Archive for July, 2006



25
Jul

Jom Tukar

Kepada yang berminat untuk bertukar-tukar link dengan blog ini, silalah letakkan link anda di bahagian “partner” yang baru je saya setup semalam.. klik link “partner” kat atas tu!

Cubalah test yer! kalau ada apa-apa masalah sila bagitau saya.. saya tak sempat lagi nak test sepenuhnya skrip tu.

Sebelum tu.. ini dia beberapa kelebihan bertukar link!
1) Jika website anda adalah website baru, ia akan memudahkan serta mempercepatkan proses search engine mengindeks website anda.

2) Kaedah yang paling murah & menjimatkan kos untuk menarik trafik ke website anda. Amat sesuai bagi mereka yg tidak mampu lagi untuk mengeluarkan duit untuk membuat PPC atau meletaki klan & banner di website orang lain.

3) Lebih banyak anda membuat pertukaran link, lebih tinggilah “branding” website anda! = lebih mudah untuk menjual & meningkatkan sales website anda.

Mungkin ada yang akan befikir.. “Eh?! buat apa nak buat link exchange ngan website orang nie? Habislah trafik aku lari ke sana nanti!”…

Oh!.. ini link exchange la.. this is the win-win situation!

Kalau ragu-ragu.. leh cuba untuk sebulan.. lepas tu perhatikan trafik ke website anda.. adakah ia akan meningkat atau berkurang?

YOSH!

Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.

24
Jul

Teknik memilih keyword

Anda nak tahu teknik apa yang seringkali dicari di internet? Anda boleh lihat di http://inventory.overture.com/d/searchinventory/suggestion/ . Taipkan perkataan “teknik”… anda pasti akan berkata… Oh!.. eeuuwww….

Saya sebenarnya sedang cuba untuk mencari kekerapan penggunaan keyword “teknik internet marketing”, ini kerana, ada sebuah laman web yang cuba meng”SEO”kan websitenya dengan keyword tersebut dan ia amat berbangga kerana websitenya menduduki tempat teratas di engine carian jika ada pengguna menaip keyword tersebut. Tetapi hakikatnya.. tiada seorang pun yang menaip keyword tersebut di search engine!.. Oh!

Saya tidak nafikan, memang ramai terperangkap dengan situasi ini.. bangga apabila websitenya mendapat nombor satu di engine carian dengan keyword “syok sendiri”nya… saya dulu pun pernah begitu.. bangga giler apabila website saya mendapat tempat pertama di search engine dengan keyword “shuth”… tetapi! hakikatnya.. mana ada orang taip perkataan “shuth” di search engine untuk mencari maklumat? Kecuali diri kita sendiri ataupun pakwe/makwe kita.. dalam setahun.. mungkinlah ada 5-6 orang yang akan menggunakan keyword tersebut. Oh! sadisnya…

Jadi, janganlah sesekali meng”SEO”kan website anda dengan nama company atau website anda, tetapi.. buatlah SEO berdasarkan keyword yang orang ramai gunakan.. macam mana nak tahu keyword apa yang orang ramai selalu gunakan? Sila semak disini.. http://inventory.overture.com/d/searchinventory/suggestion/

21
Jul

Siti Nurhaliza

Sewaktu saya sedang minum-minum petang bersama-sama rakan saya yang bernama siti nurhaliza (bukan nama sebenar) di kafeteria.. beliau bertanya kepada saya..

“Sekarang nie.. u rasa.. bisnes apa yang bagus yer? “… tanya beliau…
“Hmm… entahlah!”.. jawap saya ringkas.. saya sememangnya suka menjadi golongan yang kedua.

“Kalau boleh.. i nak jual.. apa sahaja yg orang nak.. nak prepaid? nak pen? nak keropok? nak beli kereta? nak beli bateri? nak beli baju? anak patung? skru? hammer? lampu picit? pendek kata.. kelau orang tu nak beli apa-apa jerla.. semuanya akan jumpa i .. i nak nama i disebut-sebut dan menjadi rujukan dan tempat untuk semua orang membeli barang!..”

“Oh!… kalau macam tu.. u tak boleh jadi peniaga.. u kena jadi internet!”… jawap saya secara bergurau tapi serius.

Kini.. kawan saya yang bernama siti nurhaliza (diulangi.. bukan nama sebenar) tu termenung semula.. mungkin dia sedang menilai semula tentang ideanya yang mahu menjual semua benda kepada semua orang..

Untuk menjadi peniaga yang berjaya.. tidak kiralah peniaga internet ke, peniaga pasar malam ke, peniaga kedai runcit ke atau pun peniaga jalanan.. kita perlu fokus. Kita tidak boleh menjual semua benda kepada semua orang.

Lebih-lebih lagi sebagai peniaga internet, kita perlulah fokus dan tahu target market kita. Kepada siapa kita ingin menjual produk kita? kepada orang lelaki atau perempuan?Jika lelaki.. lelaki yang macam mana? yg muda? yang tua? yang masih belajar? golongan eksekutif? mat2 moto atau mat2 kilang?…

Setelah kita dapat mengenalpasti target market kita… insyallah.. usaha kita untuk menjual produk kita akan menjadi lebih mudah.

Proses pengenalpastian target market adalah penting, ini kerana, dari situ kita akan dapat:
1- Membentuk produk kita dengan lebih baik.
Contohnya jika kita ingin membuat ebook yang target marketnya adalah untuk golongan remaja yang suka bermain game. Pastinya ebook kita itu perlulah mempunyai gambar-gambar dari watak game serta menggunakan ayat-ayat yang sempoi & trendy. Bayangkan jika ebook kita itu terlalu skema dan menggunakan ayat-ayat seperti buku teks sejarah! Pastinya ia membosankan dan tidak akan laku untuk dijual.

2- Membantu untuk menentukan dan meletakkan harga produk
Antara golongan remaja, golongan pelajar IPT serta golongan orang yang telah bekerja mempunyai keupayaan kewangan yang berbeza-beza. Oleh itu, adalah amat penting untuk kita mengenalpasti terlebih dahulu target market kita sebelum kita meletakkan harga kepada sesuatu produk. Contohnya, bagi golongan pelajar, harga ebook yg sesuai yg ingin dijual adalah antara RM5-RM20, bagi golongan pekerja.. biasanya antara RM20-RM50, manakala bagi golongan yang mempunyai bisnes sendiri.. harga RM50-RM100 masih lagi dalam kemampuan mereka. Jadi, kita perlu kenalpasti target market kita betul-betul.. barulah harga yang kita letakkan sesuai dan dapat menjual, bak kata Ken Envoy, “Make your price sell”.

Itulah 2 point penting yang dapat saya kongsikan buat masa ini… sememangnya, saya tidak gemar untuk berkongsi terlalu banyak point di dalam satu-satu post! ia akan menyebabkan anda yang membaca terlupa dan sekalligus tidak akan memberikan apa-apa kesan kepada anda yang membaca..

Oklah.. cukuplah sampai sini dulu untuk kali ini…. akhir kata!
“Don’t try to be everything for everybody.. it’s just make u look stupid”..

P/s:- Tadi saya cuba mencari di search engine, apakah keyword yang paling banyak orang cari yang berkaitan dengan siti nurhaliza, alangkah terkejutnya saya.. rupa-rupanya ramai sungguh orang yang mencari “gambar siti nurhaliza telanjang” , “skandal seks siti nurhaliza” dan “siti nurhaliza bogel” … oh!