Rahsia Perniagaan Internet…..
Hari ini saya ingin berkongsi dengan pembaca-pembaca blog saya satu rahsia yang agak besar.. jadi.. tahniah! Kerana anda adalah orang yang bertuah yang akan mengetahui tentang rahsia ini.
Baiklah.. sebelum saya memberitahu anda tentang rahsia tersebut, mari kita dengar tentang satu kisah terlebih dahulu.
Pada suatu masa dahulu, di sebuah pekan yang kecil.. ada seorang lelaki yang dikenali sebagai pakcik K (K untuk karim) yang membuka perniagaan kedai makan di pekan tersebut. Antara menu kedai makan pakcik K ini ialah seperti nasi lemak, mee goreng, roti canai dan sedikit kuih muih bagi hidangan pagi. Manakala di waktu tengahari pula, pakcik K ini akan menyediakan hidangan nasi campur untuk pelangan-pelanggannya. Di sebelah malam pula, pelbagai hidangan panas seperti nasi goreng kampung, nasi goreng pattaya, nasi goreng USA (saya suka nie, hi! hi!) dan bermacam-macam lagi lah hidangan disediakan. Boleh dikatakan, kedai makan pakcik K ini memang laris dan sentiasa dikunjungi pelanggan sejak awal 7 pagi.. hinggalah sampai 12 malam.
Pada satu hari, datanglah seorang pelanggan yang bernama J (J tu jenal) ke kedai makan pakcik K ini. Melihatkan pelanggan yang begitu ramai di kedai pakcik K ini, maka, timbullah keseronokkan dan minat di hati J ini untuk turut membuka sebuah kedai makan seperti pakcik K ini.
Dipendekkan cerita… sebulan selepas itu. Muncullah sebuah kedai makan baru kepunyaan J yang didirikan betul-betul berhadapan dengan kedai pakcik K. Kedai makan J ini menyediakan hidangan serta menu yang sama seperti menu kedai makan pakcik J. Susun atur kedai dan hiasan dalaman nya juga hampir sama, waktu operasi kedai pun sama.. malah, harga yang ditawarkan juga turut sama.
zzziittt…. saya pause dulu cerekarama di atas..
Jika anda menjadi pakcik K, apakah yang akan anda lakukan?
a) Buat bodo sahaja dan terus menjalankan perniagaan anda seperti biasa
b) Pergi ke kedai J dan memarahinya kerana meniru anda
c) Pergi jumpa tok bomoh dan membuat santau atau sebagainya..
d) Pergi ke kedai J lalu mengucapkan tahniah!, kemudian bertanya, masihkan ada jawatan kosong dikedainya.
e) Merasa tercabar dan terus menurunkan harga makanan di kedai anda.
Jadi… apakah jawapan anda?….. tidak mengapa.. saya berikan anda masa untuk berfikir… sementara itu, izinkan saya ke tandas dulu… saya pun perlukan masa untuk mencari ilham jika saya menjadi pakcik K. Jadi.. seperti yg anda ketahui.. tandas adalah tempat yg banyak mencetuskan ilham kepada saya.. (kepada yang tak tahu lagi kisah tandas ini.. sila baca disini)
Hu! hu!….
Baiklah.. tanpa membuang masa… saya berikan anda satu tips bagaimana menghadapi situasi seperti diatas jika anda mengalaminya di dalam perniagaan anda.
Saya percaya, ramai peniaga-peniaga akan mengalami situasi seperti ini, tidak kiralah sama ada anda menjalankan perniagaan konvensional atau pun perniagaan di internet, anda pasti akan menghadapi situasi seperti ini. Yang membezakannya hanyalah masa, iaitu sama ada cepat atau lambat.
Jadi, tips untuk diri saya sendiri… jika saya mengalami situasi seperti ini, perkara pertama yang saya akan lakukan adalah.. saya akan pergi menggunting rambut dan juga ke kompleks membeli belah untuk membeli beberapa helai baju baru!.. hu! hu!.. apa kaitannya?..
Ya.. tujuan saya menggunting rambut dan membeli baju baru adalah untuk kelihatan lebih kemas dan menarik. Apabila saya melihat diri saya dalam keadaan kacak & bergaya, maka hati saya akan berasa gembira… apabila hati saya berasa gembira.. maka.. saya akan automatik sentiasa tersenyum dan menjadi ramah dengan pelanggan-pelanggan saya.
Bagaimana? Sudah nampak kaitannya?.. ok lah! ok lah! .. saya direct to the point..
Sebenarnya.. jika kita mengalami situasi seperti diatas, iaitu apabila kita mempunyai persaingan di dalam perniagaan kita dimana pesaing tersebut menawarkan sesuatu yang sama dengan perniagaan kita dari segi produk, harga. Maka, hanya ada satu cara sahaja untuk kita memenangi persaingan tersebut.. iaitu.. “layanan”. Inilah faktor yang akan menentukan sama ada kita mempu bersaing atau tidak.
Kita tidak perlu memarahi pesaing kita..
Tidak perlu menyantau atau mensabotaj mereka..
Atau.. meminta jawatan kosong dari mereka..
Apa yang perlu kita lakukan hanyalah tingkatkan tahap “kemesraan pelanggan” kita.. insyallah perniagaan kita akan terus kekal dan berjaya.
Oh! oh!… tetapi itu jika kita berniaga secara konvensional.. bagaiman jika kita berniaga di internet? Bagaimana kita nak menunjukkan tahap “kemesraan pelanggan” kita di dalam melayan pelanggan atau prospek kita?
Ho! ho! ho!… terima kasih kerana bertanya…
Ya.. jika anda rasa anda telah mengetahui satu rahsia besar di dalam perniagaan dengan membaca ayat-ayat diatas… ini ada satu lagi rahsia besar yang saya inginkan kongsi dengan anda.. sila baca ayat-ayat dibawah pula..
Di internet, sudah pastinya anda tidak boleh menunjukkan gaya rambut serta baju baru yang anda beli kepada pelawat website anda. Apa yang anda dapat lakukan hanyalah berinteraksi dengan mereka menggunakan komputer..
Jadi… lebih kerap anda berinteraksi dengan pelawat website anda.. maka, semakin tinggilah tahap “layanan” serta “kemesraan pelanggan” anda. Apabila semakin tinggi tahap kemesraan anda.. maka semakin tinggi la peluang anda untuk menukarkan pelawat-pelawat website anda menjadi pelanggan anda.
Persoalannya… bagaimana untuk berinteraksi dengan pelawat-pelawat website anda?
Ho! ho! Mudah sahaja…. kini anda tahu, satu lagi sebab mengapa saya menubuhkan forumwangcyber…. dan yang terbaru.. blog ini.
Jadi… luangkanlah sedikit masa anda untuk ber “teman-tapi-mesra” di forum-forum serta di blog2 anda. Yosh!
P/s:- ada yang bertanya saya.. apa makna “yosh!” itu.. hu! hu!.. “Yosh” itu sebenarnya bermaksud JOM!..
Hi! Nama saya Mohd Suhaimy. Saya adalah seorang Usahawan Internet & Blogger sepenuh masa. Dalam blog ini, saya berkongsikan tips mengenai Perniagaan Internet, Pengurusan Wang, Motivasi Kejayaan disamping beberapa pendapat dan pandangan peribadi mengenai topik tertentu.

Berikan layanan yang terbaik…
hahaha, saya setuju 500%!
Betul, itulah ‘rahsia’ saya juga. Walau ada beberapa orang pelanggan tetap, tapi dengan layanan yg mesra dan overdeliver (tips saifulsham), alhamdulillah, pelanggan kita menganggap kita sahabat mereka.
Selain forum, leh gak guna aplikasi online messenger, helpdesk, emel dan juga telefon..
Blog?? Alhamdulillah jugak, saya dah terima ‘hasilnya’…
Ya.. memang ada banyak lagi cara untuk kita berteman-tapi-mesra dengan orang ramai..
Fulamak, shuth dah ada trademark – “YOSH” !! Sebut “YOSH” ingat shuth (ingat sempoihosting juga). Tahniah, shuth. Blog ni memang cool. Saya adalah pembaca setia anda.
Memang tak dinafikan blogging ni amat penting dalam hubungan dengan pelanggan dan bakal pelanggan. Yang mencabarnya, nak mengisi content blog tu. Kena ada komitmen masa. Saya pernah blogging, cerita macam-macam, tapi dah mati dah. Sebab, masa tak mengizinkan. Tapi baru-baru ni, lepas tengok tips 1 minit Irfan Khairi, eeayy!! tiap-tiap entry dia sikit aje dan kita boleh baca dalam masa 1 minit. Saya suka model blog macam ni.
Oleh sebab saya minat sangat-sangat dengan bahasa Sepanyol ni, dan telah menjadikan pembelajaran bahasa sepanyol secara kendiri sebagai hobi yang serius sejak 6 bulan yang lalu, saya akan memulakan blog pembelajaran bahasa Sepanyol dalam masa 2 minggu ni. Modelnya – 1 entry boleh dibaca dalam masa 1 minit. Macam yang Irfan Khairi buat. Yang ni, saya confident boleh tarik banyak iklan adsense sebab saya pernah tengok ada sorang Spanish buat.
Terima kasih fadzli kerana sudi menjadi pembaca setia..
Oh! tidak lupa juga kepada cikgu online, smartusaha serta kepada mereka2 semua yang lain yang banyak membaca blog saya ini tetapi agak malu untuk meninggalkan komen… (hu! hu!.. mcm lah ramai sangat baca blog saya nie!.. eh? ramai apa?.. den tahu ler.. den selalu jugak tgk den punya awstat..
apa-apa pun.. terima kasih kepada semua yang sudi membaca.. harap2 post2 yang saya tulis di blog ini dapat membantu anda semua di dalam usaha membina dan memajukan diri anda di dalam dunia perniagaan internet! YOSH!!
YOSHHH……..