Rahsia Duit
June 26th, 2006, by shuth

Rahsia Duit

Duit seringgit telah bertemu dengan lima puluh ringgit dan bertanya:
“Oit, lama tak nampak, mana ko pergi?”
Lima puluh menjawab “Aku pergi merata tempat. Pergi stadium tgk bola, naik STAR Cruise, gi KK naik AirAsia, lepak One Utama.. tempat2 cam tuh lah. Eh, ko camner lak?”
Duit seringit menjawab perlahan seraya menunduk, ” Hmm.. bosan.. balik balik tempat sama.. surau, masjid, surau “.

TIPS: Jika ingin memperolehi duit yang banyak… kita perlulah terlebih dahulu memberi duit kepada orang lain dengan banyak (bersedekah). Jika kita merasa berat untuk memberikan wang RM100 atau RM200 kepada pihak surau atau masjid.. berilah wang tersebut kepada kedua orang tua kita. Insyallah.. mengembirakan hati orang tua itu juga adalah suatu amalan yang mulia dan ia juga boleh dikira sebagai salah satu amalan bersedekah.

Buzz it!
Share and Enjoy:
  • email
  • Google Bookmarks
  • Facebook
  • MySpace
  • TwitThis
  • YahooMyWeb
  • digg
  • del.icio.us
  • Technorati
  • StumbleUpon
  • blinkbits
  • BlinkList
  • Fark
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • Spurl

11 comments Subscribe Comments

  1. Yup..betul Shuth saya setuju ngan apa yang anda tulis..ibu bapa jangan lupa..insyaALLAH rezeki akan subur..

  2. Memang benar. Allah memang menjanjikan ganjaran yang setimpal..

  3. Post ni menarik… best best… susah nak jumpa kat masjid RM50 ni kira RM1 bagus selalu gi masjid terutamanya hari jumaat.

  4. By ayamdemam on June 26th 2006

    u r demn right~!!! sokong2!!!
    ‘what u give, u get back (in multiply) ‘

  5. Saya insaf.. ;( RM50 saya banyak abis kat tempat lain.. Rm1 pulak abis kat kedai mamak (rotikosong+tehtarik=rm2). ;(

  6. Hmm..saja je buat post kali ini pasal duit..
    bila bab menderma & sedekah nie.. kebanyakkan orang biasanya akan fikir untuk memberi pada masjid.. anak yatim.. atau pun mangsa bencana alam. Sedangkan kalau kita memberi duit pada kedua orang tua serta menggembirakan adik beradik juga sebenarnya boleh dikira dan dianggap sedekah juga.. jadi.. bagi mereka yang jika ada adik2 kecilyg kat seklah rendah tu.. apa salahnya sekali sekala bawa mereka berjalan2 dan makan2 special skit… makan kfc ke.. pzza hut.. restoran seafood ke… insyallah.. makin murah rezeki kita…

    p/s:- saya tulis ini pun sebenarnya berdasarkan pengalaman… seriously… rezeki kita akan lebih murah apabila kita mudah untuk memberi.. anda cubalah gembirakan hati ahli keluarga anda.. saya gerenti anda akan dapat semula apa yang anda keluarkan.. bahkan multiply! (mcm ayamdemam kata kat atas tu!)…

    tapi kalau takde apa2 balasan dan ganjaran tu.. mungkin disebabkan anda tak ikhlas, atau pun anda sebenarnya menderma dan bersedekah pada tempat yang salah (sendikit minta sedekah)……hu! hu!..

  7. Sesiapa yang tak bertanyakan khabar orang tua kita di kampung, telefonlah sekarang tanyakan khabar sihat ke? Terasa orang tua kita kalau tanyakan khabar. Orang tua kita tentu tanye bila nak balik kampung? So kalau balik kampung nanti bawalah buah tangan kalau ada rezeki sikit hulurkan orang tua kita duit sedikit untuk belanja dapur. Rezeki InsyaAllah ada di mana-mana.

    P/s: Kirim orang tua duit di kampung pakai maybank2u.com

  8. duit.. kereta dan apa2 sahaja yang bisa mengumbirakan manusia lain, lebih2 lagi keluarga sendiri.. berilah, wakaf tuk surau atau masjid ke, selagi dipakai selagi tu ‘on’. Jalan seperti semut hitam atas batu hitam malam gelap gelita dalam gua yang gelap, tu definisi ikhlas. Sering lupa sebenarnya itu semua DIA punya, pandai2 la organize, saya sendiri pun terlalulah amat pelupa.. simple tips tapi mendalam dan penuh erti. Ini yg selalu kita lupa buat dan amat-amat perlu buat dan memang ‘musuh’ kita selalu menggagalkan usaha murni begini. Apapun syabas…. syabas kepada semua! :)

  9. isy3…

    “What you give, you get back…” (kata kumpulan Scorpion) ;)

  10. Rasulullah berkata dalam salah satu sabdanya, “sebaik-baik sedekah adalah kepada keluarganya..”.

    Wallahu ‘alam.

    Saya mengajar diri saya di dalam belanja.. Apabila hendak membeli sesuatu yg dirasakan tidak perlu, saya ‘ajar’ diri saya ingat pada keluarga dan orang tua di kampung. “kan lebih bagus aku bagi duit ni pada mak ayah aku. Benda yg nak dibeli ni sekejap jer.. Nafsu bila dah puas, takat tu jer..”. ;)

  11. By farah on December 10th 2008

    i like u smartusaha…
    u give me smart lesson


Add your comment