Tips dari Dr. Irfan tentang “nilai diri” memang tepat pada masanya bagi diri saya.. thanks dr. irfan!
Kebelakangan ini, saya rasa, banyak juga masa saya dibuangkan kepada perkara yang sia-sia. Perkara yang sia-sia bagi saya adalah perkara yang tidak mendatangkan pahala, duit ataupun apa-apa manfaat kepada saya.
Antara perkara-perkara yang saya kenalpasti sebagai perkara yang sia-sia dalam hidup saya adalah seperti…
1) Melayan dan bertekak tentang perkara-perkara yang subjektif. Iaitu perkara yang tidak ada salah dan betulnya.
2) Melayan orang yang terlalu angkuh dengan idealisme songsangnya.
3) Menjawap persoalan-persoalan yang terlalu asas dari orang-orang yang tidak dikenali.
4) Membalas email spam
5) Bercakap dengan orang yang bodoh tetapi sombong dan berlagak pandai. (Maaf jika agak kasar.. tetapi serius, ini adalah perkara paling sia-sia yang pernah saya lakukan dalam hidup saya!)
Oleh itu, nasihat saya kepada diri saya dan rakan-rakan yang lain. Kenalpastilah perkara yang sia-sia dalam hidup anda, elakkan dari melakukannya. Tumpukan masa anda kepada perkara-perkara yang lebih penting dan yang mampu memberikan wang kepada anda, contoh mudah, gunakan masa anda untuk membuat website google adsense.
oh!.. dah setahun saya tidak membuat website baru untuk tingkatkan amaun google adsense saya. ![]()
Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.




























Banyak perkara yang merugikan jika melakukan kerja yang sia2 dari segi masa & tenaga… wahh buat lagi banyak website lagi banyak duit yang masuk
Memang benar kata Suhaimy, usah amalkan perkara sia-sia. Teruskan tuntut ilmu yang perlu..
“Membalas email spam”– betul ke pernah balas email spam??? wah rajin nya..
p/s : kalau terasa balas komen saya ni keje sia2, tak yah balas.. hehehehe..gurau2 jgn marah
shuth, samalah kita… Apa yg shuth senaraikan tu, saya juga buat.. Oklah, lepas ni kita TUMPU pada hal yang sepatutnya.. Kalau layan benda-benda macam tu, diri kita sendiri gak yang susah.
Tapi, kita mesti cari jalan lain yang menjimatkan agar perkara2 mcm yg shuth listkan tu tetap kita lakukan.. Contoh, untuk bagitahu pasal skim cepat kaya, tulis jer ebook dan ‘hentam’ abis-abisan dalam tu dan edarkan.. Then, tutup buku. Buat kerja lain yg hasilkan duit.
Contoh lain, buatkan satu ebook asas soalan2 yg kerap orang tanya.. Then, kalau ad alagi orang tanya, bg jer ebook tu… Simple dan jimat masa. Orang pon tak akan kata kita sombong.
Orang nak ikut atau tak, TERSERAH… hehe.. Bila ingat word terserah ni, ingat lak masa2 yg dibazirkan utk berdebat di forum2.. Alih2 keputusan perdebatan, suka hati kau lah…. Baik tak payah berdebat…
Adoii, banyaknya masa yg dah abis yer….
So, FOKUS……
Saya dah lama rasakan yang Shuth boleh menjadi lebih produktif untuk memajukan bisnes internetnya sendiri dan juga menghidupkan agenda melahirkan lebih ramai usahawan internet berkualiti di kalangan bangsa kita.
Kalaulah saya ada pengetahuan dan kemahiran yg Shuth miliki…
pasal membalas email SPAM nikan boleh ke kita balas dgn mempromo biznez kita. Maksud saya kita selalu terima email yg mengajak kita memasuki perniagaan mereka dan kita balas balik email2 tersebut dgn mempromosi perniagaan kita…betul ke cara tu?? adakah cara kita membalas email SPAM tersebut diketogerikan SPAM juga
Yer.. kadang2 saya balas email SPAM, biasanya email yg dari malaysia la.. Membalas email spam tidak dikira SPAM sebab kita hantar pada orang tu sorang, bukannya secara pukal..
SPAM ialah email yang dihantar kepada ramai orang yang tidak dikenali.
So.. kalau kita balas email pada sorang.. tu tak kira spam la.. lain lah kalau kita “reply all”.. yg tu boleh dikatakan adik beradik spam la.
Saya balas email tu kadang2 just bagi nasihat tentang perbuatan dia tu. Tapi selepas 2 jam reply email spam tu.. dapat lagi email spam dari orang yang sama. Aduh.. memang jenis tak makan saman punya orang nie.. senang cite.. saya blok je email dia…
So.. pikir2 balik.. buang masa saya je reply email spam nie.
Hohho… “”"Saya balas email tu kadang2 just bagi nasihat tentang perbuatan dia tu. Tapi selepas 2 jam reply email spam tu.. dapat lagi email spam dari orang yang sama. Aduh.. memang jenis tak makan saman punya orang nie.. senang cite.. saya blok je email dia…”"” memang betul la kata shuth tu…. memang patut pon email diorang kena blok…
~areMean~
a.k.a budak baru nak belajar
Saya pun penah gak buat kerja sia-sia.
1) Baca email nak dapat duit (mmg sia-sia tapi mase tu xtau sangat psl online business)
2) Promote kat forum UTP, gaduh2 ngan dak autosurf. Sungguh membazirkan masa
3) Menjawab email yang memang dah pasti tak akan membuat duit dengan soalan2 basic dorg.
4) Reply email SPAM.
5) Men internet tapi buat benda xde faedah. Mmg bazir, bazir bil letrik, bazir masa, bazir segala2nya
kalau menjawab soalan-soalan asasitu juga disenatraikan dalam kerja sia-sia. kesiannya pada newbie, dengan siapa lagi dia boleh bertanya agaknya??
ya… soalan asas yg saya maksudkan adalah seperti..
“Apa itu webhosting?”
“Berapa harga domain name kat sempoihosting?”
“Mcm mana nak buat website?”
Semua itu terlalu asas dan general… sebenarnya, mereka boleh tahu semua itu dengan membuat sedikit research kat search engine ataupun mendapatkan buku-buku yang berkaitan.
Jadi.. kepada orang-orang yg malas seperti ini memang saya minta maaf.. saya takkan layan.
ASSALAMUALAIKUM SHUTH,
Maaf saya orang baru dlm bidang ni, anggaplah segala penerangan anda sebagai IBADAH,
Tunjukajar sebagai JIHAD,Saranan sebagai PENDORONG MOTIVASI Dan Tetamu sebagai MUSAFIR,
Serta Juadahmu/ilmu mu tu sebagai SEDEKAH YANG BERPANJANGAN.
WASSALAM.