Pada waktu ini, industri peniagaan internet di Malaysia sedang berkembang pesat dan menjadi semakin meriah. Ramai orang Malaysia sudah mula membuka mata untuk melihat peluang yang begitu luas dan menguntungkan di dalam menjalankan perniagaan di internet ini.
Bagi mereka yang sudah agak lama menceburkan diri di dalam bidang ini, sudah pastinya mereka ini mempunyai banyak pengalaman yang berharga untuk dikongsikan. Disebabkan industri ini masih baru lagi di Malaysia, maka, bahan-bahan rujukan di dalam industri ini masih agak kurang.. yer.. saya tidak nafikan! Kita boleh dapatkan banyak info berkenaan industri ini di internet. Bagi yang mahir berbahasa inggeris.. ia tidak menjadi masalah.. namun, bagi mereka yang kurang mahir… ini adalah merupakan masalah besar bagi mereka. Mereka ini ingin menceburkan diri di dalam bidang ini, tetapi mereka tiada panduan serta tempat untuk dirujuk.
Internet.. amat luas… untuk mencari panduan yang tepat itu sudah satu hal.. kemudiannya, maklumat tersebut kalau boleh mestilah berbahasa melayu… tambah satu lagi masalah.. tidak diketahui sama ada maklumat tersebut bersesuaian atau tidak dengan situasi di Malaysia. Maka, nak tak nak.. anda harus mencubanya sendiri.. try and error.. jadi.. proses pembelajaran anda akan menjadi semakin panjang.
Dengan itu, salah satu cara untuk memendekkan proses pembelajaran anda (learning curve).. ialah dengan menyertai seminar. Di dalam seminar, anda akan dapat mengorek rahsia (ilmu yang belum anda ketahui) daripada pakar-pakar dengan lebih mudah. Bertanyakan soalan-soalan yang menghantui fikiran anda selama ini serta satu lagi manfaat yang ramai orang terlepas pandang.
Iaitu…. “networking”. Inilah masanya untuk anda membina networking anda, mencari kenalan-kenalan baru.. serta mencari peluang-peluang baru di dalam memajukan perniagaan anda.
Jadi.. saya tidak nampak mengapa anda tidak patut menyertai seminar. Oh!. oh!.. ada.. ada.. saya tahu… anda mungkin tidak cukup duit untuk menyertai apa-apa seminar.
Saya tidak pasti sama ada anda sememangnya benar-benar tidak cukup duit atau anda sebenarnya merasakan diri anda akan membazirkan duit sahaja jika menyertai apa-apa seminar.
Jika anda merasakan begitu.. mungkin anda perlu memikirkannya semula sewaktu anda berada di dalam tandas. Hu! hu!.. apa pula kaitannya tandas dengan seminar? Saya tidak pasti.. tetapi saya banyak mendapat ilham sewaktu berada di dalam tandas… mungkin disebabkan suasananya yang sunyi menyebabkan minda saya tenteram untuk memikirkan tentang sesuatu. Tiada bunyi bising, tiada bunyi radio serta tiada bunyi bayi menangis… suasananya sungguh tenang dan tenteram.. hu! hu!..
Adus.. apa yang saya tuliskan ini… sudah sedikit menyimpang nampaknya.
Sebenarnya.. saya hanya ingin berkongsi dengan semua pembaca blog saya tentang seminar-seminar berkaitan perniagaan internet yang akan berlangsung di dalam bulan ini dan bulan depan. Jadi, jika keadaan anda mengizinkan dan berkesempatan, janganlah lepaskan peluang ini.. begitu banyak manfaat yg anda akan dapat hasil daripada menyertai seminar ini. Oh! satu lagi sebelum terlupa… jangan sekali-sekali menganggap yuran yg anda bayar sebagai yuran.. tetapi anggaplah ia sebagai suatu pelaburan. Insyallah anda akan mendapat pulangan yang berlipat kali ganda lagi hasil pelaburan anda di dalam seminar-seminar ini.
Okla.. inilah dia seminar-seminar tersebut.
1)Workshop Jutawan Internet (Asas)
Tarikh : Ahad, 25hb June 2006
Tempat : J.W. Marriott, Kuala Lumpur
Speaker : Irfan Khairi
Yuran : RM760
2) Seminar “Rahsia Buat Duit Dengan Internet”
Tarikh: Sabtu, 8 Julai 2006
Tempat : Berjaya Times Square Hotel & Convention Centre, Kuala Lumpur
Speaker : Team SaifulSham
Yuran : RM297 - RM497
3) Kelas Adsense & Affiliate Programme
Tarikh : Sabtu, 15 Julai 2006
Tempat : SHRDC, Shah Alam, Selangor
Speaker : Kidino & Shuth
Yuran : RM297
dan satu lagi…. seminar yang amat sesuai untuk mereka yang ingin berkahwin di dalam waktu terdekat ini…
4) Seminar “Mahligai Impian”
Tarikh : 22 Julai 2006 (8.30 pagi - 1.30 tgh)
Tempat : Dewan Melawati, Lembaga Tabung Haji Kelana Jaya, Selangor
Yuran : RM75
Untuk seminar yang ini.. manfaat lain yang mungkin anda akan perolehi ialah.. mungkin anda boleh menemui jodoh yang sesuai dengan anda disini. Hu! hu!.. maaf jika seminar ini tidak ada kaitan dengan industri perniagaan internet.
Maaf juga jika entry kali ini agak panjang. Wassalam…. yosh!!
Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.




























ya… kalau dalam bisnes.. network tu yang penting
Hik,hik…
dpt idea kt tandas….hebat2! Nk try gklaa nnti bile masuk tandas…berkesan ke tk..hehe
Oh..dh ade property investmnet jgk rupanya…good2..nnti leh sembang2…..
ya.. networking dan tandas adalah 2 perkara yang menarik untuk dinikmati dalam hidup kita! ha! ha!..
terfikir juga nak pergi seminar, tapi kenapa semuanya di Kl dan selangor? Tak teringin ke nak buat seminar kat Johor Bahru ??
kepada semua usahawan cyber, sudi-sudilah menjenguk website pertama saya di http://www.sihatbarakah.com dan saya perlukan komen dari anda semua tentang website itu. TQ
saya pun selalu dapat mcm mcm ilham dlm tandas..tu yang dok lama dlm tandas sampai berjam jam lamanya..mengelamum..
Saya juga akan hadiri semianar Team Saifulsham pada 8 Julai nanti.
Ilham di dalam tandas tapi tandas kat rumah la ye. Kalau tandas awam ni susah sgt nak dpt ilham. He he
Sudikanlah menjenguk di http://rasidyusoff.blogspot.com
Umi>> seminar di johor? insyallah.. doakanlah mereka akan ke sana… apa kata umi datang je ke KL nie?
danish>> waaa.. berjam2 yer?.. saya paling lama pun 45 minit je.. he! he!..
rasidyusoff>> tahniah.. semoga anda akan berjaya menyedut segala ilmu dan aura dari team saifulsham..
Asal cam sume ckp psl tandas ni?Hehe..Terase geli lak
Hahaha.. Tandas yer.. Saya lak ilham datang masa mengurat aweks.. Masa tu lah idea datang bukan-bukan (tipu jer… hehe).
Hmm, sesiapa yang ke seminar saifulsham nanti, kita jumpa di sana k.. Jangan lupa bawak bisnes kad. huhu..
Kak umi, JB kat mana? Saya kat Skudai, Tmn U.
ya! tandas memang sunyi, tenang.. tetapi masih ada satu gangguan yang kurang menyenangkan
haha.. bau-bauan tut!
memang betul, saya juga mendapat idea untuk menyelesaikan logik programming di dalam tandas..
seminar memang bermanfaat.. cuma belum dapat meluangkan masa..
oo.. rusmaini nie programmer yer..
alhamdulillah, saya telah mendaftarkan diri untuk hadiri seminar team saifulsham pada 8/7/06. semoga seminar ini akan memberi lebih banyak input kepada diri saya yang baru bermula.
cuma,,,, jangan terkejut ya, kalau ternampak saya membawa baby saya yang baru berusia 3 bulan, nak buat macam mana, kalau tinggal kat umah, nanti nangislah budak tu. kalau tak datang seminar rasanya macam 1juta kali rugi.
tak sabar rasanya nak jumpa team saifulsham, shuth, zul smartusaha dan rakan-rakan yang lain.
Tahniah Umi…
Tapi.. jangan silap faham pula yer.. di seminar saifulsham itu, saya tidak dapat turut serta.
Apa-apa pun.. semoga umi mendapat banyk manfaat dari seminar tersebut.
Oh, shuth tak pergi yer.. Hmm, kalau sempat datanglah jenguk-jenguk dan bersua muka jap..
Kak Umi pergi juga rupanya yer.. Baguslah. Nanti kita jumpa yer.
En Sabri & Wan kita tu pun nampaknya sakan dok prepare modul..depa nak bikin kita sampai termuntah2 ngan info (kena bawa ubat tahan mabuk ni.. c u guys on the 8th..
Wah aku nak join jugak :D. Tp ni semua dah due nih!.
Ada lagi tak yg terbaru?
tandas…dah lama aku jaga orang mencuci tandas…yang nyata tandas yang bersih je dapat menghasilkan idea haha
“minat” untuk berniaga tu mesti ada