14
Jun
06

Memilih Kawan..

Sewaktu kita sedang berusaha untuk mencapai impian dan kejayaan kita, biasanya kita akan menjumpai 3 golongan orang.

1) Orang yang akan cuba menghalang atau menghancurkan impian kita
2) Orang yang tidak memberi apa-apa kesan
3) Orang yang akan menyokong & membantu kita

Orang yang cuba menghalang kita ini biasanya ada 2 jenis kategori.
a) Orang ini sememangnya sangat sayang pada kita dan justeru itu mereka ini tidak mahu melihat kita bersedih kerana gagal. Jadi, mereka akan cuba menghalang kita daripada melakukan sesuatu yang pada mereka kita tidak mungkin akan mencapainya. Biasanya, orang-orang begini adalah terdiri daripada ahli keluarga kita seperti ibu, bapa, suami, isteri, adik beradik serta kenalan rapat kita. Orang-orang sebegini tidak sukar untuk ditangani, kita hanya perlu yakinkan mereka yang kita akan berjaya.. terangkan pada mereka perancangan kita untuk mencapai impian tersebut. Insyallah mereka akan memahami dan menjadi orang-orang yang menyokong kita pula..

b) Orang yang dengki dan iri hati. Mereka ini akan menghalang kita dengan sedaya upaya untuk kita mencapai impian kita. Biasanya, disebabkan rasa tidak puas hati dan sakit hati dimana mereka ini akan rasa tergugat jika kita berjaya mencapai impian kita. Tidak kiralah tergugat dari segi pendapatan, imej ataupun ego mereka. Mereka takut kita akan jadi lebih hensem dan bergaya dari mereka.. mereka takut jika kita akan jadi lebih kaya dari mereka.. atau pun mereka takut awek mereka akan terpikat dengan kita.. hik! hik!. Oleh itu, mereka ini akan memperlekeh-lekehkan serta memandang rendah pada kiat. Mereka akan menyatakan bahawa kita tidak akan berjaya. Jadi, apa yang saya lakukan, saya akan cuba… jauhkan diri saya dari golongan-golongan seperti ini sejauh mungkin. Saya tidak akan sekali-kali menceritakan impian serta perancangan saya kepada mereka ini. Saya hanya akan diam serta lakukan apa yang saya rancangkan. Apabila bertemu mereka, saya akan berbual tentang perkara lain… mungkin berkenaan diri mereka, berkenaan awek mereka.. serta tentang apa-apa yang mereka lakukan..

Bagi golongan yang tidak memberi apa-apa kesan pula… saya akan bebas bergaul dengan mereka.. (bukan pergaulan bebas yer) bercerita tentang perkara-perkara yang menyeronokkan dalam hidup dan untuk pengetahuan anda, mereka ini selalunya akan memberikan komen “no komen” jika saya meminta pendapat mereka tentang perkara-perkara yang ingin saya lakukan untuk mencapai impian saya.

Untuk golongan orang-orang yang akan menyokong dan membantu pula, mereka ini biasanya adalah orang-orang yang mempunyai impian yang lebih kurang sama dengan kita. Mereka ingin melihat diri mereka dan kita sama-sama berjaya… mereka gembira jika kita berjaya dan kita juga gembira jika mereka berjaya. Mereka akan sentiasa menyokong kita. Mereka mempunyai minat serta pemikiran yang sama seperti kita. Jadi, golongan inilah yang patut kita pilih, sertai dan jadikan mereka sebagai kawan…

Jadi… kesimpulannya, berhati-hatilah memilih kawan.

P/S:-Kini, anda tahu.. mengapa saya menubuhkan wangcyber.com :)

Share and Enjoy:
  • YahooMyWeb
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • description
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists

Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.


23 Responses to “Memilih Kawan..”


  1. 1 Umi Afiat Jun 14th, 2006 at 2:21 am

    saya cukup setuju dengan siapa kita berkawan adalah antara faktor untuk kita boleh berjaya, cuma masalahnya, bila sudah lama berkawan barulah kita sedar kawan kita tu dari golongan mana. bila doh sedar yang dia tu tak sesuai untuk dibuat kawan, apakah cara terbaik untuk kita putuskan hubungan ?

  2. 2 shuth Jun 14th, 2006 at 2:40 am

    oh! oh!.. harap umi jangan silap faham.. saya tidak pernah menggalakan untuk sesiapa memutuskan hubungan dengan kawan mereka.

    Cuma.. jika kita rasa seseorang kawan kita itu adalah merupakan kawan yang tergolong dalam golongan pertama (golongan yang menghalang).. kita cuma perlu kurangkan masa berjumpa atau bergaul dengan mereka.. bukannya memutuskan hubungan terus.

    Lagi satu.. kita boleh sahaja berkawan dengan mereka… cuma apabila kita bertemu mereka.. jangan ceritakan apa-apa yang berkaitan dengan impian kita. Lebihkan topik perbualan yang bercerita tentang diri mereka.. tentang jiran mereka.. atau tentang sahabat-sahabat yg lain.

    Jangan sekali-kali memutuskan hubungan… itu bukan suatu yang baik untuk dilakukan..

  3. 3 rasidyusoff Jun 14th, 2006 at 4:59 am

    setuju supaya kita jgn memutuskan hubungan silaturrrahim sesama manusia..sekurang²nya angkat tangan apabila berselisih(berjumpa)..dan yg paling penting jgn cuba utk membalas dendam kepada mereka..lama² nanti kita akan semakin dihormati..asalkan kita pandai menjaga pergaulan dan persahabatan..

  4. 4 shuth Jun 14th, 2006 at 7:28 am

    yer.. itulah yg lebih baik & afdal :)

  5. 5 alhafiz3d Jun 14th, 2006 at 8:08 am

    percayalah, saya dalam golongan 3 :) bukan golongan 1a :D

  6. 6 Sabri SaifulSham Jun 14th, 2006 at 9:00 am

    Wah, best! :)

    Betul tu shuth, setuju sangat… seronok giler baca post blog ni, hehe…lawak menjadi!

    Looking forward for more! :p

  7. 7 shuth Jun 14th, 2006 at 1:24 pm

    He! he!.. baguslah kalau mcm gitu alhafiz… saya pun cuba untuk menjadi golongan 3 atau 2 bagi semua orang.. seboleh2nya.. saya akan cuba untuk mengelak dari terjadi golongan 1.

    hu hu!.. lawak ke sabri.. saya tulis post nie dengan muka yg amat serius dan garang tau.. ahak!

  8. 8 Hafiz a.k.a Bitol Jun 14th, 2006 at 3:28 pm

    Rasanya saya tergolong dlm kumpulan 3 kot :D
    Saya pengunjung tetap WangCyber ;)

  9. 9 Amzira Jun 14th, 2006 at 5:25 pm

    terima kasih lah sbb ingatkan
    sbb baru je beritau kwn yg rasanya golongan pertama
    bila dia memberi ‘kecaman’ kpd idea sy
    nasib baik sy tak terus melatah dan mengalah
    bila baca je ur post baru teringat golongan org sekeliling kita
    dan sy patut tambahkan kwn golongan 2 dan 3
    kurangkan golongan 1

  10. 10 hasrul Jun 14th, 2006 at 6:41 pm

    Biasanya kalau orang yang baru saya kenal.. saya akan biarkan dia bercakap banyak. Daripada situ, kita dah dapat agak orangnya macam mana. Cakap besar ke, berlagak ke, pemalu ke, bercakap guna otak ke, suka kat kita ke (kalau awek) dan macam-macam lagilah.

  11. 11 smartusaha Jun 14th, 2006 at 7:43 pm

    hasrul, petua yang bagus… hehe.. Pasni bila bercakap dengan pempuan, saya nak dok diam. Nak tahu dia suka saya ke tak.. hahaha.. Gurau jer..

    Shuth, serius yer… Saya faham…

  12. 12 shuth Jun 15th, 2006 at 1:14 am

    bitol >> baguslah kalau begitu..

    amzira>> yer… jangan cepat & mudah melatah.. ramai lagi orang2 yang boleh kita jadikan kawan.. lebih2 lagi kat internet nie..

    hasrul>> he he.. ini tips yang baik nie!.. tapi kalau saya jumpa hasrul yg diam.. then saya pun diam.. mcm mana plak?.. kang kata sombong plak..! kuI! kui! kui!..

    smartusaha >> hm… yer! serius yg menghibur.. hu! hu!..

  13. 13 hasrul Jun 15th, 2006 at 3:38 am

    kalau orang tu diam ada 3 kemungkinan:
    1. orang tu memang pendiam
    2. orang tu pun sama macam kita
    3. orang tu BISU

    :)

  14. 14 Sabri SaifulSham Jun 15th, 2006 at 11:14 am

    seronok btol la blog shuth ni…

    lenkali kita jumpa, saya nak menuntut ilmu menulis blog yang berkesan la shuth… xdela kita tulis lain org paham lain, pastu kena sembur2 lagi… :p x pun, kuarkan ebook pasal cara-cara menulis blog shuth…saya gerenti beli.. memerlukan sgt nih…

    dah baca pn nak baca lagi! :)

  15. 15 shuth Jun 15th, 2006 at 1:30 pm

    ho! ho!.. seronok ke sabri.. thanks…
    saya sendiri pun baca 3-4 kali blog saya nie.. seronok betul.. hik! hik!..

    kalau saya kuarkan ebook teknik menulis blog.. saya akan letakkan harga 18ribu 13 ratus ringgit untuk sekali baca.. kalo tak beli.. siap!.. ha! ha! ha!..

  16. 16 rusmaini Jun 16th, 2006 at 12:34 pm

    yang seronoknya baca blog shuth ni sebab ada isi di sebalik kata-kata yang disampaikannya.. bagus2, teruskan. kalau saya dipilih sebagai kawan.. mesti tergolong dalam jenis yang no 2 hahaha..

  17. 17 izwan Jul 7th, 2006 at 2:12 am

    sy ada soalan la…katakan la kita mmg ada ramai kawan…ada yg rapat ada yg biasa2…tapi kalau kita nak berbisnes, kawan2 atau networking ni macam udara la..kalau takde mmg konpem bisnes lingkup…tapi macam mana kan kita nak maintain relationship ngan kawan2 kita yg ramai tuhs…kadang2 lama tak contact etc…bukan sbb tak kawan dah, tapi masing2 sibuk ngan hal masing2…hanya akan call bila kita perlukan sesuatu…so tak best gak macam tuhs…so ada idea tak? (rasanya kalau kita wat auto email hantar kat sumer kawan2 kita pon orait gak kan…sediakan 1 template pastu hantar kat sumer orang.. :) )

  18. 18 aku Aug 4th, 2006 at 2:34 am

    sebenarnya, kita tergolong dalam ketiga-tiga kumpulan.. 1,2,3.. memandangkan kumpulan 1 terpecah kepada dua, senang cakap, kumpulan 1 ada 1a dan 1b… :) macam ayat pernyataan math plak..

    kita hanya perlu mengelak jadi 1b - orang yang penuh hasad dengki.

    siapa yang tak pernah halang kawan kalau kawan memilih jalan yang salah? (for sure kita adalah kumpulan 1a bagi kawan kita)

    saya biasanya jadi kumpulan 3 bagi kawan-kawan saya sebab saya tak reti nak cakap no komen LOL, biasanya saya akan cakap (respon kepada segala rancangan mereka), ‘bagusla kalau amcamtu, kalau bleh bla bla bla..’ (bla bla bla adalah cadangan saya berkenaan topic yang dibincangkan)

    pasal keyword ’siti nurhaliza’ dan ‘datuk k’ tu, saya pernah test kat overture jugak.. ntuk pembelian domain, tapi rasa2.. takda nilai dan takut kena saman :P

  19. 19 aku Aug 4th, 2006 at 2:49 am

    hahaha.. aku tercampur komen 2 post sekali.. itula shuth.. sape suruh link kan post ni dari: http://www.mohdsuhaimy.com/2006/07/21/siti-nurhaliza/

  20. 20 epit Feb 21st, 2007 at 1:08 am

    Apa yg awak tulis, itu lah yg sebetulnya skrg ni..

  21. 21 rps Jul 3rd, 2008 at 1:03 am

    saya amat bersetuju dengan artikel kawan kita ni. Salam perkenalan daripada rps: radinsallehuddin@hotmail.com

  22. 22 rps Jul 3rd, 2008 at 1:05 am

    salam suhaimy…saya baru dalam blog ini..namun saya kagum dengan kesungguhan anda membentuk blog ini. Satu hasil ikhlas yang saya rasa patut mendapat pujian. Syabas n well done

  1. 1 Mohd Suhaimy… in a blog! » Orang Pekak Berjaya!! Pingback on Mar 20th, 2007 at 1:38 am

Leave a Reply