Saya ada seorang kawan. Nama kawan saya ialah Mawi (bukan mawi AF3). Mawi telah membuat beberapa blog yang menarik menggunakan perkhidmatan blogger. Setiap blog yang dihasilkan mempunyai niche yang tersendiri.
Dalam masa beberapa bulan, Mawi telah berjaya mendapatkan hasil melalui iklan google yang diletakkan di dalam setiap blognya. Dalam satu hari, mawi mampu untuk mendapatkan antara USD1-10 daripada kesemua blognya. Dalam masa sebulan, dapatlah mawi antara USD200-300. Mawi sungguh gembira.
Pada suatu hari.. sewaktu mawi cuba untuk membuka blognya sendiri. Tiba-tiba, dia dapati, blognya sudah hilang!. Ghaib begitu sahaja tanpa meninggalkan kesan.
“Oh!.. mana pergi blog-blog saya” kata mawi dalam keadaan yang agak terkejut, sedih dan sedikit marah..
Tiba-tiba datang satu surat elektronik (email ler) dari pihak blogger. Surat elektronik tersebut berbunyi begini!.
Ho! ho! ho!… blog anda telah kami delete dari server kami, sebab kami dapati blog anda adalah SPLOG!! Sekian, terima kasih!.
Apa itu SPLOG?
SPLOG adalah merupakan gabungan perkataan antara SPAM + BLOG. Spam Blog adalah blog yang mempunyai kandungan yang tidak berkualiti, kandungannya dicuri dari website lain, serta mempunyai banyak link yang biasanya merujuk kepada satu website yang dimiliki oleh tuan punya SPLOG. Konon-konon, tujuannya adalah untuk mendapatkan “page Rank” yang tinggi bagi website mereka.
Dengan perasaan yang agak rungsing, mawi membalas email dari pihak blogger tersebut dan cuba menjelaskan bahawa blognya bukanlah SPLOG. Namun begitu, jeritan batinnya tidak didengari…
TAMAT…
Yer adik-adik, begitulah kisahnya bagaimana seorang pemuda bernama mawi kehilangan pendapatannya dalam sekelip mata setelah bersusah payah berusaha membangunkan blognya.
(Sekali lagi.. mawi diatas bukanlah mawi AF3… kepada peminat2 mawi AF3.. harap anda tidak tersinggung… ingat sorang je ke nama mawi kat dunia nie?. Kucing jiran saya pun nama mawi jugak tau.. hu! hu!)
Pengajarannya…. kuasailah & milikilah blog anda sendiri. Sepertimana saya memiliki dan menguasai blog saya ini..
Yosh!!
kesian mawi..
Yosh!!! Setuju sangat2!! Belilah hosting dan domain, berapa ringgit sangat..
PS. Blog dia kena delete sebab nama dia mawi kot.. hehehe..
hu hu satu lai istilah SPAM yg saya jumpa rupanya banyak ketegori SPAM….jauh lagi nampak nyer perjalanan ini….
huhu…. ade jugak camtu yek? moralnye: beli domain sendiri cam kt sempoihosting! hehe pomot ckit. sy tgh cari nama nk beli domain nnt. Bila?? termangu kejap.
Bukan mawi sahaja… saya pon terkena.. nasib baik adsense saya tak laku lagi kat blog tuh. kalau tak… dan blogger.com mmg LANGSUNG tak mendengar jeritan batinku !! Huhuhu. Tuh yang saya try mintak sponsor blog saya. Thanks cyberonehost ! Lepas nih nak beli domain pulak tapi malangnya robotys.com dah ader orang lain beli.. huhuhu lagi sekali..
new entry: Teknik Menulis Isi Website di blog saya.
Emm..saya pun dah kena ni tapi tak ambil kisah masa tu kerana belum serius lagi dengan blog.Sekarang ni guna domain & hosting berbayar, RM44 jer setahun.Selamatlah cuma merangkak-rangkak dengan wordpress, banyak yang belum tahu tapi saya akan terus mempelajarinya.
hmm… oo.. ramai juga yer yg dah mengalami nasib yang sama seperti mawi. Tapi nasib baiklah semua tak serius lagi buat duit ngan google adense masa tu.. takperla.. lepas nie.. kalau nak serius buat uit ngan adsense.. boleh dapatkan hosting ngan sempoihosting.com he! he! he!..
Hmm… xpelah mawi, startlah balik, adatlah, resam perniagaan ada untung ada rugi…hehehe (Kisah mawi ni banyak yang tersirat, bersama-samalah kita mengambil iktibar sekiranya benar-benar ingi berjaya dalam dunia perniagaan Internet)
suspen tul cite ni
Itulah. Suth kan member dia. Pasal apa tak bagi dia hosting? Mawi pun patut pilih hosting berbayar punya sebab mawi dah dapat modal. Jadikan ia sebagai iktibar
hahah.. ada jugak istilah yang jarang2 didengar.. SPLOG. bunyi nye macam tajuk drama je.. “SePiLOG kasih”
sepilog adsense – kisah seorang pengamal adsense yang kantoi..
aha…
baru saya tersedar & terfikir lepas baca komen shuth…
Mawi dalam citerni dia geng ngan Wardina ngan Siti kat SaifulSham ke?
hehe…(hanya yg tahu je yg tahu.. )
hahaha lawak2
Agak la di buang….binawa tol
baru cadang2 nak guna free hosting maa
xpe ar aku try calculate balik modal nak uat web dgn sempoihosting nih
Sungguh menarik cerita saudara dan boleh dijadikan panduan untuk berusaha keras.