Kepentingan SEO
Ramai juga pelanggan saya yang bertanya….
“En. Suhaimy, sekarang saya dah beli hosting & nama domain dari sempoihosting, kemudian saya pun dah siapkan website saya. Sekarang.. mcm mana saya nak masukan website saya dalam search engine supaya bila orang search.. orang akan jumpa website saya?!”..
Hmm…. soalan itu memang bagus… nampaknya mereka mengetahui tentang betapa pentingnya laman web mereka di senaraikan di dalam search engine. Terima kasih kepada yang sudi bertanya, tetapi.. kalau ramai sangat yang bertanya pun susah juga… saya pula yang menjadi penat nak menjawapnya.. penat woo nak ceritakan berulang-ulang kali benda yang sama. Akhirnya… apabila sahaja saya dengar soalan tu diajukan kepada saya.. terus saya rasa macam malas je nak layan….. Oh!
Jadi, untuk memudahkan, biarlah saya jawap soalan itu diblog ini. Selepas ini, jika ada yang bertanya.. bolehlah saya jawap.. “Sila baca blog saya”.
Oklah… sebelum saya menjawap soalan “Bagaimana untuk memasukan website ke dalam search engine?”.. saya ingin jawap dulu soalan “Kenapa kena massukan website kita dalam search engine?”
Buat masa ini, terdapat hampir 7 billion website di internet dan jumlah ini semakin meningkat hari demi hari. Diulangi.. 7 billion website… bukan 7 puluh atau 7 ratus.. tetapi 7 billion!.
Jadi, sudah pastinya agak sukar untuk anda memastikan website anda akan ditemui oleh orang ramai. Dan satu-satunya cara yang berkesan untuk orang menemui website anda, adalah melalui search engine. Kenapa?
Baiklah, satu soalan untuk anda, jika anda ingin mencari sesuatu barang atau sesuatu maklumat untuk diri anda seperti, ingin mengetahui berapa harga kereta honda yang baru? kamera model apakah yang paling berkualiti dan murah? apakah cara paling mudah buat duit? ataupun..apakah petua-petua serta teknik-teknik yang sesuai untuk menghadapi malam pertama anda!.. dimanakah anda akan mulakan carian anda? adakah di dalam majalah? buku? kedai mamak? atau di dalam yellow pages? saya pasti, majoritinya lebih suka mencari maklumat tersebut di internet… apabila sebut sahaja internet, pastinya, search engine akan digunakan. Tidak kiralah sama ada anda menggunakan google, yahoo, msn ataupun cari.com.my.
Ketahuilah, jika disebut tentang pencarian maklumat, produk, atau apa-apa sahaja di internet, orang ramai lebih berminat untuk menggunakan search engine. Tak percaya? Boleh lihat statistik di bawah ini..

Jadi..tidak syak lagi. Jika anda ada mempunyai website yang menjual sesuatu produk. Adalah amat penting sekali untuk memastikan website anda tersenarai di dalam search engine. Malahan, kalau boleh, pastikan website anda bukan sahaja setakat tersenarai di dalam search engine.. tetapi pastikan website anda tersenarai di dalam 10 kedudukan yang teratas. Apabila website anda berada pada kedudukan yang teratas.. maka, semakin ramailah orang yang akan menjumpai dan seterusnya melawati website anda… apabila ramai orang melawati website anda.. maka, semakin larislah produk jualan anda. (Jika ada jual produk la.. kalau website anda takde jual produk dan setakat cerita pasal kucing atau ibu mertua jiran sebelah rumah anda. Takde maknanye ler anda dapat kedudukan tinggi di SE… oh!)
Ok!.. dah paham! sekarang… bagaimana pula nak dapatkan kedudukan yang tertinggi di search engine?..
Baiklah… sebelum itu, satu nasihat untuk anda. Rajin-rajinlah melawati blog ini selalu. Kalau boleh.. bookmark atau pun subscribe je guna RSS tu. Nak tahu kenapa?
Sebab.. kisah mengenai SEO ini akan disambung di episod yang akan datang! ho! ho! ho!.. (taktik jaat nak suruh orang datang balik.. oh!)
Hi! Nama saya Mohd Suhaimy. Saya adalah seorang Usahawan Internet & Blogger sepenuh masa. Dalam blog ini, saya berkongsikan tips mengenai Perniagaan Internet, Pengurusan Wang, Motivasi Kejayaan disamping beberapa pendapat dan pandangan peribadi mengenai topik tertentu.

bukan taktik jahat..cuma strategi nak tarik orang..biasa la tu..mcm citer kartun dan drama la..kita tunggu episod akan datang pulak..ok
yer ler.. yer ler… bookmark ler ni…
Hehehe, dah bookmark kat google homepage.
Tak sabar2 nak baca nih …
SEO yer, mana2 website yg saya buat, 4 benda yg takkan saya tinggalkan, dan kebanyakkan web tu top ten di enjin carian dengan keyword yg berkaitan dengannya..
Best woo…. Tiap2 bulan ratusan orang masuk walau baru lancar tak sampai sebulan..
Begitu juga dgn website dan blog saya.. Memang SEO lah rahsia trafik yang banyak ke blog dan portal utama saya… Best! :p
Dah simpan RSS kat blog aku dah….
wah satu tip yang hebat dan menarik
google spider is great. even w/o any robot.txt in my server, it spiders my web.
i stumbled upon ur blog .. cool info blog u have
Aku memang hari2 datang website nie.. Tak payah nak bookmark pun hehehe..
buat masa ni pening juga la…psl takada basic internet..dah pandai buat laman web guna NVU..tapi , auto responder, domain dan hosting berbayar,mailing list, download, apa lagi software yang perlu utuk laman web MLM bisness???
bagaimana kita nak tahu jumlah pengunjung yang telah melawat ke laman kita ?
sama macam crita sembilu plak ada sambung-sambung minggu depan
cara dapat software bagaimana??
Salam …
Aiseh baru nak khusyuk membaca … Hehehe