Duit Internet
Sewaktu saya mula-mula menyiarkan artikel saya yang bertajuk “RM12,000 secara sambilan di internet“. Ramai juga yang skeptikel…
“Eh? Betul ke nie? Macam tak caya je!”..
“Eleh.. nie mesti orang lain punya statement nie, entah dari mana2 lah dia rembat!”..
Tidak kurang juga yang menjadi bersemangat dan terus mendaftar akaun google adsense. Ada juga yang hangat-hangat tahi orang… sebulan je semangat. lepas tu bila tengok akaun google mereka kosoooooong je… mereka menjadi putus asa dan beralih kepada kaedah lain yang kononnya lebih mudah, tak perlu bersusah payah, keluarkan sedikit modal, duduk rileks, dan dalam masa sebulan.. mereka akan jadi jutawan. Maka, jadilah mereka golongan-golongan yang tertipu.
Usah terkejut! Kebanyakkan dari mereka ini biasanya tidak kisah pun jika mereka tertipu.
“Semua itu adalah suratan takdir.”
“Itulah dinamakan risiko!”
“Saya dah katakan! Ini hanyalah untuk mereka yang berani mengambil risiko sahaja!”
“Tak kisah! Janji dah balik modal ( janji dapat tipu orang lain!)”
“Nasib baik masuk sikit je!”
Dan macam-macam lagi ayat penyata yang dikeluarkan bagi menutup “malu” mereka akibat tertipu.
Oh! nampaknya saya sudah melalut… tujuan post saya kali ini sebenarnya adalah untuk menunjukkan satu lagi bukti bahawa kita memang boleh buat duit dari internet, iaitu melalui google adsense. Lihat bukti di bawah.. he hehe… cek terbaru yang saya terima. Ya.. cek ini telah dihantar dari sweeden terus ke peti surat rumah saya. Masih tak caya juga?.. Tak tahu dah nak cakap apa…

Oh! Besarnya mata anda……takper-takper.. saya paham.. mungkin tulisan pada gambar tu tak berapa jelas. ho! ho! ho!..
Kepada yang berminat nak mendalami ilmu mencari duit di internet dengan google adsense. Jangan lupa sertai kelas adsense kami, banyak ilmu yang ingin kami kongsikan.YOSH!
Hi! Nama saya Mohd Suhaimy. Saya adalah seorang Usahawan Internet & Blogger sepenuh masa. Dalam blog ini, saya berkongsikan tips mengenai Perniagaan Internet, Pengurusan Wang, Motivasi Kejayaan disamping beberapa pendapat dan pandangan peribadi mengenai topik tertentu.

Thanks shuth, hajat nak pergi gak kelas tu, tapi tak dapatlah.. Actually, saya baru jer balik dari seminar saifulsham..
Orang kita masih lagi ada yg tak percaya buat duit melalui internet ni.. Hehe, percayalah… Masih lagi anggap ia hanya buat duit dengan labur2.. Takperlah, kita kena explain kat diaorang.
Entah bila aku dapat gi keje betimbun.
Tak dapat nak sertai kelas pada kali ni kerana komitmen perniagaan pada tarikh yg sama.
Insyaallah ada rezeki pada kelas yang kedua?!
Betul tu shuth!! Adsense nie untuk orang yang sabar dan tak reti mengalah. Saya pun dah mengalami masalah yang sama. Dah 3 bulan tapi 10 usd pun tak sampai lagi. Blog saya di http://gengpc.com. Tapi saya takkan berhenti dari adsense..
insya-allah sy pergi kelas tu..sebenarnya internet m’sia dah terlalu lama ditakluki dgn penipuan. Then, bila diaorg dgr side income dr internet..dah pobia..sypun kena bebel ngan family sbb diaorg takut kena tipu..so bile cerita br diaorg fhm..syukur2
Makluman terbaru… sodara gobala serta sunny tan juga akan menyertai kelas ini sebagai guest speaker.. so kepada sesiap yang belum daftar tu.. daftarlah sekarang yer.. ramai sifu2 datang haritu.. rugi kalau tak ambil kesempatan ini untuk jumpa mereka.
Lagi satu.. memang banyak sangat saya & kidino nak kongsikan dalam kelas tu..selepas kelas tu.. saya bercadang untuk membuat satu program lanjutan.. khas untuk peserta2 kelas tu.. apa program lanjutan tu?.. tunggu.. akan diumumkan dalam kelas…
apa yang pasti.. program lanjutan ini akan cuba memastikan.. setiap peserta seminar akan berjaya membuat duit dengan adsense..sekurang-kurangnya 100USD.. insyallah.. kita sama2 berusaha
oh yer… selepas saya dan kidino review semula notes dan topik2 yang akan disampaikan dalam kelas tu.. kami rasa.. kelas ini adalah untuk intermediate dan sedikit advance..
so.. adalah better jika peserta2 dah mempunyai sedikit gambaran mengenai adsense sebelum menghadiri seminar ini.. lagi baik.. bagi mrereka yang memang dah pandai buat website…..
akum semua..bestnya dapat duit dari googe adsense…saya bru naka merangkak belajar buat nie..minta tunjuk ajar mu sifu…my blog http://azweststar.blogspot.com
sapa yg baru nak belajar wat adsense, teruskan usaha. saya start tahun 2003 wat adsense. dpt first check akhir tahun 2005. pastu terus semangat sampai dapat monthly check.
skrang ni dah banyak support, ada buku, seminar, artikel etc.. tp jgn lupa, competitor pun makin byk
nway. all d best to all
Adsense ini untuk orang yang sabar dan rajin berusaha. Bukannya nak dapat dit ekspress. Long term sebenarnya adsense ini.
ermm..mmg nak pergi,kerja la pulak.kalo boleh biar la ada yang kedua.mmg berminat nak turut serta.
ttg artikel adsense shuth yg pertama tu,susah nak cakap.
cuba check url kat bawah ni.
http://wangtunai.blogspot.com/2006/04/rm-12000-dari-internet-secara-sambilan.html
semoga terus succes…amin.
hi along… kalau along nak tahu.. saya punya artikel itu memang ramai orang cetak rompak… ambil.. copy paste, buang nama saya, buang link saya….
Ada banyak lagi orang yang copy paste arikel saya tu sebenarnya… saya dah jumpa hampir 7 website guna artikel saya..saya malas nak bising2..
Saya tak kisah sebenarnya… peduli lah mereka nak guna artikel saya.. tapi bila orang tahu sumber yang sebenar tentang artikel tersebut…. pengcopypaste artikel ini sebenarnya hanya menjatuhkan kredibiliti mereka.
Jelas boleh lihat.. dalam artikel itu dia terlupa nak buang hosting yang berharga RM44. kat mana lagi hosting & domain yang boleh diperolehi serendah RM44 kalau tak di sempoihosting? So.. nampak bukan?. ke masih tak nampak?
mmg ramai org main copy paste ni dan yg tak bestnya tak kasi credit dan yg lg teruk mengaku dia nyer hasil tulisan.
kadang2 maleh lak nak nulis. tp nak wat cmne. kena teruskan utk sebarkan ilmu ni. rintangan mmg ada. hehehe
tu yg pkir nak wat ebook/buku pastu charge dari dok kasi mende free dan disalahguna dan diambilkesempatan oleh pihak lain.. skrang ni pun byk penulisan tgh pending utk di publish
Saudara,
Macam menarik juga cerita internet bsness ni..tak dak nagan-angan nak bantu orang sabah ke? Di sabah benda ni belum berapa hangat..
Banyak ilmu yang saya dapat dari sini…terima kasih