Bagaimana Mempromosikan Link Affiliate?
Saya sudah mendaftar sebagai affiliate, tapi saya tidak tahu bagaimana nak mempromosikannya, boleh beri saya tunjuk ajar?
Anda boleh meletakkan link serta banner-banner yang disediakan yang terdapat di bahagian control panel. Hanya perlu copy & paste sahaja kod-kod html yang diberikan ke dalam website / weblog anda.
Tapi saya takde website? Bagaimana?
Oh!.. kalau begitu anda boleh mengiklankannya di dalam forum yang anda selalu sertai. Tetapi harus diingat, jangan sesekali membuat spam di forum tersebut. Baca terlebih dahulu peraturan yang terdapat di sesebuah forum, iklankan affiliate link di ruangan yang dibenarkan sahaja di forum tersebut, ini kerana, sesetengah forum memang menyediakan ruangan khas untuk sesiapa membuat iklan. Jika forum tersebut tidak menyediakan ruangan iklan, anda mungkin boleh meletakkan affiliate link anda sebagai signature.
Oh! Tapi saya ni takde masa & tak tahu lah nak join2 forum ni... ada cara lain tak?
Anda boleh letakkan affiliate link tersebut dibahagian signature email anda, dengan cara ini, setiap kali anda menghantar email, si penerima email akan terbaca affiliate link anda.
Oh!.. ok juga, tapi saya jarang hantar email kepada orang! Saya selalu chating je!
Jika begitu, letakkan affiliate link anda dibahagian “status” anda sewaktu anda online.
Selain daritu?
Anda juga boleh letakkan link affiliate anda di bahagian “link” di dalam yahoogroup yang anda sertai.
Oh! ada cara lain tak macam mana nak promosikan affiliate link ini?
Ada!… tulis satu artikel yang berkaitan, letakkan link affiliate anda di dalam artikel tersebut ataupun di dalam resource box. Kemudian, submit artikel tersebut ke artikel direktori seperti articlecity.com, goarticles.com tips.com.my dan sebagainya. Jika artikel anda berbahasa melayu, mungkin anda boleh menghantar artikel anda ke website-website komuniti berbahasa melayu seperti perkahwinan.com.my, kedahonline.net dan sebagainya. Pada kebiasaannya mereka ini menyediakan satu ruangan untuk menerima artikel daripada orang ramai. Namun begitu, pastikan artikel anda itu bermanfaat dan sesuai dengan sesuatu komuniti itu.
Hmm.. saya tak pandai tulis artikel la.. ada cara lain tak?
Ada… anda boleh beli ruang iklan di website-website yang popular seperti beritaharian , mawifc, cari.com.my dan mana-mana website yang anda rasakan sesuai. Kalau nak lebih advance, anda boleh mencuba program adword dari google.
Ok!.. tima kasih... tapi saya rasa, semua cara yang saudara nyatakan itu susah lah nak buat, saya takde website, takde blog, takde duit nak buat iklan, tak tahu nak tulis artikel, tak boleh chating sebab kena blok, tak pandai & takde masa untuk masuk forum dan tak ramai kawan untuk menghantar email. Jadi apa cara yang paling mudah untuk saya promote affiliate link ini dan seterusnya dapat duit?
Oh! kalau begitu.. anda kena terima hakikat… anda sememangnya tidak mempunyai bakat untuk menjadi seorang affiliate. Mungkin anda boleh cuba lagi lain kali.. maaf, anda gagal untuk ke pusingan seterusnya… NEXT!.
Hi! Nama saya Mohd Suhaimy. Saya adalah seorang Usahawan Internet & Blogger sepenuh masa. Dalam blog ini, saya berkongsikan tips mengenai Perniagaan Internet, Pengurusan Wang, Motivasi Kejayaan disamping beberapa pendapat dan pandangan peribadi mengenai topik tertentu.

Mmg best.. Soalan yg mempunyai jawapan yg padat..
Ape2pun JANGAN SPAM..
Itu slogan yg saya minat.. He he
Smga sjadikan rujukan utk yg baru..
Huhuhu.. katakan taknak pada SPAM hehehe
Hohoho! Jawapan untuk soklan terakhir itu saya tujukan kepada mereka2 yang gila wat skim piramid. Tak kisah lah online ker or offline. There is no easy money that will stay 4 you forever: “Eassy come Easy go” ! . Kalau malas takyah wat pape: xder duit. Nak duit: rajin2 la wat kerja.
Macam-macam alasan kasi tu….
betul, affiliate tu bukan mudah, kena ada beratus-ratus pengunjung yang click masuk dan mungkin hanya dapat jual satu sahaja, itupun kalao bernasib baik
Harapnya.. kepada mereka yang baru menjadi affiliate bagi apa-apa program dan baru nak belajar bagaimana nak buat duit dengan affialite nie.. dapat bukakan minda dengan lebih luas lagi dan berfikir kreatif.. Ketahuilah… SPAM BUKANNYA SATU-SATU CARA UNTUK BUAT PROMOSI!..
Buat penat jer daftar jadik affliate. tapi result yang last tu paling best…. hehehehehehe
emm sy ade sorang membe, sebijik yg mcm shuth cerita..frankly, wat sy sakit ati je, sebab die beria2 nak dapat duit dgn cepat sedangkan ilmu ttg e-biz ni satu pun die takde lg….(ops terngumpat orang plak, maaf
)
Bagus idea Shuth.. Benar.. Segala-galanya memerlukan ilmu..
Huh.. sungguh tajam perenggan yg last tu.. uhuk..
Terima kasih atas nasihat itu. Saya ahli baru mas kahwin. Secara kebetulan saya pun tengah memerlukan panduan untuk mengubah cara hidup.
MLM tidak semudah yang disangkakan .Tapi kalau difikirkan apa sahaja kalau diusahakan dgn rajin dan tak kenal putus asa pasti ALLAH berkati .InsyaALLAH AMIN……
Kalau rekemen orang beli ruang iklan ada komisyen tak?
saya rasa buku ini amat berguna pada sesipa pun .ini boleh menjana pendapatan dan berguna untuk simpanan masa depan dan terutam abagi yang nak kahwin adalah satu jalan yang baik dan saksama.
sy rasa patut mencuba edisi ni,sb sy dh pun btanya pd org yg tlh mguna buku ini…
nk guna perkhidmatan buku ni,biar betul2 berkesan di masa akan datang…
ruangan yg bagus tuk semua yg ingin mengetahui untuk menjana pendapatan bg yang hendak mendirikan rumah tangga tetapi bajet x cukup atau memang xde..bagi saya this is a good web to help people to growth your fjnance for your future…interesting..amazing…have a join with us…
sebenarnya saya ni memang tersangat jahil pasal internet. apa tidaknya tahun ni baru pasang internet kat rumah. ..dan baru tahu apa itu spam
TQ
tolong la saye.. saye blur la.. what is “spam” hehe sorry.. budak baru belajar tapi saye betul2 tgh mencube ni..
saya ahli baru maskahwin……. saya nak tau lah serba sedikit tentang mempromosikan. bagaimanakah caranya? n apakah spam….. ?
beri lah pandangan ckit……
ermm.. xde lg alasan.. hehe
baris yang paling bawah tu memang gimik betul. pandai betul buat satu citer untuk orang seperti ini.
Saya baru belajar pasal bisnes internet ni orang kata baru merangkak. tap skrag dah ok.
Amalkan promosi yang betul…
jangan dok SPAM!!
salam
mmg ramai sangat org2 yang berfikiran mcm yang kat perenggan akhir tuh…
ntah ape la nak jadi org zaman skrg nih..asik nak duit senang je…xnak ambil inisiatif langsung nak belajar IT sedikit…beli tutorial dan ebook panduan pon taknak..isk isk isk…
semoga lebih ramai usahawan malaysia bumiputera yang dpt dilahirkan melalui affiliate prog. spt ini..insya Allah.
-tudge-
bagi yang tak tahu apa itu spam mungkin bleh baca disini http://en.wikipedia.org/wiki/Spam_(electronic)
sy baru join pasalm business internet ni
tp tak taula camner cara nak promote supaya org join??
boleh bg tunjuk ajar tak??
Bila saya baca you punya idea, terbuka la sikit saya punya mind and brain. Tapi, macam mana nak letakkan affiliate link di bahagian signature email? Tolong la terangkan.
Lama dah artikel ni di tulis tapi masih releven kan .. memang ler saya ada pengalaman tak paham pun affiliate tu apa… teringat balik nak gelakpun ada. sekarangni tauler sikit222…
saya dah daftar n dah dapat sy nyer add website..tetapi camne sy nak dptkan saya punye komisen sebab sy tidak tahu camne care nak dafter akaun paypal..saya x dptmaklumat yg jelas mengenainya…pls tlg sy..sy dah promote kat kgkwan sy..rugilah sy kalo encik tidak dpt membantu sy untuk mengajar saya mendaftar kat akaun paypal ini…
TQ so much…May God Bless you…
tlg bgtau sy as soon as possible k..
Rugi kalau tak de akaun paypal. Sebab sekarang nie
banyak peluang dapat duit dengan Pay Per Click.
anda boleh dapatkan panduan paypal dari http://www.malaysiapal.com
Terima kasih.
salam….
saya suka dengan cara penyampaian saudara….
jujur dan enjoy dalam memberikan tunjuk ajar..
thanxs…
spam tu cmner?
As Salam…
Dimanakah saya dapat menulis satu aryikel di dalam internet?
Huhu, memang susah kalau x tau ape2 mcm saya ni. Macamaner nak mulakan bisnes internet ni?? Apa langkah yang pertama saya perlu buat. Tolong Shuth..
Salam.. bleh bgtaw x laman web yg offer program affliatae ni? sy dh cari, bnyk jumpe, tp xtaw yg mane paling sesuai. bleh rekemen mane2 website x? thanx
good sharing info.. sy ni dh separuh gak ilmu affiliated.. ada yg berminat nk belajar klik saya..
Terima kasih psl info ni. Berguna sangat2. Sekarang baru saya tahu, macam mana pun untuk dapat duit kita kena usaha.
hahaha, soalan yang terakhir tu saya amat setuju ngan robotys.
tak ade jalan mudah untuk dapatkan duit dalam dunia ni..
walupun semudah mana pun, tetap kena ada usaha….
“insan yang geram ngan member yang suka buka fail iklan mlm!”
saya pun sama jugak tetapi kita boleh guna blog free untuk promosikan affiliate kita.so tak jadi masalahkan.rajin-rajin kan diri sertai ruangan forum atau iklan percuma untuk buat promosi
linkniaga2u.blogspot.com
salam bro kt mne lagi boleh kita submit
artikel dlm bahasa melayu
Spam tu macam amerika turun kat afghanistan tembak babi buta tapi osama tetap kekal hidup. Faham tak?
kunci kejayaan affiliate nie adalah promosi..promosi dan promosi… ape care sekali pun..
did u have class for this course??if that so,how much u will charge if want to sit the class only for 2 weeks. i like to learn about amazon’s program,adsense,1checkout,e-bay,e-commerce,paypal,affiliate and website and blogs..will u?
nice.nasihat anda amat berguna.saya akan belajar dan buat.saya dah jumpe satu affiliate prog.saya akan cuba buat dalam 3 bulan ni.so, tahun depan tgkla hasilnya. belum cuba, belum tahu.
memang betul dan tepat…bagi sesiapa yang nak mulakan apa jua perniagaan di internet memang inilah cara yang basic untuk promosikan perniagaan anda…
kalau nak pandai senang saja ada 3 tips :
1. belajar sampai pandai
2. belajar jadi pandai
3. pandai belajar….
Bro .. kat mana ada website yg promote link affiliate byk2…
Pernah dengar affiliate ni tapi tak tahu nak mula macamana, blh tak terangkan lebih jelas..terima kasih..