baginda memperdagangkan barangan niaga khadijah. Disebabkan kejujuran serta keikhlasan baginda inilah, baginda mendapat gelaran al-amin dan sekaligus menyebabkan perniagaan baginda laris dan maju.

Begitu juga halnya jika kita menjalankan perniagaan di internet. Keikhlasan itu amatlah penting untuk kita berjaya di dalam perniagaan ini.

Peniaga yang ikhlas dan jujur akan memperkenalkan diri mereka yang sebenar…
Peniaga yang ikhlas akan memberikan maklumat mengenai perniagaan mereka seperti no telefon dan alamat perniagaan untuk dihubungi.
Peniaga yang ikhlas sedia bertanggungjawap terhadap perkhidmatan atau barangan yang diberikan.

Berbeza dengan peniaga yang kurang ikhlas… mereka akan cuba menyorokan diri mereka seboleh mungkin. Jika ada apa-apa berlaku, mereka akan lari dan tidak mahu bertanggungjawap di atas perkhidmatan dan produk mereka… jadi tidak hairanlah jika mereka tidak meletakkan no telefon serta alamat perniagaan mereka.. malah lebih teruk lagi.. mereka cuba menipu orang ramai dengan menggunakan identiti palsu.

Kesimpulannya, jika kita hendak berniaga, berniagalah dengan ikhlas. Tampilkan diri… mengapa harus takut & menyorok jika kita menjalankan perniagaan yang benar?

Tips Mudah Hari Ini : Tampilkan No telefon & alamat perniagaan anda, inilah cara paling mudah & cepat membina kredibiliti serta kepercayaan orang ramai kepada anda.

P/S:- Ya!, tips diatas adalah tips asas dan biasa-biasa sahaja… anda boleh jumpanya dimana-mana sahaja… tetapi persoalannya.. adakah anda melakukannya? Ketahuilah, dengan hanya meletakkan nama & alamat di website anda, anda tidak perlu lagi bersusah payah pecah kepala memikirkan ayat2 yang mampu menikam jiwa untuk menyakinkan pelawat anda bahawa anda ini adalah seorang peniaga yang ikhlas dan bukannya penipu..

Seperti kata Robert T. Kiyosaki.. “Keep It Simple Stupid (KISS)”.. hanya perlu letak nama, no phone & alamat sahaja sudah memadai untuk memberi kepercayaan kepada orang.

Share and Enjoy:
  • YahooMyWeb
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • description
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists

Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.


5 Responses to “Ikhlaslah berniaga…”


  1. 1 rusmaini Jun 12th, 2006 at 3:47 pm

    Samalah seperti kita menghulurkan business card.. ;)

  2. 2 shuth Jun 13th, 2006 at 1:19 am

    bisnes card heh?.. hmm… saya ada beberapa kisah menarik tentang bisnes card nie.. kalau ada kesempatan nanti saya tulis dalam blog nie.. :)

  3. 3 anas Jun 28th, 2006 at 8:18 am

    mmm.. ikhlas adalah senjata utama umat islam..

  4. 4 AbgDie Sep 30th, 2006 at 10:28 am

    Perniagaan internet ni memang bagus. Tapi harus berhati-hati, dapatkan info yang terperinci sebelum bermula.

    AbgDie pun teringin untuk berniaga internet tapi masih lagi banyak yang tak tau.. sapa2 nak kongsi ilmu boleh lah contact abgdie..

    AbgDie
    AbgDie@abgdie.com
    http://www.abgdie.com

  5. 5 EDEK Jul 3rd, 2008 at 5:25 pm

    Saya sebenarnya dah buntu dengan bisnes internet ni. Byk dah yg join tapi masih ditakuk lama

    http://usahawan-mail.wetpaint.com/

Leave a Reply