Yaa… tajuk kali ini agak kontroversi sedikit. Bagi yang mempunyai bisnes membuat website.. sudah pastinya mereka mahu post saya kali ini memihak pada mereka… manakala bagi mereka yang mempunyai bajet yang agak kurang.. sudah pastinya mereka mahu post saya ini memberikan cadangan agar mereka belajar membina website sendiri itu lebih baik.
Apa-apa pun.. berikut adalah pandangan dan pendirian saya terhadap isu ini. Terpulang pada anda untuk bersetuju atau tidak.. setiap orang mempunyai pandangan mereka masing-masing. Kalau tak puas hati.. boleh tulis di bahagian komen. Kalau puas hati.. juga boleh tulis di bahagian komen, nyatakan kenapa anda bersetuju dengan pendapat saya. Saya tahu saya agak kacak.. jadi tidak perlulah anda tulis bahawa anda bersetuju dengan saya semata-mata disebabkan kekacakkan saya. (Maaf, saya terpaksa puji diri saya sendiri kerana…tiada seorang pun yang sudi memuji diri saya kacak!… oh! sedihnya.)
Okla… ini pendapat saya tentang isu membina website.
Setiap orang yang hidup di dunia ini mempunyai latar belakang serta keperluan yang berbeza-beza. Kita mungkin suka makan roti canai untuk bersarapan pagi… manakala orang lain pula mungkin suka makan nasi lemak untuk sarapan pagi mereka.
Kita mungkin merasakan sarapan pagi itu sangat penting, tetapi bagi orang lain .. sarapan pagi itu tidaklah penting, malah membazir sahaja bagi mereka. Maklumlah, dah nak dekat hujung bulan nie.. kenalah save bajet sedikit. Ho! ho! ho!..
Apa-apa pun yang pastinya, setiap orang mempunyai keperluan yang berbeza-beza… keperluan ini pula biasanya disebabkan oleh suasa serta persekitaran sekelilling. Keperluan serta persekitaran seorang “student” sudah pastinya tidak sama dengan seorang “bisnesman”. Jadi.. bagi persoalan diatas, iaitu..
"Yang manakah lebih baik untuk memiliki website? Adakah lebih baik kita belajar dan membuatnya sendiri? atau... upahkan sahaja orang untuk membuatnya?"..
Jawapan saya… ia bergantung pada situasi dan keperluan anda!
Pilihan untuk belajar & membuatnya sendiri adalah baik jika:-
1) Anda mempunyai banyak masa terluang serta gemar meng”explore” benda-benda teknikal dengan duduk di depan komputer berjam-jam lamanya.
Anda mempunyai banyak masa kerana anda tidak perlu menghantar dan mengambil anak anda ke sekolah. Tidak perlu menukar lampin anak. Tidak perlu bangun awal untuk pergi kerja. Tidak perlu ke pasar membeli sayur dan bahan masakan. Tidak perlu mengemas rumah. Tidak perlu membawa keluarga anda berjalan-jalan. Tidak perlu pergi kerja. Tidak perlu memasak. Tidak perlu bersusah payah memikirkan bagaimana mencari duit untuk menyara hidup anda. Serta.. tidak perlu ber”teman-tapi-mesra” dengan pasangan anda.
Oh! siapakah gerangan manusia yang tidak perlu membuat semua itu?…
Mereka ini kebanyakkannya (bukan semua) adalah manusia yang berumur antara 12-23 tahun.. mereka ialah golongan pelajar atau pun penganggur.
TIPS: Jika anda menjalankan bisnes membuat website.. anda mungkin boleh kurangkan tumpuan kepada golongan ini sebagai target market anda.
2) Takde Bajet!
Ho! ho!.. ini biasalah.. kalau dah takde bajet.. mcm mana nak upah orang buat website. Nak tak nak.. kenalah buat sendiri juga.
Manakala, adalah lebih baik anda mengupah orang buat website anda jika:-
1) Anda tidak mempunyai masa.
Anda adalah seorang bisnesman yang berjaya dan agak sibuk menguruskan perniagaan anda. Bagi anda, masa adalah lebih berharga dari emas. Anda merasakan, adalah lebih baik anda membuat aktiviti pemasaran bagi perniagaan anda, daripada duduk di depan komputer menghabiskan masa berjam-jam lamanya untuk belajar dan mencuba membina website anda sendiri. Berbulan-bulan masa anda habiskan… tetapi website yang diingini tidak jadi-jadi juga. Malah, kalau jadi pun, anda akan rasa kecewa dan tidak berpuas hati dengan hasilnya.
2) Anda mempunyai target serta deadline yang perlu di ikuti.
Anda perlu memasarkan produk anda secepat mungkin, jika tidak, pendapatan anda mungkin akan terjejas. Jadi, anda tidak mempunyai banyak masa untuk cuba-cuba belajar dan buat website anda.
3) Ho! ho! Anda ada DUIT!..
Anda ada modal.. anda memahami konsep leverage di dalam menjalankan perniagaan anda… anda telah membuat pengiraan tentang ROI serta RISK apabila mengupah orang untuk membuat website anda. Anda memang seorang bisnesman yang hebat.
Kesimpulannya, setiap orang mempunyai situasi serta keadaan yang berbeza-beza. Jika soalan ini ditanya sewaktu saya menjadi student dulu, saya pasti akan memberikan jawapan “belajar & buat sendiri website itu adalah lebih baik”… kemudiannya saya akan memberikan hujah-hujah dan menyatakan kelebihan-kelebihan yang diperolehi jika membuat website sendiri seperti.. dapat pengalaman… belajar benda baru… nafsu lebih puas sebab dapat lihat hasil kerja sendiri.. dan bla.. bla. bla…
Tetapi, jika ditanya pada masa depan (bila dah kaya la.. amiinn!..).. saya pasti akan berkata.. “lebih baik upahkan orang” kerana.. hasil kerja lebih profesional.. tidak perlu membuang masa dan masa yang ada boleh digunakan untuk membuat aktiviti lain yang lebih penting seperti membuat marketing… ataupun beriktikaf di dalam masjid (cewahh! cewah! tunjuk alim lah kunun..ho! ho!..ho!)
Apa-apa pun.. tidak kiralah sama ada anda ingin belajar dan buat sendiri website anda.. atau pun.. mengupah orang lain untuk membuatnya.. sama-samalah kita berdoa, agar perniagaan internet kita maju dan berjaya! YOSH!!
Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.





Latest Comments
mancai, Apiz79, shuth, Maizul, Fai
jamian sarif, enichan, Setria, mummynaufal, peruhzz [...]
ana_blackrose, santoinperak, ana, ana, fatimah bee [...]
usri, Apeh, sham, khairul, samdaddycool [...]
Suri, orang laut, boyngv, Suri, RAZALLY [...]