Peluang Perniagaan
July 17th, 2006, by shuth

Peluang Perniagaan

En. Ismail adalah merupakan seorang kakitangan kerajaan yang telah berkhidmat selama 12 tahun, kehidupannya biasa-biasa sahaja.. tidak kaya dan juga tidak miskin. Seperti orang lain yang sudah lama bekerja, beliau mempunyai sebuah rumah yang masih lagi belum langsai hutang gadai janjinya, sebuah kereta sedan jenama honda dan juga sebuah kereta mini jenama kelisa untuk kegunaan harian pergi dan balik kerja.

Gajinya pula hanya cukup-cukup makan sahaja… setiap bulan beliau hanya mampu menyimpan antara RM100-200 sahaja. Itu pun kadang-kadang, selalunya, tiada simpanan langsung.

Suatu hari, En. Ismail telah didatangi oleh rakannya yang mempunyai perniagaan kedai makan. Kedai makan rakannya itu memang maju dan sepanjang masa dipenuhi pelanggan. Pendek kata, memang untung la orang kata!!

Tujuan rakan en. ismail bertemu dengannya adalah untuk menawarkan perniagaan kedai makan beliau yang maju itu kepada En. Ismail. Ini kerana, rakan en. ismail itu ingin berpindah ke luar negara dan dia bercadang untuk menjualkan perniagaan tersebut kepada sesiapa yang berminat. Sebab itulah, beliau menemui en. ismail dan bertanya, manalah tahu kalau-kalau en. ismail berminat.

Hampir 3 hari 3 malam en.ismail berfikir, padanya, inilah peluang perniagaan yang dinanti-nantikan. Perniagaan yang telah stabil, pemilik yang telah dikenali serta modal yang agak kecil kerana rakannya ingin menjualkan perniagaan tersebut pada harga yang agak rendah. Bagi en. ismail, inilah satu-satunya peluang perniagaan yang tidak harus dilepaskan, peluang seperti ini bukan mudah untuk diperolehi. Mengikut kiraan En. ismail, jika beliau berjaya dengan perniagaan ini, maka tidak perlulah lagi beliau bekerja makan gaji dan berharap dapat hidup mewah seperti rakannya itu.

Tanpa berfikir panjang lagi.. En. Ismail pun menerima tawaran tersebut, disebabkan beliau adalah merupakan seorang kakitangan kerajaan, maka, proses untuk mendapatkan pinjaman peribadi bagi membiayai pembelian perniagaan tersebut tidaklah begitu sukar.

Dipendekkan cerita, beliu berjaya membeli perniagaan tersebut dari rakannya dan juga sempat menghantar rakannya itu ke lapangan terbang untuk berhijrah ke luar negara.

Hari pertama beliau menjadi majikan serta pemilik kedai makan tersebut, pekerja-pekerjanya telah datang kepadanya dan meminta kenaikan gaji, jika tidak, mereka akan berhenti kerja. En. ismail agak terkejut dengan tindakan tersebut dan didalam keadaan terpaksa itu, maka En. Ismail pun bersetuju dengan permintaan pekerjanya itu.

Setelah beberapa bulan menguruskan kedai tersebut, En. Ismail dapat rasakan semakin hari pelangganya semakin kurang. Bermacam usaha telah dilakukan untuk melakukan lagi kedai makannya seperti memasang penghawa dingin, menukar cat serta hiasan dalaman, menambah menu masakan serta memberikan harga diskaun. Tetapi, entah mengapa.. perniagaannya semakin hari semakin merosot.. manakala, kedai mamak di bahagian hujung jalan semakin ramai pula pelanggannya.

Dipendekkan cerita… perniagaan kedai makan itu tutup selepas 15 bulan dia mengambil alih perniagaan tersebut.

Anda tahu mengapa beliau gagal?.. jawapan akan diberikan dibahagian komen. Sebelum itu, sudi-sudikanlah berikan jawapan anda…

Buzz it!
Share and Enjoy:
  • email
  • Google Bookmarks
  • Facebook
  • MySpace
  • TwitThis
  • YahooMyWeb
  • digg
  • del.icio.us
  • Technorati
  • StumbleUpon
  • blinkbits
  • BlinkList
  • Fark
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • Spurl

32 comments Subscribe Comments

  1. 1. kos operasi tinggi.
    2. makanan tak sedap.
    3. mahal
    4. servis tak bagus
    5. kotor
    6. tak pandai menguruskan kewangan

  2. hahaha, sebab dia terima peluang tu tanpa berfikir lebih panjang lah. Pantang nampak peluang buat duit, terus nak tanpa fikir A-Z. Dah lah pengalaman takder.. Dia ingat pengalaman kerja makan gaji sama ke dengan berniaga.. ;)

  3. By amzira on July 17th 2006

    sy bersetuju dgn smartusaha
    dia takde pengalaman dan pengetahuan mengenai bisnes kedai makan. mungkin juga dia tak tahu mengenai marketing dan tidak menjalankannya.itu pendpt sy.

  4. En. Ismail ni kira bidan terjun la..kerja makan gaji dgn bidang bisnes memang jauh beza..byk sgt dugaan yg kena tempuh..dan kita kena ready utk semua tu..jgn ingat nak duit jek..pikirkan cara nak dapat duit tu dulu..kalau bidang yg kita ceburi tu atas dasar minat, insyaAllah ianya akan berkembang maju..nak pulak kalau buat seperti hobi..perkhh..

  5. Yer… nampaknya smartusaha dan amzira telah berjaya menjawap dengan tepat.

    Jawapannya ialah, En. Ismail sebenarnya tidak mempunyai ilmu tentang pernigaan dan juga apa-apa pengalaman. Selalunya kita memang teruja apabila kita melihat rakan-rakan kita berjaya dalam bidang yang diceburi. Melihat keadaan itu, kita pun bersemangat dan ingin menjadi seperti mereka. Namun begitu, seringkali kita tergopoh-gapah merebut peluang yang sebenarnya bukanlah suatu peluang yang baik untuk kita… kita perlulah membuat sedikit kajian terlebih dahulu serta belajar serba sedikit tentang sesuatu bidang perniagaan itu. Kenalpasti kebaikan, kelemahan, keburukan serta cabaran yang mungkin dihadapi.

    Sama lah juga halnya dengan peluang-peluang perniagaan yang lain yang selalu datang kepada kita seperti peluang perniagaan MLM, peluang perniagaan sambilan dirumah, peluang pelaburan bijak atau apa-apa sahaja.Semua itu perlulah kita kaji terlebih dahulu dngan lebih mendalam sebelum menerimanya dengan terburu-buru.

    Orang-orang yang berniaga semata-mata disebabkan peluang sebenarnya sukar untuk berjaya. Mereka ini biasanya tidak mempunyai ilmu yang cukup dan sentiasa terburu-buru.

    Peluang perniagaan sebenarnya tidak perlu dicari.. peluang perniagaan sebenarnya boleh dihasilkan.

    Bagaimana menghasilkan peluang perniagaan?.. Anda pasti pernah dengar.. ‘Tukarkan masalah anda dan masalah orang ramai kepada peluang’ … itulah caranya saya mendapat idea menulis buku “Maskahwin Yang Hilang” serta membina Sempoihosting.com

  6. saya bersetuju berdasar pengalaman saya sendiri yang lebih kurang sama ngan cerita diatas..percayalah kebanyakan dari kita tidak belajar apa itu perniagaan..tetapi lebih memandang kepada hasil yg akan kita dapat…kesalahan kita/saya selalu memandang pulangan/keuntungan tanpa mengambil kira kos, atau asas2 perniagaan…banyak lagi kalo nak cerita tapi kita kena belajar dari kesilapan….

  7. Setuju sangat dengan semua pandangan diatas. Merebut peluang yang ada dengan segera memang boleh memberikan keuntungan yang lumayan.

    Tapi, kalau tak buat kajian tentang keupayaan diri dan risiko yang bakal dihadapi. Itu maknanya awal-awal lagi dah ada potensi utk gagal.

  8. Minat juga perlu ada. Apa yang saya buat sekarang adalah apa yang saya minat. Walau tak ada projek / sales, saya tak kisah dan tak berduka sangat, sebab saya buat apa yang saya suka. Duit datang kemudian, janji hati happy. Kata-kata ni juga apa yg diberitahu oleh Dr. Irfan.

  9. Saya setuju, ilmu perlu dituntut terlebih dahulu baru merealisasikan impian menjadi realiti.

  10. Selain daripada capital.Pengalaman juga penting.Tak semestinya orang yang berduit akan berjaya dalam perniagaan.

  11. Buat apa yang kita suka… yang sukar jadi mudah… yang mudah jadi lebih mudah… yang lebih mudah jadi kacang.. :P

  12. Dah terjawab rupanya. Wa bizi betul aku… sering jadi org yg last2 kasi komen. Kalau ada peluang baru aku le orang yg last sekali tau isy isy isy….

  13. belajar dari kesilapan ….tapi kos untuk buat kesilapan adalah terlalu besar untuk ditanggung ….so kita kena tukar sikit ..belajar dari pengalaman orang lain…banyak membaca beb!

  14. By mohamad hidayat on December 12th 2006

    perlu mempunyai ilmu peniagaan yg mantap. belajar dr pemilik kedai.

  15. By Bistary on December 22nd 2006

    Pandangan saya Encik Ismail tidak merancang dengan teliti walaupun merebut peluang itu memang bagus. Kajian terperinci memang wajar dilakukan. Sewajarnya, tuntutlah ilmu dulu…. Ilmu perniagaan ke, mengurus kewangan ke….dari orang yang dah berjaya ke

  16. By Shafiee KUIM on December 29th 2006

    sbnr ny tindakan cik ismail betul cume dari segi analisa SWAT die tidak buat dan yg olg pntg MARKETING PLAN tidak jelas dan tidak dlaksana kan…lg pn die spttnya kene belajar dari orang yang lebh berpengalaman…

  17. By RIJANFE on January 7th 2007

    Sebenarnya pengalaman dan minat yang paling penting. Minat adalah perkara yang terpaling-paling penting. Kalau duit banyak tapi takde minat tak guna jugak, ala..macam anak-anak datuk….

  18. By awanis on January 28th 2007

    nak tahu apakah kepentingan internet dalam perniagaan

  19. By Md. Nasir Ishak on March 19th 2007

    Saya berminat untuk menjalankan perniagaan tetapi tiada modal dan tempat nya iaitu kedai makanan,minuman.

  20. By mzakri on March 27th 2007

    tidak berilmu dan tidak tahu mengguruskan perniagaan. tiada jalinan dengan pengguna dan tiada masa untuk cipta orientsi kepasa perniagaan. urusan kewangan amat lemah.

  21. By Syima on July 9th 2007

    Ya betul.. marketing.. saya belajar marketing tapi pernah saya makan gaji.. ilmu marketing tu sangat berharga n susah nak belajar… ilmu makan gaji.. hMMMmmmmmm.. sekejap je gaji ilang..

  22. ingin menceburi peluang perniagaan melalui internet

  23. oh! last pun last lah…. hobi tu perlu dijadikan peluang… & blaja kesilapan org lain utk pedoman kita… tapi vespa.com.my aku tak sempat2 nak buat…

  24. saya ingat cerita ni ade kesudahan menarik, hampir seronok bace tup tup rupenye dah habis.. betul la apa yg en zul cakap en ismail xfikir pjg, he aim the lifestyle not the passion to manage business.. SWOT analysis perlu sebelum start buat bisnes bkn prosedur utk dptkn pinjaman.

  25. By hisham on April 26th 2009

    salam, sy makan gaji dan buat biz. sy nk tanya pendapat saudara mana yg lebih baik makan gaji atau biz, sy buntu….cuba settle kanmasalah sy….. sy ada 3 cawangan kiosk makanan dan minuman.

  26. Assalamualaikum,

    kepada hisham

    sy cume bg scene kat sini.. contoh jika sy ada ladang dragon fruit yg di tanam di melaka, kini sy d kl sebagai engineer. kebun sy beri pd org utk usahakan, potong rumput dan petik buah… purata sebulan hasil buah yg dpt d kutip rata2 10-20 biji dari 120batang pokok. Sy byr pd org utk uruskn.

    Jika sy fulltime berada di kebun mengusahakan sendiri serta menjaga setiap batang pokok dgn teliti anggran sebatang pokok mampu menghasilkn 2-3 biji buah dragon jika ambil purata 1 biji setiap batang maka dari 120 btg sy mampu dpt 120 biji buah.. itu jika di usahakan sndiri mesti lah kita jaga baik punye sbb kite punye harta kan?

    just sharing.. but u can decide on your own..

    see u at the top bro!

  27. By shay78 on July 28th 2009

    tiada jalan pintas untuk berjaya dan setiap pengalaman yang di tempuh ada harganya. cuma kita kena bijak pastikan yang di tempuh tidak mengorbankan wang yang banyak..

    belajar dan terus belajar dari setiap kesilapan yang di lalui.

    bila berlaku kisilapan dalam hidup, pertama…terima dan akui kesilapan..kedua jangan ulangi kesilapan yang sama… dan ketiga belar darpada kesilapan tersebut.

    tak gitu tuan empunya website…. tuan pun ada buat silap jugak dulukan sebelum sampai ke tahap sekarang…?

  28. By mek kelate on August 21st 2009

    Salam pd semua,

    Syabas pd En Ismail yg berani terjun dlm bidang pengusahaan makanan, sbg orang Islam lagi kuat sokongan saya, kerana manafaat yg sgt besar menyuapkan makanan halal & toyibbah kpd pelanggan terutama pelanggan Islam.Jgn putus semangat sebaliknya terus berusaha utk menyediakan diri dalam rencah masalah ini, dapatkan nasihat2 dari pelbagai pihak termasuk kerajaan,NGO’S, org perseorangan,rakan di internet dsbnya.Penuhi diri anda dengan ilmu dan kemahiran hanya dengan cara itu sahaja anda akan menemui jln penyelesaian kerana setiap masalah pasti ada puncanya dan leraikanlah.
    1)Perbincangan dan perancangan adalah kaedah yg terpenting utk lebih memahami permasalahan secara terperinci ambil langkah2 sewajarnya.

    2)Wujudkan pembakar semangat yg terdiri dr org yg anda percayai dan terbukti dapat memotivasikan anda tak kira samada bos anda, rakan, adik-beradik,gol profesional yang penting cari mentor anda…

    3)Pengurusan perakaunan yg betul sangat diperlukan utk anda mengentahui kos operasi dan keuntungan adakah hasil yg diperolehi melebihi kos operasi? bagaimana dgn modal?

    4)Mendapat idea-idea baru di kalangan pelanggan tetap,rakan, gol yg berjaya dlm perniagaan dsbnya. Ini adalah penting agar senario sajian dan perkhidmatan anda tidak statik dan membosanakan.
    5)Hargai staff anda- kerana mereka perniagaan anda bergerak dan berjalan lancar…berikan mereka insentif spt bonus,elaun kerja lebih masa,potongan KWSP,SOCSO,kemudahan rawatan setakat yang anda mampu.. sekali-sekala buatlah hari mesra bersama pekerja ubah lokasi mungkin berkhemah,berkelah dan beriadah bersama utk mengalih dari situasi statiuk di kedai/restauran.

    5)Sujudlah pd yng maha Esa jangan lupa utk memanjat syukur pd Allah,adakah majlis solat hajat,kesyukuran,majlis bacaan yaasin dan pelbagai untuk merapatkan hub dgn pencipta kerana sesungguhnya redho kpdNYA sajelah akan membawa kepada ketenagan dan kejayaan yg sebenarnya…Lagipun hidup bukanlah selama mana yang penting niatkan segala usaha yg dilakukan keranaNYA SEMATA disamping dapat rezeki yang pasti rahmat dan berkahNYA adalah berganda…Wallahuaklam.

  29. By raff on August 30th 2009

    ada banyak faktor yang menyebabkan kegagalan sesebuah perniagaan…mungkin beliau tidak berpengalaman dalam bidang ini…sesuatu perniagaan memerlukan komitmen yang tinggi..pada awal tindakan menaikkan gaji pekerja setelah diugut adalah tindakan yang tidak wajar dan menunjukkan beliau tidak tegas dan tidak mempunyai plan A dan plan B..selain tu, beliau juga suka membuat keputusan terburu dimana sanggup mengubah fasiliti kedai makan tersebut…sedangkan punca masalah tersebut rasanya bukan disebabkan faktor tersebut…Mungkin terdapat masalah lain spt customer service n customer satisfaction…Kalu bisnes kedai makan ni, mestilah pelanggan mengutamakan kualiti dan layanan yg diberikan…kalu makanan sedap, sape taknak kan…Tapi bagi saya ini merupakan perkara biasa dalam perniagaan,ia merupakan pengalaman kepada belia and if beliau benar2 minat dengan perniagaan ianya boleh dibangunkan semula…kalu tak minat, baik still kerja dengan kerajaan..

  30. By wannor on October 16th 2009

    apa yang penting…kerjaaa sama..kata wonderpet kerjasama dengan orang bawahan kalau kita bos..kerjasama dengan pelanggan…dan semua orang, jangan bersifat sombong, sebaliknya sentiasa merendah diri dan menghormati orang lain.

    betul kata Labanon: “Buat apa yang kita suka… yang sukar jadi mudah… yang mudah jadi lebih mudah… yang lebih mudah jadi kacang..” kalau dah jadi kacang, sambil baca buku pun boleh makan.

  31. By qairy on March 1st 2010

    Boleh en memberi panduan secara lebih detail berkaitan biz ini.

  32. By jessica on May 21st 2010

    pada pendapat saya mungkin krna lokasi perniagaan yg tidak strategik atau keadaan kedai yg terlalu menarik membuat org utk singgah takut


Add your comment