Yaa… tajuk kali ini agak kontroversi sedikit. Bagi yang mempunyai bisnes membuat website.. sudah pastinya mereka mahu post saya kali ini memihak pada mereka… manakala bagi mereka yang mempunyai bajet yang agak kurang.. sudah pastinya mereka mahu post saya ini memberikan cadangan agar mereka belajar membina website sendiri itu lebih baik.
Apa-apa pun.. berikut adalah pandangan dan pendirian saya terhadap isu ini. Terpulang pada anda untuk bersetuju atau tidak.. setiap orang mempunyai pandangan mereka masing-masing. Kalau tak puas hati.. boleh tulis di bahagian komen. Kalau puas hati.. juga boleh tulis di bahagian komen, nyatakan kenapa anda bersetuju dengan pendapat saya. Saya tahu saya agak kacak.. jadi tidak perlulah anda tulis bahawa anda bersetuju dengan saya semata-mata disebabkan kekacakkan saya. (Maaf, saya terpaksa puji diri saya sendiri kerana…tiada seorang pun yang sudi memuji diri saya kacak!… oh! sedihnya.)
Okla… ini pendapat saya tentang isu membina website.
Setiap orang yang hidup di dunia ini mempunyai latar belakang serta keperluan yang berbeza-beza. Kita mungkin suka makan roti canai untuk bersarapan pagi… manakala orang lain pula mungkin suka makan nasi lemak untuk sarapan pagi mereka.
Kita mungkin merasakan sarapan pagi itu sangat penting, tetapi bagi orang lain .. sarapan pagi itu tidaklah penting, malah membazir sahaja bagi mereka. Maklumlah, dah nak dekat hujung bulan nie.. kenalah save bajet sedikit. Ho! ho! ho!..
Apa-apa pun yang pastinya, setiap orang mempunyai keperluan yang berbeza-beza… keperluan ini pula biasanya disebabkan oleh suasa serta persekitaran sekelilling. Keperluan serta persekitaran seorang “student” sudah pastinya tidak sama dengan seorang “bisnesman”. Jadi.. bagi persoalan diatas, iaitu..
"Yang manakah lebih baik untuk memiliki website? Adakah lebih baik kita belajar dan membuatnya sendiri? atau... upahkan sahaja orang untuk membuatnya?"..
Jawapan saya… ia bergantung pada situasi dan keperluan anda!
Pilihan untuk belajar & membuatnya sendiri adalah baik jika:-
1) Anda mempunyai banyak masa terluang serta gemar meng”explore” benda-benda teknikal dengan duduk di depan komputer berjam-jam lamanya.
Anda mempunyai banyak masa kerana anda tidak perlu menghantar dan mengambil anak anda ke sekolah. Tidak perlu menukar lampin anak. Tidak perlu bangun awal untuk pergi kerja. Tidak perlu ke pasar membeli sayur dan bahan masakan. Tidak perlu mengemas rumah. Tidak perlu membawa keluarga anda berjalan-jalan. Tidak perlu pergi kerja. Tidak perlu memasak. Tidak perlu bersusah payah memikirkan bagaimana mencari duit untuk menyara hidup anda. Serta.. tidak perlu ber”teman-tapi-mesra” dengan pasangan anda.
Oh! siapakah gerangan manusia yang tidak perlu membuat semua itu?…
Mereka ini kebanyakkannya (bukan semua) adalah manusia yang berumur antara 12-23 tahun.. mereka ialah golongan pelajar atau pun penganggur.
TIPS: Jika anda menjalankan bisnes membuat website.. anda mungkin boleh kurangkan tumpuan kepada golongan ini sebagai target market anda.
2) Takde Bajet!
Ho! ho!.. ini biasalah.. kalau dah takde bajet.. mcm mana nak upah orang buat website. Nak tak nak.. kenalah buat sendiri juga.
Manakala, adalah lebih baik anda mengupah orang buat website anda jika:-
1) Anda tidak mempunyai masa.
Anda adalah seorang bisnesman yang berjaya dan agak sibuk menguruskan perniagaan anda. Bagi anda, masa adalah lebih berharga dari emas. Anda merasakan, adalah lebih baik anda membuat aktiviti pemasaran bagi perniagaan anda, daripada duduk di depan komputer menghabiskan masa berjam-jam lamanya untuk belajar dan mencuba membina website anda sendiri. Berbulan-bulan masa anda habiskan… tetapi website yang diingini tidak jadi-jadi juga. Malah, kalau jadi pun, anda akan rasa kecewa dan tidak berpuas hati dengan hasilnya.
2) Anda mempunyai target serta deadline yang perlu di ikuti.
Anda perlu memasarkan produk anda secepat mungkin, jika tidak, pendapatan anda mungkin akan terjejas. Jadi, anda tidak mempunyai banyak masa untuk cuba-cuba belajar dan buat website anda.
3) Ho! ho! Anda ada DUIT!..
Anda ada modal.. anda memahami konsep leverage di dalam menjalankan perniagaan anda… anda telah membuat pengiraan tentang ROI serta RISK apabila mengupah orang untuk membuat website anda. Anda memang seorang bisnesman yang hebat.
Kesimpulannya, setiap orang mempunyai situasi serta keadaan yang berbeza-beza. Jika soalan ini ditanya sewaktu saya menjadi student dulu, saya pasti akan memberikan jawapan “belajar & buat sendiri website itu adalah lebih baik”… kemudiannya saya akan memberikan hujah-hujah dan menyatakan kelebihan-kelebihan yang diperolehi jika membuat website sendiri seperti.. dapat pengalaman… belajar benda baru… nafsu lebih puas sebab dapat lihat hasil kerja sendiri.. dan bla.. bla. bla…
Tetapi, jika ditanya pada masa depan (bila dah kaya la.. amiinn!..).. saya pasti akan berkata.. “lebih baik upahkan orang” kerana.. hasil kerja lebih profesional.. tidak perlu membuang masa dan masa yang ada boleh digunakan untuk membuat aktiviti lain yang lebih penting seperti membuat marketing… ataupun beriktikaf di dalam masjid (cewahh! cewah! tunjuk alim lah kunun..ho! ho!..ho!)
Apa-apa pun.. tidak kiralah sama ada anda ingin belajar dan buat sendiri website anda.. atau pun.. mengupah orang lain untuk membuatnya.. sama-samalah kita berdoa, agar perniagaan internet kita maju dan berjaya! YOSH!!
Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.




























1) apapun, tulis besar2 shuth… baca README file sebelum buat apa2…
yes! berjaya post komen first sebelum cikgu… hehe
Seperti kata shuth, pilih mengikut keadaan anda. Ukur baju di badan sendiri…
setuju dengan smartusha & shuth kalo ada masa dan kepandaian buat sendiri kalo tak de masa tapi ada duit upah orng kalo semuanya tak tau kena belajar le……..
sy setuju dgn en shuth buat sendiri web memakan masa sbb sy pernah buat! Otak jd blur…mata berpinar2 tatap skrin. sy dah join wangcyber tp sbg pembaca. tak pernah respon n komen lagi sbb masih blur lg dgn bisnes ni.
Hehe…
Masih terkial-kial belajar buat website sendiri. Sementara nak pandai, upah orang yang pakar dulu le…
Jimat masa dan deadline!
.. masuk bulan julai, dah hampir setahun mengenali html yang masih lum pandai dan arif2 lagi, lebih2 lagi .php dlll. First time order hosting d SH, ingatkan adale website tu terpampang trus, rupanya kena buat sendiri, ilmu satu habuk pun takde pasal html ni, jahil murakap.. dari kongkang dan terkongkang, bertambah kongkang dan sikit2 boleh le berpuas hati walaupun, pada mulanya buang karan dan karan aku.. kena le puas. Saya AMAT SETUJU buat sendiri website.. walaupun dari kongkang kangking.. tapi tak le sampai berjam-jam giler menghadap alam maya, kecuali dah ketagih dan cinta timbul kerna minat. Maklumle, website boleh dilihat di seluruh dunia kecuali bulan. KALAU BUAT SENDIRI PUAS HATI, macam nak kawin, kita sendiri le kawin jan upah orang. Nama je kawin, tapi orang lain yang ‘buat’. TAPI! Saya juga SETUJU tuk upah orang lain buat jika saya BANYAK DUIT, walaupun money is not everything, but everthing is money! Bezanya.. kalau buat sendiri.. anytime boleh ubah di mana-mana bila ‘connected’, tapi kalau upah, kena call itu ni, bincang kacang dsbnya. APAPUN SAYA LEBIH KEPADA BUAT SENDIRI.. puas sendiri, tahu sendiri, rugi sendiri, sedih sendiri, pandai sendiri, babal sendiri dan akhirnya UNTUNG SENDIRI!
sabri >> tahniah! nampaknya anda telah berjaya memecahkan rekod cikgu! he! he!.. mana cikgu nie.. takkan merajuk kot.. hu! hu!..
smartusaha >> oh! saya selalu beli baju free size je.. he! he!..
tazam , zamri & tazilan >> YOSH!
sham >> he! he!.. baguslah kalau nak buat sendiri… mcm saya ckp kat atas tu.. terpulang pada individu.
Contohnya, jika kita ada duit RM1,000.. kemudian kita upahkan orang buat website kita.. dalam masa 1 minggu website tersebut siap & hasilnya sungguh profesional. Disebabkan itu, dalam masa sebulan.. kita dah dapat hasil jualan sebanyak RM5,000.
Berbanding…orang yg tidak pandai buat dan cuba buat sendiri.. mcm en. sham cakap.. sudah setahun.. tapi tak pandai2 lagi.. income dari website pun tak dapat2 lagi…. seronok memang seronok sebab dapat belajar banyak benda.. tapi dari segi hasil? bagaimana pula? Mungkin en. sham tidak berada di dalam keadaaan terdesak dan pendapatan dari internet nie pun hanya dianggap suka-suka sahaja.. kalau dapat alhamduillah.. kalau tak dapat.. tidak mengapa…
Ho! ho! ho!… maaf jika ada menyinggung perasaan… apa-apa pun.. mcm saya kata kat atas.. semuanya terpulang pada diri masing2..
no komen (siti nurhaliza)
Pilihan di tangan masing-masing. Saya percaya proses belajar buat website sendiri lebih datangkan manfaat. Kalau nak untung cepat tu lainlah…atau ada modal lebih.
P/s: Masih dalam proses belajar buat website
Bergantung kpd kerumitannya… kalau bisnes besar, elok upah profesional.. bisnes kecik pun boleh, tapi kena caj rendah2 la..
Belajar sendiri amat menguntungkan… 1. Boleh buat web bisnes sendiri. 2. Boleh buat duit dgn merekabentuk web
saya setuju dgn bro shuth.. utk serius dalam bisnes sstgh org memerlukan perancangan yg teliti, andai x boleh wat web dan ia mengambil masa byk utk belajar membuatnya dan membantutkan bisnes maka lebih better upah org… walau apapun ia terpulang kepada anda. Jika belajar subjek strategic management kita ada swot analysis, dgn kekuatan/kelemahan/peluang/ancaman kita analyze sebaik mungkin, dgn sedemikian kita akan tahu strategi yg terbaik utk digunakan…
setuju dan setuju.
memang bergantung kepada keadaan…
la hari ni terlambat la pulak sbb hantar anak murid gi motivasi.
bagi saya lebih baik belajar sendiri….
PS: teringat kat maktab cari buku HTML
ho! ho!…. banyak juga reply tentang isu ini. Ada yang suka buat sendiri dan ada yang suka upah orang.. seperti yang telah dijangkakan… apa-apa pun… saya rasa point saya yng asal seperti diatas masih lagi relevan… semuanya bergantung kepada keadaan dan keperluan individu.
dah tau wat website sendiri tapi nak lebih cepat wat website. tgh pertimbangkan utk beli xsitepro. hehehe..
buat sendiri best. walaupun skrang dah byk software blog yg senang (cam wordpress) tp kita susah nak control mana nak letak iklan etc.
assalamualaikum..komen saya..hmmm rasa2nye buat sendiri lagi bagus coz klu org buatkan..itu tandanye org tu pemalas(sorry klu ade yg terasa)..dan saya nak tanye cammane nak buat website sendiri??
shuth letak iklan adsense kat sini..tiap2 bulan berapa dapat? per impression ke per klik tak pon per sign up? mesti untungkan..
wah bagus juga blognya…
…. betul …masing2 ada pendapat… tapi mmg kalu takde basic html, background study menda lain, mmg terkial2 html… cuma skang ni byk dah software yg canggih2 dan user friendly. yg utama kena ada reference / sifu / try and error. at least problem dpt solve cpt sikit… kalu dah nama blajar / wat sendiri, sifat2 yg kena ada…. istiqamah!