Website.. Belajar Buat Sendiri atau Upah Orang? Yang mana lebih baik?

Yaa… tajuk kali ini agak kontroversi sedikit. Bagi yang mempunyai bisnes membuat website.. sudah pastinya mereka mahu post saya kali ini memihak pada mereka… manakala bagi mereka yang mempunyai bajet yang agak kurang.. sudah pastinya mereka mahu post saya ini memberikan cadangan agar mereka belajar membina website sendiri itu lebih baik.

Apa-apa pun.. berikut adalah pandangan dan pendirian saya terhadap isu ini. Terpulang pada anda untuk bersetuju atau tidak.. setiap orang mempunyai pandangan mereka masing-masing. Kalau tak puas hati.. boleh tulis di bahagian komen. Kalau puas hati.. juga boleh tulis di bahagian komen, nyatakan kenapa anda bersetuju dengan pendapat saya. Saya tahu saya agak kacak.. jadi tidak perlulah anda tulis bahawa anda bersetuju dengan saya semata-mata disebabkan kekacakkan saya. (Maaf, saya terpaksa puji diri saya sendiri kerana…tiada seorang pun yang sudi memuji diri saya kacak!… oh! sedihnya.)

Okla… ini pendapat saya tentang isu membina website.

Setiap orang yang hidup di dunia ini mempunyai latar belakang serta keperluan yang berbeza-beza. Kita mungkin suka makan roti canai untuk bersarapan pagi… manakala orang lain pula mungkin suka makan nasi lemak untuk sarapan pagi mereka.

Kita mungkin merasakan sarapan pagi itu sangat penting, tetapi bagi orang lain .. sarapan pagi itu tidaklah penting, malah membazir sahaja bagi mereka. Maklumlah, dah nak dekat hujung bulan nie.. kenalah save bajet sedikit. Ho! ho! ho!..

Apa-apa pun yang pastinya, setiap orang mempunyai keperluan yang berbeza-beza… keperluan ini pula biasanya disebabkan oleh suasa serta persekitaran sekelilling. Keperluan serta persekitaran seorang “student” sudah pastinya tidak sama dengan seorang “bisnesman”. Jadi.. bagi persoalan diatas, iaitu..

"Yang manakah lebih baik untuk memiliki website? Adakah lebih baik kita belajar dan membuatnya sendiri? atau... upahkan sahaja orang untuk membuatnya?"..

Jawapan saya… ia bergantung pada situasi dan keperluan anda!

Pilihan untuk belajar & membuatnya sendiri adalah baik jika:-

1) Anda mempunyai banyak masa terluang serta gemar meng”explore” benda-benda teknikal dengan duduk di depan komputer berjam-jam lamanya.
Anda mempunyai banyak masa kerana anda tidak perlu menghantar dan mengambil anak anda ke sekolah. Tidak perlu menukar lampin anak. Tidak perlu bangun awal untuk pergi kerja. Tidak perlu ke pasar membeli sayur dan bahan masakan. Tidak perlu mengemas rumah. Tidak perlu membawa keluarga anda berjalan-jalan. Tidak perlu pergi kerja. Tidak perlu memasak. Tidak perlu bersusah payah memikirkan bagaimana mencari duit untuk menyara hidup anda. Serta.. tidak perlu ber”teman-tapi-mesra” dengan pasangan anda.

Oh! siapakah gerangan manusia yang tidak perlu membuat semua itu?…
Mereka ini kebanyakkannya (bukan semua) adalah manusia yang berumur antara 12-23 tahun.. mereka ialah golongan pelajar atau pun penganggur.

TIPS: Jika anda menjalankan bisnes membuat website.. anda mungkin boleh kurangkan tumpuan kepada golongan ini sebagai target market anda.

2) Takde Bajet!
Ho! ho!.. ini biasalah.. kalau dah takde bajet.. mcm mana nak upah orang buat website. Nak tak nak.. kenalah buat sendiri juga.

Manakala, adalah lebih baik anda mengupah orang buat website anda jika:-
1) Anda tidak mempunyai masa.
Anda adalah seorang bisnesman yang berjaya dan agak sibuk menguruskan perniagaan anda. Bagi anda, masa adalah lebih berharga dari emas. Anda merasakan, adalah lebih baik anda membuat aktiviti pemasaran bagi perniagaan anda, daripada duduk di depan komputer menghabiskan masa berjam-jam lamanya untuk belajar dan mencuba membina website anda sendiri. Berbulan-bulan masa anda habiskan… tetapi website yang diingini tidak jadi-jadi juga. Malah, kalau jadi pun, anda akan rasa kecewa dan tidak berpuas hati dengan hasilnya.

2) Anda mempunyai target serta deadline yang perlu di ikuti.
Anda perlu memasarkan produk anda secepat mungkin, jika tidak, pendapatan anda mungkin akan terjejas. Jadi, anda tidak mempunyai banyak masa untuk cuba-cuba belajar dan buat website anda.

3) Ho! ho! Anda ada DUIT!..
Anda ada modal.. anda memahami konsep leverage di dalam menjalankan perniagaan anda… anda telah membuat pengiraan tentang ROI serta RISK apabila mengupah orang untuk membuat website anda. Anda memang seorang bisnesman yang hebat.

Kesimpulannya, setiap orang mempunyai situasi serta keadaan yang berbeza-beza. Jika soalan ini ditanya sewaktu saya menjadi student dulu, saya pasti akan memberikan jawapan “belajar & buat sendiri website itu adalah lebih baik”… kemudiannya saya akan memberikan hujah-hujah dan menyatakan kelebihan-kelebihan yang diperolehi jika membuat website sendiri seperti.. dapat pengalaman… belajar benda baru… nafsu lebih puas sebab dapat lihat hasil kerja sendiri.. dan bla.. bla. bla…

Tetapi, jika ditanya pada masa depan (bila dah kaya la.. amiinn!..).. saya pasti akan berkata.. “lebih baik upahkan orang” kerana.. hasil kerja lebih profesional.. tidak perlu membuang masa dan masa yang ada boleh digunakan untuk membuat aktiviti lain yang lebih penting seperti membuat marketing… ataupun beriktikaf di dalam masjid (cewahh! cewah! tunjuk alim lah kunun..ho! ho!..ho!)

Apa-apa pun.. tidak kiralah sama ada anda ingin belajar dan buat sendiri website anda.. atau pun.. mengupah orang lain untuk membuatnya.. sama-samalah kita berdoa, agar perniagaan internet kita maju dan berjaya! YOSH!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

29 thoughts on “Website.. Belajar Buat Sendiri atau Upah Orang? Yang mana lebih baik?

  1. setuju dengan smartusha & shuth kalo ada masa dan kepandaian buat sendiri kalo tak de masa tapi ada duit upah orng kalo semuanya tak tau kena belajar le……..

  2. sy setuju dgn en shuth buat sendiri web memakan masa sbb sy pernah buat! Otak jd blur…mata berpinar2 tatap skrin. sy dah join wangcyber tp sbg pembaca. tak pernah respon n komen lagi sbb masih blur lg dgn bisnes ni.

  3. Hehe…

    Masih terkial-kial belajar buat website sendiri. Sementara nak pandai, upah orang yang pakar dulu le…

    Jimat masa dan deadline!

  4. .. masuk bulan julai, dah hampir setahun mengenali html yang masih lum pandai dan arif2 lagi, lebih2 lagi .php dlll. First time order hosting d SH, ingatkan adale website tu terpampang trus, rupanya kena buat sendiri, ilmu satu habuk pun takde pasal html ni, jahil murakap.. dari kongkang dan terkongkang, bertambah kongkang dan sikit2 boleh le berpuas hati walaupun, pada mulanya buang karan dan karan aku.. kena le puas. Saya AMAT SETUJU buat sendiri website.. walaupun dari kongkang kangking.. tapi tak le sampai berjam-jam giler menghadap alam maya, kecuali dah ketagih dan cinta timbul kerna minat. Maklumle, website boleh dilihat di seluruh dunia kecuali bulan. KALAU BUAT SENDIRI PUAS HATI, macam nak kawin, kita sendiri le kawin jan upah orang. Nama je kawin, tapi orang lain yang ‘buat’. TAPI! Saya juga SETUJU tuk upah orang lain buat jika saya BANYAK DUIT, walaupun money is not everything, but everthing is money! Bezanya.. kalau buat sendiri.. anytime boleh ubah di mana-mana bila ‘connected’, tapi kalau upah, kena call itu ni, bincang kacang dsbnya. APAPUN SAYA LEBIH KEPADA BUAT SENDIRI.. puas sendiri, tahu sendiri, rugi sendiri, sedih sendiri, pandai sendiri, babal sendiri dan akhirnya UNTUNG SENDIRI!

  5. sabri >> tahniah! nampaknya anda telah berjaya memecahkan rekod cikgu! he! he!.. mana cikgu nie.. takkan merajuk kot.. hu! hu!..

    smartusaha >> oh! saya selalu beli baju free size je.. he! he!..

    tazam , zamri & tazilan >> YOSH!

    sham >> he! he!.. baguslah kalau nak buat sendiri… mcm saya ckp kat atas tu.. terpulang pada individu.
    Contohnya, jika kita ada duit RM1,000.. kemudian kita upahkan orang buat website kita.. dalam masa 1 minggu website tersebut siap & hasilnya sungguh profesional. Disebabkan itu, dalam masa sebulan.. kita dah dapat hasil jualan sebanyak RM5,000.

    Berbanding…orang yg tidak pandai buat dan cuba buat sendiri.. mcm en. sham cakap.. sudah setahun.. tapi tak pandai2 lagi.. income dari website pun tak dapat2 lagi…. seronok memang seronok sebab dapat belajar banyak benda.. tapi dari segi hasil? bagaimana pula? Mungkin en. sham tidak berada di dalam keadaaan terdesak dan pendapatan dari internet nie pun hanya dianggap suka-suka sahaja.. kalau dapat alhamduillah.. kalau tak dapat.. tidak mengapa…

    Ho! ho! ho!… maaf jika ada menyinggung perasaan… apa-apa pun.. mcm saya kata kat atas.. semuanya terpulang pada diri masing2.. :)

  6. Pilihan di tangan masing-masing. Saya percaya proses belajar buat website sendiri lebih datangkan manfaat. Kalau nak untung cepat tu lainlah…atau ada modal lebih.

    P/s: Masih dalam proses belajar buat website

  7. Bergantung kpd kerumitannya… kalau bisnes besar, elok upah profesional.. bisnes kecik pun boleh, tapi kena caj rendah2 la..

    Belajar sendiri amat menguntungkan… 1. Boleh buat web bisnes sendiri. 2. Boleh buat duit dgn merekabentuk web :)

  8. saya setuju dgn bro shuth.. utk serius dalam bisnes sstgh org memerlukan perancangan yg teliti, andai x boleh wat web dan ia mengambil masa byk utk belajar membuatnya dan membantutkan bisnes maka lebih better upah org… walau apapun ia terpulang kepada anda. Jika belajar subjek strategic management kita ada swot analysis, dgn kekuatan/kelemahan/peluang/ancaman kita analyze sebaik mungkin, dgn sedemikian kita akan tahu strategi yg terbaik utk digunakan…

  9. la hari ni terlambat la pulak sbb hantar anak murid gi motivasi.

    bagi saya lebih baik belajar sendiri….

    PS: teringat kat maktab cari buku HTML

  10. ho! ho!…. banyak juga reply tentang isu ini. Ada yang suka buat sendiri dan ada yang suka upah orang.. seperti yang telah dijangkakan… apa-apa pun… saya rasa point saya yng asal seperti diatas masih lagi relevan… semuanya bergantung kepada keadaan dan keperluan individu.

  11. dah tau wat website sendiri tapi nak lebih cepat wat website. tgh pertimbangkan utk beli xsitepro. hehehe..

    buat sendiri best. walaupun skrang dah byk software blog yg senang (cam wordpress) tp kita susah nak control mana nak letak iklan etc.

  12. assalamualaikum..komen saya..hmmm rasa2nye buat sendiri lagi bagus coz klu org buatkan..itu tandanye org tu pemalas(sorry klu ade yg terasa)..dan saya nak tanye cammane nak buat website sendiri??

  13. shuth letak iklan adsense kat sini..tiap2 bulan berapa dapat? per impression ke per klik tak pon per sign up? mesti untungkan..

  14. …. betul …masing2 ada pendapat… tapi mmg kalu takde basic html, background study menda lain, mmg terkial2 html… cuma skang ni byk dah software yg canggih2 dan user friendly. yg utama kena ada reference / sifu / try and error. at least problem dpt solve cpt sikit… kalu dah nama blajar / wat sendiri, sifat2 yg kena ada…. istiqamah!

  15. Salam semua!
    Saya bersetuju tentang belajar buat website sendir adalah lebih baik daripada mengupah orang! Mengapa?
    Sekurang-kurangnya pengalaman tersebut ada dalam jiwa kita dan kita tahu bagaimana keadaan seseorang untuk membina sesebuah website! Pengalan saya sendiri yg dahulunya buta it! Jujur saya katakan! Dengan semangat kuat, ingin cuba! Pecaya tak saya bejaya siapkan website saya dalam masa 6 hari? :-]
    dan kos saya pulak adalah “0″ pecaya tak?
    hehe! Janganlah hairan sebab webhosting yg saya daftar tu adalah percuma selama 7 hari untuk percubaan!:-]
    apatah lagi dengan adanya panduan percuma cara-cara dari A to Z
    gambar rajah dah video percuma! Begitulah pengalaman saya secara ringkasnya semasa saya menemukan panduan percuma tersebut di http://www.rmat.ws/kisahbenar1.html

  16. menarik artikel ni.
    student it patut belajar sendiri dan patut ada website sendiri!
    kalau orang buatkan, tak guna belajar dalam bidang it!
    ;p

  17. Tapi ada gak student2 IT yang tak guna pun ilmu yang diorang blaja. Belajar just untuk dapatkan segulung sijil/diploma dll, camtu la jadinya…ehehe

  18. sememangnya saya tengah mencari solution tentang permasalahan ini.. & thanks to U.. pasal saya akan hire orang utk buatkan website utk saya kerana saya perlu tukar lampin & hantar anak ke sekolah..ha..ha.. :D
    p/s : hope the budget will fit me,,

  19. saya mencari pembuat blog profesional utk buat blog kedai online saya…now just bisnes d FB shj…bz xsempat nk buat blog sendiri…sesiapa yg ada kepakaran sila email saya ye..or sms 0175718034…

  20. Kami menyediakan website yang kemas, cantik, dan professional untuk anda. Sesuai utk mereka yg ingin ada website untuk apa tujuan sekali pun. Harga hanya RM850 (Tiada kos tersembunyi) termasuk:

    1. Design banner
    2. sistem afflilates
    3. sistem shoping cart
    4. sistem payment gateway
    5. sistem blog
    6. sistem newsletter
    7. sistem simpanan video
    8. Web hosting setahun

    Website yang sangat lengkap dan harga yang sangat berpatutan. Segala yang anda mahukan ada di sini.

    Kami juga menyediakan pakej ARTIS dimana ARTIS Malaysia kesukaan anda boleh mempromosikan website anda. Hanya tambah lagi RM800 shj!!! (Pilihan)

    Hubungi sy utk tempahan.

    Kepuasan anda keutamaan kami
    Dzul 0139964803
    dzul_unisonmedia@yahoo.com
    http://www.facebook.com/dzulsuhaimi
    unison media sdn bhd (no pendaftaran syarikat: 925726-u)

  21. saya bersetuju dengan pendapat shuth tu…kalau anda ada masa yang terluang tu boleh la belaja buat website, belaja kod html,belaja php….tapi sekarang ni dah ada banyak dah perisian yang senang nak digunakan…takyah nak fikir pasal kod html sgt…kalu tak cukup masa , boleh lah upah designer untuk buat laman web anda…memang nampak professional dan cantik ..tapi harga yang perlu anda bayar agak mahal lah…lawatilah http://www.ringgit4u.com untuk mengetahui bagaimana website dibina.

  22. artikel yg menarik..
    tapi bg saya penggunaan wp lebih mudah krn tak perlu banyak kemahiran teknikal dan website pn dapat siap dlm msa singkat..tak perlu kemahiran koding..kalau ada pn myb untuk seo atau simple koding..kebanyakkn masalah skrg adalah bajet, banyak yg tahu nak buat website tapi tak bnyak yg nak keluar duit utk buat website.

    saya pn ada gak buat servis mcamni..tapi design minisite ler..
    apa2 pn terima ksih utk artikel.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>