Kita selalu mendengar orang kata…
“Kalau nak dapat ranking yang tertinggi di enjin carian, kita mesti gunakan keyword yang betul.”
“Kalau nak buat duit yang banyak dengan google adsense, kita haruslah mencari keyword yang niche”
Macam mana nak cari keyword yang sesuai?
Kita kena letakkan keyword kita dalam kita punya meta tag
dan macam-macam lagi… tetapi, persoalannya.. apa itu keyword? Baiklah, pada kali ini, saya akan ceritakan serba sedikit tentang, apa itu keyword. Perkara ini sememangnya agak basic.. hanya sesuai untuk bacaan newbie.. kalau anda sudah handal tentang SEO.. mungkin anda boleh berhenti membaca dan berlalu ke website yang lain.
Baiklah…apa itu keyword sebenarnya dan apa yang bestnya tentang keyword ini? Sebelum ini, saya ada menceritakan tentang kepentingan anda membuat SEO di dalam website anda, bagi yang tertingal.. mungkin boleh baca post tersebut disini..”Kepentingan SEO“.
Untuk mendapatkan ranking yang tinggi dalam search engine, kita perlulah membuat SEO pada website kita.. salah satu langkah membuat SEO ialah dengan menggunakan keyword yang sesuai pada website kita.
Apa yang dimaksudkan dengan keyword yang sesuai? Keyword yang sesuai ialah keyword yang selalu digunakan oleh orang ramai atau pelanggan kita.
Contohnya, keyword “perniagaan internet” lebih banyak digunakan daripada “online bisnes”. Oleh itu, adalah penting untuk kita mengetahui serta menggunakan keyword yang digunakan oleh pelanggan kita.
#1: Ini adalah contoh jika anda menggunakan keyword yang berlainan dengan pelanggan anda. Tidak ada orang akan menjumpai website anda. Ini kerana, keyword yang digunakan oleh orang ramai di dalam enjin carian tidak sama dengan keyword yang anda gunakan di dalam website anda.

#2: Ini adalh contoh kebanyakkan website, dimana, mereka secara tidak sengaja dan biasanya tidak merancang untuk menggunakan sesuatu keyword tersebut.

#3: Ini pula adalah website yang merancang dan tahu apa keyword yang pelanggan/orang ramai gunakan untuk mencari maklumat di dalm internet. Ia mendapat trafik yang lebih banyak.

Nah! nampak kan perbezaannya? Kini anda tahu.. mengapa SEO itu penting & mengapa mencari keyword yang betul juga penting! Insyallah saya akan kongsikan tips SEO yg lain pada masa akan datang. YOSH!
Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.








Latest Comments
ijamidayu, Safuan a.k.a Sipenglipurlara, shuth, zyan, Labanon [...]
SyedHafidz, drInspirasi, Bisnes Internet, nal, Abang Di [...]
teruje, shafiq, dannyz, Tips Asuransi Indonesia, irisha [...]
samdaddycool, mazuki, Richie, zool, Richie [...]
GADIS SEKSI, mustahing, zool, Saharman, alongovtx [...]