Cerita Ghairah

Ops! sebelum itu, ini bukanlah cerita ghairah malam pertama atau pun 69 ghairah honey (oh! pebenda tu? saya pun tak tahu..) tetapi pada kali ini, saya ingin menceritakan sebuah kisah ghairah bagaimana seorang jejaka yg bernama rosyam nor (bukan nama sebenar) tersesat di dalam keghairahannya mencari duit di internet.

Rosyam nor (diulangi bukan nama sebenar) adalah seorang pemuda tampan yang hidup sederhana. Kegemarannya adalah melayari internet dan melayan forum2 yang bersembang mengenai aksi ghairah.

Pada suatu hari, seperti biasa, sewaktu beliau sedang melayari internet, beliau telah terjumpa satu website yang menjual skrip yang mendakwa boleh buat duit dengan cepat. Skrip itu tidak mempunyai nama yang tepat, ada orang kata itu skrip MLM, ada orang kata itu skrip affiliate, dan ada juga yg kata skrip itu skrip membership.. katalah apa-apa sahaja tentang nama skrip tersebut, penjual skrip tersebut tidak kisah, yang penting jangan panggil skrip tu skrip skim piramid (walhal itulah gelaran yg paling tepat) , nanti, akan mengamuk lah orang yangg menjual atau yang membeli skrip tersebut, dan anda, akan dituduh sebagai pemusnah periuk nasi orang pula. (Oh!.. teringat dialog mustapa kamal di dalam cerita ejen 016, saya tak ingat dialog yang tepat, tetapi maksud dialongnya adalah lebih kurang begini.. “kami nie penjenayah! kalau kami di halang, kami nak makan apa? nak makan pasir?”)

Penjual skrip tersebut tidak meletakkan nama yg spesifik kepada skrip tersebut kerana beliau sendiri pun sebenarnya tidak tahu dan kabur dengan apa sebenarnya yg dimaksudkan dengan Affiliate? MLM? Membership site ataupun Skim Piramid!.. apa yang dia tahu.. skrip itu boleh buat duit kepada beliau.

Begitu juga dengan rosyam nor (bukan nama sebenar ler), beliau tidak tahu apa itu sebenar-benarnya affiliate, mlm, atau pun membership site, apa yang dia diberitahu, skrip tersebut boleh buat DUIT!. jadi, tanpa membuang masa, beliau pun membeli skrip tersebut sambil melompat-melompat dengan girangnya.

“Aku mesti buat duit di internet dengan skrip mahal yg aku beli ini!”… ujar rosyam nor dengan mata yang berapi-api tanda semangatnya yang membara dan berkobar-kobar…

Setelah beberapa hari mengunakan skrip tersebut di dalam websitenya… rosyam nor mula mendapat beberapa maklumbalas dari pengguna internet.. di dalam banyak-banyak maklumbalas serta teguran yang diterima.. ada yang mengatakan skrip yg beliau gunakan itu adalah skrip skim piramid..

Kini! rosyam nor mula sedikit resah.. “Eh! apa pula skim piramid? Aku dah keluar banyak modal beli skrip ni serta dah mengeluarkan banyak masa & usaha untuk membuat website ini! Senang-senang je diorang nie kata aku punya website nie skim piramid! Mana boleh macam nie!”.. bentak hati rosyam nor….

“Ah! aku tak kira.. selagi aku tak balik modal dan dapat banyak duit! aku akan teruskan dengan usaha aku ni!”… kini rosyam nor membulatkan tekadnya.. (Oh! teringat pula kisah seorang pemuda yang telah terlanggan seorang pelacur.. disebabkan dah banyak duit dikeluarkan.. maka, amatlah rugi jika dia melepaskan sahaja pelacur itu berlalu pergi tanpa marasai apa-apa nikmat bergurau senda diantara pusat dan lutut! Oh!.. maaf jika ayat ini telah menghairahkan anda!.. nampaknya memang sesuai lah post kali ini bertajuk “cerita ghairah”)

Penghabisan cerita ini… anda sambunglah sendiri.. kerana penghabisan cerita ini tidak penting. Apa yang saya nak sampaikan disini sebenarnya adalah, apabila kita ingin memulakan sesuatu itu, biarlah ia dimulakan dengan menuntut ilmu. Dalam islam sendiri, beramal tanpa ilmu itu akan menyesatkan.

Begitu juga di dalam menjalankan perniagaan internet… apa yang saya dapat perhatikan, ramai yang terjerumus ke program-program skim piramid disebabkan mereka ini terburu-buru di dalam menjalankan usaha mencari duit di internet. Mereka teruja mendengar orang itu buat duit kat internet.. orang ini buat duit kat internet.. orang disana buat duit di internet, orang di sini pun buat internet. Jadi! Mereka pun nak buat duit di internet!…

Tetapi masalahnya, mereka ini tidak mahu belajar/menuntut ilmu terlebih dahulu. Suruh baca buku malas!.. suruh baca artikel kat internet malas! suruh buat research dan study sikit malas! apatah lagi kalau disuruh pergi seminar! lagilah malas… membazir duit katanya.

Orang-orang seperti inilah yang biasanya akan tersesat! Mereka tidak kira sama ada apa yang mereka lakukan itu betul atau salah! apa yang mereka tahu.. mereka dapat DUIT!..

Mereka ini malas belajar..mereka ini bodoh, sombong serta tidak boleh ditegur, dan yang paling dahsyat.. ada sesetengah dari mereka ini akan bertindak ganas jika ada orang yang cuba menegurnya! Jika ditegur! siaplah orang yang menegurnya itu.. mereka akan berdendam dan akan cuba menghancurkan pihak si penegur tersebut!.. Begitulah dahsyatnya orang-orang yang beramal tanpa ilmu ni…

Tiada apa yang boleh kita lakukan kepada orang seperti ini, yang boleh kita lakukan hanyalah memberikan nasihat serta kesedaran kepada orang ramai tentang skim piramid di internet ini, diulangi, kepada orang ramai yer.. bukan kepada penganjur skim piramid itu, ini kerana penganjur2 skim piramid ini tidak akan sedar.. kalau dia sedar pun.. dia akan buat2 tak sedar.. yerla.. mana ada orang yang nak lepaskan pelacur depan mata kalau dah berhabis banyak duit, kecuali orang yang kuat imannya dan berani mengaku diatas kesilapannya. (Harap pembaca blog ini paham dengan ayat kiasan yang diberi.. kepada penganjur skim piramid, jika ada ler penganjur skim piramid yang membaca blog saya ini, saya tahu.. anda akan buat2 tak paham dengan kiasan ini, saya tak kisah, sebab saya tahu, anda adalah seorang yang bodoh! Amat sukar untuk anda memahami kiasan ini. Ha! ha! ha!).

Akhirnya, apabila orang ramai telah sedar dan faham, maka secara automatik penganjur-penganjur skim piramid ini akan pupus. Jadi kepada rakan-rakan saya yang cuba membanteras skim piramid di internet ini.. tak perlu buang masa anda menasihati atau memarahi penganjur skim ini, masa yang anda ada, gunakanlah ia sebaiknya untuk memajukan lagi bisnes anda disamping memberikan kesedaran kepada orang ramai tentang perniagaan internet yang sebenar.

Nasihat saya kepada mereka yang baru berjinak-jinak ingin mencari duit di internet pula!.. Tuntutlah ilmu terlebih dahulu sebelum melakukan apa2!.. Baca buku, buat rujukan pada mereka yang telah berjaya serta hadirilah seminar! Insyallah anda tidak akan tersesat.

YOSH!

32 Comments

  1. matzfain July 27, 2006
  2. muhammad Hilmi July 27, 2006
  3. syia July 27, 2006
  4. tazamfn July 28, 2006
  5. Noorizam Shah July 28, 2006
  6. Labanon July 28, 2006
  7. Robotys July 28, 2006
  8. cikguonline July 28, 2006
  9. prof_yai July 28, 2006
  10. smartusaha July 28, 2006
  11. Badruzamani July 28, 2006
  12. sham July 28, 2006
  13. azwan July 28, 2006
  14. dzhul July 29, 2006
  15. Sipenglipurlara July 29, 2006
  16. shuth July 31, 2006
  17. mdpai August 1, 2006
  18. hadi August 9, 2006
  19. BAGAK September 22, 2006
  20. sham March 23, 2007
  21. pakdi March 23, 2007
  22. shuth March 23, 2007
  23. ayak April 3, 2007
  24. KAMAL April 22, 2007
  25. aries April 26, 2007
  26. sapphireknight April 29, 2007
  27. Hisyam June 2, 2007
  28. Mr CoOL July 7, 2007
  29. SyedHafidz November 3, 2007
  30. Samdaddycool November 5, 2007
  31. Tips Asuransi Indonesia February 23, 2008
  32. Active Blogger April 13, 2009

Leave a Reply

CommentLuv badge