Tips Google Adsense
Saya pasti ramai yg dah tahu apa itu goggle adense. tetapi, kalau masih tak tahu juga, boleh baca special report “Bagaimana saya menjana RM12,000 dari google adsense” pada tahun lepas kat sini.
Okla… hari ini saya nak bagi tips mengenai google adsense ini. Saya percaya, ramai pembaca-pembaca blog saya ini mempunyai website mereka sendiri dan telah pun mula meletakkan iklan google adsense di website masing-masing bagi mendapatkan wang. Jika sebuah website kita boleh menjanakan wang USD1 sehari.. maka.. sebulan sudah dapat USD30.
Itu baru satu website… jika kita mempunyai 10 website? 20 website? 30 website? 40 website? waa… USD30 x 40 website = USD1200 sebulan = RM4000… waahh!! Kaya! Kaya! Kaya!
Betul tak?… Hu! hu!… saya mintak maaf.. jawapan sebenarnya ialah Tidak Betul…!
Pengiraan diatas, dari segi teori memang nampak logik dan mengujakan.. tetapi dari segi praktikal.. ia hampir mustahil dan tidak praktikal
Mengapa?
1) Untuk membuat 40 buah website.. ia bukanlah suatu yang mudah.. ia memerlukan banyak masa. Lebih-lebh lagi.. setiap website yang kita bangunkan perlulah dijaga, di maintain dan diupdate selalu. Jadi.. agak mustahil untuk anda menguruskan 40 website dalam satu2 masa. Anda boleh cuba.. tetapi akan sampai satu tahap.. anda akan berasa penat dan berhenti melakukannya. Maka terbiarlah sahaja website tersebut tidak dijaga dan ia tidak akan mendatangkan sebarang hasil pun kepada anda.
Anda mungkin berfikir.. upahkan sahaja orang untuk membuat website tersebut dan menjaganya. Oh.. oh! ini sudah masuk point saya yang kedua mengapa teori di atas tidak praktikal.
2) Untuk membuat 40 buah website.. kita perlu mendapatkan nama domain serta webhosting. Jika kos 1 nama domain dan hosting berharga RM50, maka… 40 website akan memakan kos sebanyak RM2000. Itu baru kos beli domain & hosting, belum lagi campur kos mengupah orang seperti yang difikirkan tadi. Agak-agak.. berapa upah yang kita nak bagi pada orang yang tolong membuat serta menjaga website kita itu? 10sen? 20sen? 2 ringgit? atau.. 200 ringgit?
3) Sebab ketiga pula, mengapa teori diatas tidak praktikal ialah… err… apa yer? Lupa pula saya.. hu! hu!… Tapi seingat saya… saya hanya mempunyai 3 website sahaja sewaktu saya menjana RM12,000 pada tahun lepas dengan google adsense.
Apa-apa pun… apa yang saya cuba sampaikan disini. Mempunyai banyak website belum tentu akan menjanjikan anda pendapatan yang banyak melalui google adsense. Apa yang lebih penting ialah kualiti, bukannya kuantiti… memiliki 5-6 website yang berkualiti adalah lebih baik daripada memiliki beratus-ratus website yang kononnya dapat memberikan anda wang yang banyak di dalam google adsense.
Jadi.. itulah sahaja tips serta rahsia (bagi yg belum tahu, yang dah tahu tu, baguslah) yang dapat saya dedahkan kepada pembaca-pembaca blog saya untuk kali ini. Kalau nak tahu lebih banyak tips serta rahsia (ilmu yang mungkin anda belum ketahui). Bolehlah sertai kelas adsense saya & kidino pada 15 Julai 2006 nanti.
Klik sini untuk mklumat lanjut berkenaan kelas tersebut.
Ok! Wassalam…. yosh!
Hi! Nama saya Mohd Suhaimy. Saya adalah seorang Usahawan Internet & Blogger sepenuh masa. Dalam blog ini, saya berkongsikan tips mengenai Perniagaan Internet, Pengurusan Wang, Motivasi Kejayaan disamping beberapa pendapat dan pandangan peribadi mengenai topik tertentu.

Terima kasih saudara suhaimi atas penerangan di atas. Banyak website pun bukan bermakna pulangannye banyak. Anyway website saudara banyak sentuh mengenai apa yang membolehkan saudara generate RM12,000.
ho! ho! ho!… itu rahsia besar.. hanya akan didedahkan kepada mereka2 yang menyertai kelas adsense itu sahaja.
Baiklah saudara suhaimi..saya dah pun mendaftar kelas adsense pada 15 Julai ini…kena ambil cuti, tapi disebabkan kelas ini ada potential dalam tujuan saya mencari rezeki halal dan cara baru melalui internet saya nak kongsi juga pengalaman saudara dan saudara kidino. Terima kasih.
P/S: Tunggu duit gaji bulan ni nak bayar kelas adsense..he.he.he
Hi hi saya pun nak join jugak…dah puas pikir n baca masih tak dapat gak…harap pelaburan kali ni berbaloi…
Terima kasih khmh & tazamfn, semoga kita akan bertemu di kelas tersebut… insyallah.. lepas datang kelas nie.. anda boleh jana wang lebih banyak lagi dari wang pelaburan anda sebanyak RM297 tu. Silap-silap.. 7 hari dah balik modal..
wah!!! kalau aku dekat aku pun nak gi juga.Teringin juga nak jumpa saudara sedaerah.Mungkin kalau ada seminar or kursus kat area aku nanti aku join.Selamat berkursus
suhaimy, org bandar maharani mmg power..
nak pakai nama suhaimy juga la.. camni
semoga kita akan berjumpa suatu hari nanti…
time ksh saudara… google adsense mmg amat membantu terutamanya kepada blogger sepenuh masa..
tp utk permulaan jgnla tamak psl duit tu.. kepuasan dan kualiti blog tu yg plg utama.
google adsense tu smpingan aje!
btui kan? hehe