Siti Nurhaliza
July 21st, 2006, by shuth

Siti Nurhaliza

Sewaktu saya sedang minum-minum petang bersama-sama rakan saya yang bernama siti nurhaliza (bukan nama sebenar) di kafeteria.. beliau bertanya kepada saya..

“Sekarang nie.. u rasa.. bisnes apa yang bagus yer? “… tanya beliau…
“Hmm… entahlah!”.. jawap saya ringkas.. saya sememangnya suka menjadi golongan yang kedua.

“Kalau boleh.. i nak jual.. apa sahaja yg orang nak.. nak prepaid? nak pen? nak keropok? nak beli kereta? nak beli bateri? nak beli baju? anak patung? skru? hammer? lampu picit? pendek kata.. kelau orang tu nak beli apa-apa jerla.. semuanya akan jumpa i .. i nak nama i disebut-sebut dan menjadi rujukan dan tempat untuk semua orang membeli barang!..”

“Oh!… kalau macam tu.. u tak boleh jadi peniaga.. u kena jadi internet!”… jawap saya secara bergurau tapi serius.

Kini.. kawan saya yang bernama siti nurhaliza (diulangi.. bukan nama sebenar) tu termenung semula.. mungkin dia sedang menilai semula tentang ideanya yang mahu menjual semua benda kepada semua orang..

Untuk menjadi peniaga yang berjaya.. tidak kiralah peniaga internet ke, peniaga pasar malam ke, peniaga kedai runcit ke atau pun peniaga jalanan.. kita perlu fokus. Kita tidak boleh menjual semua benda kepada semua orang.

Lebih-lebih lagi sebagai peniaga internet, kita perlulah fokus dan tahu target market kita. Kepada siapa kita ingin menjual produk kita? kepada orang lelaki atau perempuan?Jika lelaki.. lelaki yang macam mana? yg muda? yang tua? yang masih belajar? golongan eksekutif? mat2 moto atau mat2 kilang?…

Setelah kita dapat mengenalpasti target market kita… insyallah.. usaha kita untuk menjual produk kita akan menjadi lebih mudah.

Proses pengenalpastian target market adalah penting, ini kerana, dari situ kita akan dapat:
1- Membentuk produk kita dengan lebih baik.
Contohnya jika kita ingin membuat ebook yang target marketnya adalah untuk golongan remaja yang suka bermain game. Pastinya ebook kita itu perlulah mempunyai gambar-gambar dari watak game serta menggunakan ayat-ayat yang sempoi & trendy. Bayangkan jika ebook kita itu terlalu skema dan menggunakan ayat-ayat seperti buku teks sejarah! Pastinya ia membosankan dan tidak akan laku untuk dijual.

2- Membantu untuk menentukan dan meletakkan harga produk
Antara golongan remaja, golongan pelajar IPT serta golongan orang yang telah bekerja mempunyai keupayaan kewangan yang berbeza-beza. Oleh itu, adalah amat penting untuk kita mengenalpasti terlebih dahulu target market kita sebelum kita meletakkan harga kepada sesuatu produk. Contohnya, bagi golongan pelajar, harga ebook yg sesuai yg ingin dijual adalah antara RM5-RM20, bagi golongan pekerja.. biasanya antara RM20-RM50, manakala bagi golongan yang mempunyai bisnes sendiri.. harga RM50-RM100 masih lagi dalam kemampuan mereka. Jadi, kita perlu kenalpasti target market kita betul-betul.. barulah harga yang kita letakkan sesuai dan dapat menjual, bak kata Ken Envoy, “Make your price sell”.

Itulah 2 point penting yang dapat saya kongsikan buat masa ini… sememangnya, saya tidak gemar untuk berkongsi terlalu banyak point di dalam satu-satu post! ia akan menyebabkan anda yang membaca terlupa dan sekalligus tidak akan memberikan apa-apa kesan kepada anda yang membaca..

Oklah.. cukuplah sampai sini dulu untuk kali ini…. akhir kata!
“Don’t try to be everything for everybody.. it’s just make u look stupid”..

P/s:- Tadi saya cuba mencari di search engine, apakah keyword yang paling banyak orang cari yang berkaitan dengan siti nurhaliza, alangkah terkejutnya saya.. rupa-rupanya ramai sungguh orang yang mencari “gambar siti nurhaliza telanjang” , “skandal seks siti nurhaliza” dan “siti nurhaliza bogel” … oh!

Buzz it!
Share and Enjoy:
  • email
  • Google Bookmarks
  • Facebook
  • MySpace
  • TwitThis
  • YahooMyWeb
  • digg
  • del.icio.us
  • Technorati
  • StumbleUpon
  • blinkbits
  • BlinkList
  • Fark
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • Spurl

11 comments Subscribe Comments

  1. Kena buat survey market dulu, target kategori group untuk pemasaran dan harga hendaklah berpatutan ikut kategori group.

    P/s:Shuth, Siti Nurhaliza paling ramai orang kita cari di search enjin google sejak Februari tahun ni. Top ranking #3 bulan lepas dan top 15 sejak Februari 2006.

  2. betul cakap kamu, ia adalah tidak mungkin untuk menjual semua benda kepada semua orang. Adalah lebih baik hanya menjual satu barang kepada targeted market

  3. Wah………. sensasi nih menggunakan nama Siti Nurhaliza.. cepat2 saya baca tips hehehehe…. nanti kat blog saya nak letak nama Datuk K pulak CHOP…:p

  4. By Ryco on July 21st 2006

    Kuasa fokus pada target long term dan Short term pun penting. Apa yang kita nak achieve. Dan KENAPA kita nak achieve utk dapatkan momentum utk mencapai matlamat tersebut…

    Wah, Shuth bermain2 ngn keyword. Pandainya..sungguh Kreatif post ini and not to mention, informatif

    :D

  5. huhh… nakal sungguh shuth ni… hari tu giliran mawi, skarg siti pula… isy3… ;)

    takpe2, saifulsham pn tgh berkira2 nak buat post pasal AF ni.. :p

    Apapun, good post!

  6. Hehehe, tertipu saya. Tgk tajuk di rss redaer macam best, rupenyer pemanipulasian nama yang best. Cis cis cis!.. tapi idea nih best gak. Nak try lah karang :)

  7. Sampai hati shuth guna nama makwe saya yer.. hehe.. :lol:

    Know your niche, fokus, insyaAllah, success. :)

  8. Boleh tahan jugak bro shuth kita ni… ;)

    Nama Siti tengah naik sekarang ni….

  9. sape-sape nak main cak-ca-bahk ngan siti.. leh tgk website siti kat http://www.sitizone.com
    ahak!..siti.. siti.. biarlah rahsia..

  10. Wahh.. Bro Suhaimy siap letak keyword ‘panas’ kat artikel ni. Agaknya ada kunjungan ‘sesat’ lepas tu! ;p

  11. By Zulkar038 on October 7th 2007

    Selain sasaran yang tepat, kemampuan pelanggan dll banyak lagi strategi-strategi bisnes yang perlu kita ketahui dan pelajari seperti lokasi bisnes yang strategik, modal yang mencukupi dan kemahiran dalam bidang bisnes yang diceburi betultak ?

    Penggunaan nama-nama tokoh-tokoh atau personaliti-personaliti terkenal bagi memperkenalkan dan memasarkan produk juga merupakan satu strategi bisnes yang berkesan. Apa kata Bro Suhaimy?


Add your comment