06
Jul
06

AutoResponder percuma atau berbayar?

Sewaktu saya mula-mula membangunkan website maskahwin.com, saya mempunyai modal yang agak terhad. Waktu itu, baru 3 bulan saya menceburi bidang bisnes internet dengan serius. Keuntungan dari biz sempoihosting pun baru cukup-cukup untuk dibuat sebagai modal pusingan operasi sahaja, belum cukup lagi untuk menampung pembukaan biz baru (maskahwin.com).

Jadi, terpaksalah saya gunakan skrip autoresponder yang free untuk website maskahwin.com. Pada masa itu, memang saya tidak terbayang langsung bahawa website tersebut akan mengumpul alamat email yang sangat banyak. Pada masa itu, tujuan saya menggunakan autoresponder hanyalah semata-mata untuk membuat follow up email kepada prospek untuk memujuk mereka membeli buku tersebut. Memang tidak terfikir langsung tentang pembinaan mailing list pada masa itu… Oh! Daifnya.

Tetapi hari demi hari… pelawat-pelawat yang mendownload buku sample “maskahwin” semakin ramai, sekaligus meningkatkan jumlah subscriber di dalam sistem autoresponder saya. Dalam masa 8 bulan.. sudah terdapat hampir 5000 alamat email di dalam sistem autoresponder saya. Dan pada masa ini, saya sudah dapat rasakan, sistem autoresponder saya sudah tidak berfungsi dengan betul.. ramai subscriber yang mengadu mereka tidak mendapat email untuk mendownload sample percuma buku maskahwin tersebut setelah mengisikan nama dan alamat email mereka di website maskahwin.com. Selain itu, saya juga sudah tidak boleh lagi membuat email broadcast kepada semua subscriber saya. Setiap kali saya cuba menghantar email kepada semua subscriber saya, sistem autoresponder tersebut akan “jam” , saya hanya akan mendapat paparan blank screen sahaja. Tiada laporan yang menyatakan email tersebut telah berjaya dihantar kepada berapa ramai ahli. Apabila saya bertanya kepada beberapa orang subscriber yang saya kenali, adakah mereka menerima email yang saya hantar? Mereka dengan pantas menjawap.. “Takde pun!”..

Oh!.. perkara ini agak merungsingkan saya… setelah beberapa bulan berfikir dan membuat study tentang sistem autoreponder. Saya akhirnya mengambil keputusan untuk menggunakan perkhidmatan sistem autoresponder berbayar.

Tanpa membuang masa, saya pun mendaftar perkhidmatan autoresponder dengan getresponse.com. Pada masa saya mendaftar dengan getresponse ini, jumlah subscriber di maskahwin.com sudah pun mencapai bilangan seramai 6000 orang. Alhamdulilah.. pada masa ini, biz maskahwin.com sudah pun memberikan sedikit pulangan.. so.. memang tiada masalahlah untuk saya menaiktaraf sistem di dalam website ini agar ia dapat memberikan pulangan yang lebih besar.

Selepas mendaftar di perkhidmatan getresponse itu, maka tibalah masanya untuk saya memindahkan semua senarai email yang berjumlah 6000 email itu itu ke dalam sistem yang baru ini. Pada mulanya, saya sangkakan ia mudah.. hanya perlu import sahaja dari database sistem lama kepada sistem baru.. dan dengan serta merta boleh menghantar email kepada 6000 orang itu.

Tetapi, ia tidak semudah itu, getresponse telah menetapkan syarat, jika kita ingin mengimport senarai email, kita perlulah mendapatkan pengesahan daripada pemilik email tersebut. (Saya rasa, perkhidmatan autoresponder yang lain pun mempunyai peraturan yg sama). Maksudnya, apabila kita hendak mengimport senarai email, sistem getresponse akan automatik menghantar email kepada pemilik email tersebut dan meminta mereka mengklik satu link untuk mengesahkan bahawa mereka bersetuju elamat email mereka dimasukkan ke dalam sistem email yang baru.

Mungkin saya kurang bernasib baik.. dari 6000 alamat email yang diimport.. hanya 2000 sahaja yang bersetuju dan membuat pengesahan. Aduh saliha!.. saya kehilangan hampir 4000 alamat email di dalam proses penukaran sistem itu... bayangkanlah.. 4000 alamat email.. saya kira, ia adalah suatu jumlah prospek yang agak besar untuk memasarkan apa-apa produk.

Jika saya tahu perkara seperti ini akan berlaku, sudah pastinya saya akan gunakan perkhidmatan autoresponder yang berbayar sejak awal lagi. Penggunaan autoresponder yang berbayar ini banyak kelebihannya, selain kadar penghantaran yang tinggi kepada subscriber, ia juga dapat menyelamatkan website anda daripada dituduh sebagai spam. Pernah berlaku kepada seorang rakan saya, website beliau telah digantung secara automatik atas tuduhan melakukan spam. Sedangkan, beliau sebenarnya menghantar email tersebut hanya kepada subscribernya. Penat jugalah untuk menerangkan perkara yang sebenar kepada pihak penyedia webhosting.

Jadi, pengajarannya disini, jika anda bercadang untuk menggunakan skrip autoresponder yang diinstall di website anda, berhati-hatilah, server webhosting biasanya mempunyai keupayaan untuk mengesan penghantaran email secara pukal. Jika ia mendapati website anda menghantar email secara pukal, biasanya melebihi 200 alamat email pada satu-satu masa, kemungkinan besar website anda akan automatik di “suspend” atas tuduhan spam. Walaupun email yang anda hantar itu adalah merupakan email yang bersih daripada senarai opt-in anda.

Saya rasa, itulah kelemahan yang paling besar yang dimiliki oleh skrip yang diinstall di website sendiri. Berbeza jika kita menggunakan perkhidmatan autoresponder yang berbayar, skrip tersebut tidak diinstall di server/website kita. Jadi, tiada risiko seperti yang saya sebutkan diata, tidak wujuds.. Apa yang lebih menarik lagi, kita boleh gunakan sistem autoresponder ini pada semua website yang kita miliki. Jika kita memiliki 10 buah website, maka kita boleh gunakan sistem autoresponder yang sama bagi kesemua website tersebut, tidak perlu mendaftar akaun yang baru, cukup hanya dengan satu akaun.

Kesimpulannya, (mcm karangan PMR pula.. kat akhir perenggan mesti kena letak ayat kesimpulannya) gunakanlah perkhidmatan autoresponder yang berbayar jika anda serius ingin membuat duit menggunakan teknik mailing list. Yosh!

Share and Enjoy:
  • YahooMyWeb
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • description
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists

Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.


18 Responses to “AutoResponder percuma atau berbayar?”


  1. 1 cikguonline Jul 6th, 2006 at 8:38 am

    Artikel ni best2 bukan senang nak dapat pengalaman seperti ni….

  2. 2 smartusaha Jul 6th, 2006 at 11:05 am

    Betul, saya sekarang pun sedang mengkaji perkhidmatan mailing list. Saya rasa bukan orang kita tak nak gunakan, cuma kekangan dari segi kewangan dan fasiliti untuk membeli perkhidmatan tu.

    Kalau kita perhatikan, pakar2 internet marketing luar sana banyak menggunakan yg berbayar. Salah satu sebab adalah, mereka tak perlu buang masa untuk setup benda2 ni yg mana masa tu mereka boleh guna untuk manfaat yg lain. :)

    Time is money & leverage…

  3. 3 sukeri Jul 6th, 2006 at 11:41 am

    Sebelum ni saya menggunakan autoresponder percuma freeautobot, apa yang berlaku apabila subscriber saya mencecah 400 orang dia selalu ‘jam’ bila buat email broadcast.

    Kini saya menggunakan autoresponder berbayar prohostingreply.com, tidak ada masaalah semasa import data dari autoresponder lama & tidak perlukan sebarang pengesahan.Semuanya berjalan lancar dan terima laporan setiap hari.

    Prohosting ni menawarkan affiliate.Baru-baru ni seorang rakan telah menyertai prohosting melalui link affiliate saya tapi bila disemak tiada sebarang komisyen yang saya terima.Saya dan rakan tersebut telah menghantar email kepada admin komplen pasal komisyen tu.

    Rakan saya telah mendapat email balasan yang mengatakan akaun saya telah dikreditkan dan komisyen sudah dibayar tapi email saya tidak dibalas dan dalam akaun affiliate masih tidak menunjukkan saya mendapat komisyen.

    Hah…itulah pengalaman saya, ada tak rakan-rakan lain yang ada kes macam ni dengan prohosting?Sesekali terkena kelentong juga saya ni.Dah berfikir nak tukar ke lain, dah tak confident nak terus berurusan dengan orang yang tak jujur.

    Penat je promote affiliate dia selama ni tengok kosong jer, kalau tak kerana rakan tu bertahu tak tau ler yang saya terima affiliate.

  4. 4 Tazilan Jul 6th, 2006 at 1:55 pm

    Belajar dari pengalaman…

    Memang terasa rugi bila kita kehilangan beribu-ribu mailing list sedia ada.

    Sokong saranan Shuth, jika bisnes online kita dah mula tunjuk peningkatan dari segi pengumpulan mailing list, cepat2 le tukar ke autoresponder berbayar.

    Memang sakit hati jika website kena suspend dan dituduh spamming! Cegah sebelum kena!

  5. 5 shuth Jul 6th, 2006 at 3:40 pm

    cikgu >> nampaknya cikgu cuba merampas kedudukannya semula sebagai orang pertama yng memebri komen di blog saya ini.. he hehe..

    smartusaha >> sebenarnya, kalau kita betul2 gunakan autoresponder itu untuk marketing bisnes kita, kita sebenarnya dah boleh cover kos yuran tahunan autoresponder tu dalam masa sebulan je. he! he! he!..

    sukeri >> menarik juga pengalaman sukeri… saya tak tahu pula pasal prohosting tu… mungkin saya boleh cuba lain kali.

    tazilan >> he he… hanya yang mengalaminya sahaja yang mengetahui betapa peritnya jika website di suspend. Apa-apa pun.. pengalaman mengajar dan mematangkan kita.

  6. 6 Labanon Jul 6th, 2006 at 4:28 pm

    Wah.. klu dlm PMR dah dapat A nihs.. :).. Apapun tq kerana berkongsi pengalaman berharga..

  7. 7 smartusaha Jul 6th, 2006 at 8:23 pm

    Saya suggestkan:

    autoresponder.com
    emailaces.com
    aweber.com
    marketerschoice.com

    Sebab yg tu semua ramai internet marketer tersohor guna dan mereka rekemenkan.. Saya dah buat survey dan nampak aweber dengan autoresponder mcm best jer… :)

  8. 8 tazamfn Jul 7th, 2006 at 12:50 am

    masih belajar menggunakanyaa……tq for information n mr sukeri bayak tunjuk ajar pasal autorespondernii

  9. 9 zamri Jul 7th, 2006 at 1:24 am

    byk info yg dikongsi syabas di ucapkan en. shuth. Sy br dlm perancangan nk bina web afiliat spt inspirasiminda.com tp sy masih zero dlm pembangunan web apetah lagi sistem autoresponder ntah tatay ape2. Insyallah amik dr sempoi……hosting.

  10. 10 robotys Jul 7th, 2006 at 2:19 am

    Owh.. kener consider pakai autoresponder yang berbayar nih. Nasib baik shuth kongsi pengalaman kat sini, kalau tak maybe saya pon terkena nasib camtuh gak.. :)

  11. 11 Noorizam Shah Jul 7th, 2006 at 3:51 am

    Saya mula2 pun bercadang untuk guna autoresponder free pada mulanya.. tapi bila dah baca pengalaman shuth nih .. baik pakai yang berbayar jer.. tapi saya tgk aweber.com pon cam best juga…

  12. 12 shuth Jul 7th, 2006 at 4:02 pm

    terima kasih kepada semua yang memberi komen lebih dari 10 perkataan… nampaknya ada perkembangn positif dalam diri and semua… hik! hik! hik!..

  13. 13 Sabri SaifulSham Jul 10th, 2006 at 3:40 pm

    shuth, nak import tanpa perlu verify semula, cuba try emailaces.
    delivaribility rate pn ok cam getresponse gak.

    Pastu amik “single opt in”

    cuma dia ada limit sehari boleh import banyak mana. Shuth kena import sikit2 la..

  14. 14 Hasif Aug 13th, 2006 at 2:50 pm

    shuth n kengkawan..korangnya tips mmg tip top.sy still newbie dlm bab2 nih..baru nak berjinak2 dlm arena internet biz….tgh usha2 autoresponder mana yg ok n berpatutan.sy usha kat emailaces.com mcm kene bayo bulan2…so cam mahal la pulak..klu aweber leh bayo utk 3, 6 bln or setahun terus…jimat skit… so i think aweber is the best for me…thanks for the information..

  15. 15 BAGAK Sep 23rd, 2006 at 3:30 am

    Ini pengalaman yang mahal anda kongsikan.
    Mahal bukan pada wang tapi pada masa dan nilai pulangan jika hilang beribu prospek kerana kesilapan yang tidak dikongsi bersama.
    TQ

  16. 16 Mazri Jun 18th, 2007 at 4:27 pm

    Saya ada baca makumat yang mengatakan wujud kekelentongan dengan aweber. Sila ke autoresponders.com . Ingat, ada “s” kat hujung tu.

  17. 17 zul Jan 19th, 2008 at 6:12 pm

    Salam,

    Saya amat terharu ngan apa yang anda tulis nih!

    Memang satu pengalaman yang baru bagi saya sebagai seorang newbie?

    Saya teringin gak nak buat duit ngan bisnes Internet ni n dah bermacam cara saya cuba.

    Tapi sampai la ni ada la kat akaun tu USD 2.70 kut. Sampai la dok cam tu.

    Saya tak pandai kut. Boleh tak anda cerita lagi benda-benda cam nih agar mudah orang cam saya

    kat luag sana nk ikut. Saya rasa berduyun lagi yg nak jadi kaya macam saudara,Irfan, Azizi, Lebanon dan saiful sham. Semua buku depa saya dah beli tapi tak leh nak giii kata orang Kelantan, pasai apa pun saya tak tau.

    Teruskan lah dengan cerita cam ni . Kalau tak dapat duit pun saya tetap akan doakan saudara sentiasa bahagia dan dimurahkan rezeki setiap lepas solat 5 rakaat yang tak paernah saya tinggalkan.

    Dan kalu ada kekawan yang nak bantu ,tolonglah ajar agar saya boleh gak berjaya,tolong menolong sesama Islam banyak manafaatnya,Insayaallah.

    Ok,bye

    Salammmmmmm!

  18. 18 khairole Apr 23rd, 2008 at 4:54 pm

    terima kasih shuth kerana berkongsi ilmu.semoga Allah murahkan rezeki.saya pun tengah survey autoresponder gak.budget ciput je.huhu

Leave a Reply