Mari Mengumpul Email Pelawat = Duit.

Jika anda mempunyai website yang menjual sesuatu produk. Pastikan website anda mampu untuk mengumpul dan menerima alamat email dari pelawat-pelawat yang melawat website anda. Usah biarkan pelawat-pelawat anda berlalu pergi dari website anda begitu sahaja. Pastikan anda mendapatkan email mereka sebelum mereka meninggalkan website anda.

Nak buat apa dengan email diorang?
Untuk makluman anda, secara puratanya, orang akan mula mempunyai minat untuk membeli dari website kita setelah kita menghantar email kepada mereka sebanyak 3-5 kali. Bergantung sejauh mana kehebatan kita meng”ayat” mereka di dalam email tersebut. Jadi, jika kita tidak meminta email mereka itu, bagaimana kita ingin melakukannya?

Oh!.. tapi.. mcm mana nak minta email mereka?
Untuk mendapatkan email mereka, kita perluhah menawarkan sesuatu yang menarik kepada mereka. Contohnya.. seperti, sample percuma, ebook percuma, newsletter, petua-petua serta tips-tips yang berkaitan dengan produk yang dijual di website kita atau pun untuk lebih menarik lagi, berikan mereka kupon diskaun! (Ho! ho!.. saper ada buat nie sila bagitau saya).

Mengapa kena bagi mereka benda-benda tu semua.. kalau tak bagi tak boleh ke?
Ermm.. kalau begitu.. sila berikan jawapan mengapa pelawat tersebut perlu berikan alamat email mereka kepada anda jika mereka tidak mendapat apa-apa manfaat?

Tapi.. mcm mana nak ambil email pelawat tu? Ada Contoh tak?
Oh.. mudah sahaja… boleh buat seperti yang dilakukan oleh website maskahwin.com
maskahwin

atau pun…seperti website ideabisnesluarbiasa.com
ideahebat

atau pun.. seperti website rahsiainternet.com
rahsia internet

Oo… macam tu.. tapi mcm mana nak buat mcm tu?
Untuk membuat seperti ini, anda perlukan satu aplikasi yang dipanggil autoresponder. Aplikasi ini anda boleh dapatkan secara percuma atau pun secara berbayar. Antara sistem autoreponder yang boleh anda gunakan adalah seperti..

  • www.getresponse.com
  • www.aweber.com
  • www.emailaces.com

Untuk mencari sistem autoresponder yang lain… sila buka website google dan taip perkataan “Autoreponder” di dalam kotak carian. He! he! he!..

Baiklah.. itulah sahaja yang saya dapat kongsikan serba sedikit tentang mengumpul email pelawat ini. Sebenarnya, banyak lagi yang saya nak ceritakan tentang topik ini, tetapi masa begitu mencemburui saya. Insyallah saya akan sambung lagi tentang autoresponder ini di masa yang lain.

Jika website anda masih belum lagi mempunyai fungsi autoresponder ini, usahlah membuang masa lagi… lakukannya sekarang. Jangan biarkan lagi pelawat-pelawat website anda berlalu pergi begitu sahaja dari website anda. Bayangkan… jika 10 ribu orang melawat website anda, dan anda berjaya mengumpul 5,000 email daripadanya..

Pada suatu hari nanti, apabila anda mempunyai satu produk baru yang berharga RM10. Apa yang perlu anda lakukan ialah, hantarkan sahaja sebuah email yang mempromosikan produk tersebut kepada mereka.

Jika 10% daripada mereka (500) membeli produk anda pada kali pertama anda menghantar email tersebut. Anda sudah mampu beroleh pendapatan RM 5,000.

Bagaimana? menarik bukan?.. hanya perlu hantar satu email sahaja.. RM5,000 akan masuk ke dalam poket anda. (Oh!.. nampaknya saya baru sahaja membocorkan rahsia saya yang berharga RM497…. )

Jadi.. jangan buang masa.. dapatkanlah email pelawat website anda sekarang!! Yosh!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

17 thoughts on “Mari Mengumpul Email Pelawat = Duit.

  1. waah, baiknya bro shuth kali ni. bagus sungguh tips ni. sblm ni mmg dah tau pasal ni, cuma blm apply lagi je kat site.Sy akan buat satu nanti..Bro shuth mmg rockss!!!

  2. Ho..ho..cara ni memang sangat berkesan, inilah rahsianya bagaimana saya boleh dapat rangking kedua di Saifulsham Affiliate Sessi 1 walaupun kurang dikenali berbanding otai-otai lain.Top ranking mestilah taiko shuth.Mana boleh lawan tokeh..Tabik

  3. panduan yang sangat menarik…kena try segera! harap2 bro shuth dapat keluarkan lagi ilmu2 yang berharga rmxxxx plak…hehe..

  4. hmm… perlu di praktikkan nih.. any recommended autoresponders? Setakat nih saya baru sign up freeautobots.com. Tak try lagi features dia.

  5. Salah sorang client saya, start buat web jualan pada pertengahan januari dan sehingga kita hampir enam bulan dah lah web dia tu. Saya pasang autoresponder free untuk dia dan skang dia dah ada dalam 200 emel / orang dalam list dia.. :)

    Nak kata banyak tak juga, tapi daripada takder, 200 tu silap ari bulan boleh berikan income RM2000!! Ya lah, kalau semua beli produk dia dan untung katakan RM10… :)

    Itulah maksud kata2 the money is in the list!! Jangan nangguh2!!

    Robotys, banyak yg free (skrip) kat internet. Tapi susah nak jumpa yang reliable punya… Kalau nak jugak, beli dengan harga USD1 lebih je kay ebay.com. Saya x dapat beli sebab ada prob paypal dan kad debit. :( Nampak skrip tu ok jer… Lagipun murah. Tak cuba x tahu.

  6. kalau serius nak buat duit melalui mailing list. saya amat2 rekemenkan anda gunakan servis autoreponder berbayar yang saya nyatakan di atas tu.

    seriously.. sebab saya dah alami sendiri akibat menggunakan skrip yang free. Memang menyesal sedikit.. kalau tahu dari awal2 lagi saya pakai yang yg berbayar punya.

    nak tahu kenapa?.. nantikan sambungan di episod yg akan datang.. ho! ho! ho!..

    nanti ada masa saya cerita..

  7. Saya tahu shuth… Sebab saya pun pakai yg free mcm shuth gak.. hehe.. Skang customer saya tu nak tukar ke berbayar… Memang banyak beza berbayar dan free ni.

  8. [quote comment="271"]Saya tahu shuth… Sebab saya pun pakai yg free mcm shuth gak.. hehe.. Skang customer saya tu nak tukar ke berbayar… Memang banyak beza berbayar dan free ni.[/quote]

    Ape masalah nyer …??? cite ler ckit…

    Aku mmg tak der duit ni… kalau bebayo berapa lak aku kena baya…???

  9. [quote comment="263"]kalau serius nak buat duit melalui mailing list. saya amat2 rekemenkan anda gunakan servis autoreponder berbayar yang saya nyatakan di atas tu.

    seriously.. sebab saya dah alami sendiri akibat menggunakan skrip yang free. Memang menyesal sedikit.. kalau tahu dari awal2 lagi saya pakai yang yg berbayar punya.

    nak tahu kenapa?.. nantikan sambungan di episod yg akan datang.. ho! ho! ho!..

    nanti ada masa saya cerita..[/quote]

    Aku mmg serius gilerrr ni… cume tak der sesape yg leh consult jerrrr….
    dah jumpa web ko ni… ckit ckit baru paham…..

    ye la… lain lain blog.. semuanyer nak kena beli buku panduan dier la… org tengah tak der duit, disuruh beli bukunyer yg mahal mahal…

  10. [quote comment="262"]Salah sorang client saya, start buat web jualan pada pertengahan januari dan sehingga kita hampir enam bulan dah lah web dia tu. Saya pasang autoresponder free untuk dia dan skang dia dah ada dalam 200 emel / orang dalam list dia.. :)

    Nak kata banyak tak juga, tapi daripada takder, 200 tu silap ari bulan boleh berikan income RM2000!! Ya lah, kalau semua beli produk dia dan untung katakan RM10… :)

    Itulah maksud kata2 the money is in the list!! Jangan nangguh2!!

    Robotys, banyak yg free (skrip) kat internet. Tapi susah nak jumpa yang reliable punya… Kalau nak jugak, beli dengan harga USD1 lebih je kay ebay.com. Saya x dapat beli sebab ada prob paypal dan kad debit. :( Nampak skrip tu ok jer… Lagipun murah. Tak cuba x tahu.[/quote]

    Cam ner nak buat web sendiri….
    Kalau buat sendiri, macam maner..???
    atau yg free nyer nak dpt kat maner…???

    Saper leh tlg aku ni…????

  11. ini idea yang baik. kalau di buat satu ebook macam smartzul buat panduan paypal. dapat juga dimpan buat rujukan. thank kerana memberikan idea ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge