Berapa nilai masa & usaha anda?
Baru-baru ini ada seorang rakan saya menelefon saya.
“Shuth! ko tiap2 bulan beli prepaid handphone berapa ringgit?”.. tanya beliau
“Er. kadang2 RM60.. kadang2 RM30, kenapa?” ujar saya..
“Oh! takde apa.. lain kali kalau ko nak beli prepaid.. ko belilah ngan aku yer.. aku skang jual prepaid.. kalau yang 30 punya.. harga dia RM29 je.. kalau ko nak beli nanti.. boleh transfer je pakai maybank2u ke.. bank-in ke?”.. terang beliau..
“Oh!.. dah jual prepaid yer skang.. berapa untung kalau jual RM30 tu..?” tanya saya pula..
“Oh! adalah 10-30 sen…” jelas beliau dengan bersemangat..
“Oh.. Ok! Tengoklah nanti.”.. jawap saya pendek.. saya kira jawapan yang sesuai bagi diri saya yg sememangnya selalu suka menjadi golongan yang kedua.
Setelah tamat perbualan telefon.. saya tekenangkan nasib kawan saya tu. Setiap kali dia menelefon saya, pasti dia akan mempromosikan sesuatu produk… dulu, dia sibuk jual baju “corset”.. ala.. baju yang untuk langsingkan badan tu. Lepastu jual cecair ajaib. Lepastu jual serbuk pencuci usus. Lepastu jual minyak urut. Lepastu jadi agen jual kereta sekejap. Lepastu dengar kata buat MLM e-dagang pula… dan yang terbaru.. jual prepaid pula!.
Oh!… begitulah nasib dia. Tidak mempunyai matlamat serta fokus yang tetap. Sentiasa berubah-ubah.. dan saya percaya.. dia berubah disebabkan pengaruh “DUIT”. Asal dengar sahaja….
“SERTAILAH KAMI, ANDA AKAN MENJADI JUTAWAN!”
“BOLEH BUAT DUIT DALAM MASA YANG SINGKAT”
“BUAT DUIT TANPA PERLU TAJA ORANG”
“INI ADALAH PERNIAGAAN E-DAGANG!, PERNIAGAAN ALAF BARU!”
“KECAPI KEBEBASAN KEWANGAN”
“LIHATLAH PENDAPATAN SAYA! SETIAP BULAN DAYA DAPAT RM20 ribu”
“SAYA BARU BUAT 3 BULAN, TAPI DAH DAPAT RM8 ribu SEBULAN!”
“SAYA TAK BUAT APA-APA PUN, TAPI DUIT MASUK TIAP-TIAP HARI!”
kadang-kala saya sedih juga melihat keadaan dia, asyik bertukar-tukar . Saya pernah juga memberikan dia nasihat tentang perniagaan yang sebenar.. dah beri dia pinjam buku Azizi Ali dan Irfan Khairi untuk dia baca. Kadang-kadang saya hairan juga, nak kata dia tak baca.. dia dah baca buku tu sampai habis. Tapi.. bila melihatkan pada tindakannya.. seolah-olah dia tidak mempelajari apa-apa pun dari buku tersebut.
Hmm.. saya tak tahu mengapa? Adakah dia sudah terlupa tentang apa yang dia baca. (Inilah akibatnya jika hanya suka meminjam buku.. )
atau.. dia sememangnya tidak belajar apa-apa dari pembacaannya. (Sesetengah orang memang tidak mahu atau agak lembap untuk mempelajari sesuatu di dalam hidupnya.)
Berbalik kepada perniagaan prepaid yang diceburinya.. dengan keuntungan 10-30 sen.. saya tak pasti berapa lama dia boleh bertahan. Saya tidak mahu menghalang dia dari melakukan peniagaan tersebut sebab saya sememangnya tidak suka menjadi golongan pemusnah impian orang lain. Manalah tahu, mungkin dia akan berjaya dengan perniagan tersebut. Siapa tahu?
Tapi bagi diri saya.. saya memang tidak berminat untuk melakukan perniagaan yang terlalu kecil keuntungannya, atau pun dengan kata lain.. keuntungan yang tidak sepadan dengan usaha yang dilakukan serta masa yang digunakan.
Apa-apa pun, perkataan “sepadan dengan usaha” ini adalah sesuatu yang subjektif, ia berbeza bagi setiap individu. Ada orang.. selesa menggunakan masa beliau selama sejam untuk mendapatkan hasil sebanyak RM1. Ada orang, lebih suka membuat kerja selama sejam untuk mendapatkan hasil RM100… semuanya terpulang kepada individu. Sejauh mana mereka bijak menggunakan akal, masa serta usaha mereka.
Jadi.. mari fikir-fikirkan.. berapa pula nilai usaha & masa kita?
Hi! Nama saya Mohd Suhaimy. Saya adalah seorang Usahawan Internet & Blogger sepenuh masa. Dalam blog ini, saya berkongsikan tips mengenai Perniagaan Internet, Pengurusan Wang, Motivasi Kejayaan disamping beberapa pendapat dan pandangan peribadi mengenai topik tertentu.

nilai sehari = gaji sebulan / 22 hari bekerja. hehehe..
tu nilai org yg bekerja la… kalo bisnes kira lain plak.
setiap saat kena fikir ganda2.. camne bleh multiply the result.
hari ni buat satu mende make sure mende tu bleh dtg income sampai bertahun2 atau berterusan. kalao nak trade hour with dollar pun, make sure betul2 berbaloi every minutes spent
kalo MLM ni concetrate more on downline building instead of just selling
p/s: dah lama tinggal MLM, skill dah merosot.. hehe
pada saya nilai masa dan usaha bergantung pada apa yg kita target utk usaha dan masa yg dilaburkan..Kadang2 buat benda yg kita suka, menghabiskan masa begitu lama utk capai target..kita tetap berpuas hati ..berlandaskan usaha yg kita curahkan utk capai target tu..kita akan tahu sama ada berbaloi atau tidak
Ya, saya ada baca pasal pendapatan linear dan pasif kat http://www.sydinar.blogspot.com . Kerja makan gaji ni rupanya tahap kategori pendapatan yang paling tak selamat
Ya…. kebanyakkan kita memang mahu cepat kaya tanpa mahu buat kerja..
Hi hi sebagai seorang yang meyertai perniagaan ini saya tak ambik hati mungkin ada kebenaran jugak dalam kata kata shuth ni tapi saya ada 9 months to go……
Tapi ada kalanya kita perlu faham. Bukan semua orang ada pilihan dan berhak untuk memilih sumber rezeki yg lumayan sahaja untuk dikejar. seposen dua adalah besar jumlahnya pada yang tahu menghargainya
Yer.. sebab itulah kat perenggan akhir tu saya sebut..
Ya, mmg betul tu.. sya nampak.. hehe.. mmg isu ni terlalu subjektif, tak ada satu jawapan khusus untuknya…
Saya juga menjual prepaid di tempat saya. Walaupun keuntungan tak banyak mana, saya puas hati kerana nak ‘tolong’ jiran dan kawan-kawan abang ipar saya kat Sabah yang agak susah nak dapat prepaid. Tapi, saya sertai Plan Rakyat ni sebab plan ia yang mampu menjimatkan kos prepaid dalam setahun selain faedah lain. Dalam ebiz ni memang kadang-kadang kena SMS/telefon melayan permintaan/kerenah pelanggan walaupun kadang-kadang ‘letih’ tetapi kena buat juga demi menjaga hati pelanggan dan meningkatkan reputasi/kreabiliti kita di hati pelanggan.
Kuasa fokus? Ya, saya setuju. Kita sememnagnya kena fokus sesuatu pada sesuatu masa. Tapi, kadang-kadang ada pelanggan yang tak minat/tak perlu barangan itu, jadi kita kena beri pilihan produk kepada pelanggan.
Saya pernah baca buka ‘Mengali Telaga Emas’. Antara kandungan yang menarik minta saya ialah “Jika satu paip emas usah mengalirkan air emas, bukalah paip emas yang lain pula” (bahasa kiasan)
p/s – Keep up your good work
shuth,
macam mana nak tahu nilai masa dan usaha kita??
oo.. senang je…
kalau anda makan gaji…
gaji sebulan anda… bagi dengan 30 hari..
so anda boleh tahu.. berapa nilai anda sehari?
kalau anda berniaga…
kira.. berapa RM anda dapat dalam sehari secara purata…
itulah nilai anda..
itu kiraan nilai dalam sehari…
kalau nak lagi terperinci..
bagi nilai sheari tadi.. dengan 24 jam..
so.. dapat nilai anda dalam masa 1 jam…
jadi.. kat sini anda boleh nilai dan ukur sendiri serta tetapkam standard anda…
berapakah anda nak diri anda generate duit dalam masa sejam?..
adakah anda ingin generete RM100 sejam?
atau anda hanya suka buat kerja yang dibayar RM5 sejam?…
adakah anda suka menghabiskan masa membuat sesuatu dan dibayar RM100 dalam masa sejam..
atau anda suka membuat sesuatu yang mengambil masa sehingga sejam dan mendapat hasil /upah hanya sebanyak Rm3- Rm5?
terima kasih
maknanya, kita boleh tentukan harga dan usaha kita
katalah kita nak jual murah , kita boleh boleh tentukan banyak mana usaha kita n kreativiti kita supaya barang itu sejajar dengan harga jualan kita ?
kalu nak jual mahal pula, kita boleh menambah usaha, dan kretiviti kita dari produk yang kita cipta dahulu?
begitu ker shuth.
sudah lama niat saya nak berniaga tertangguh gara2 tak tahu meletakkan harga, nak menjual pun takut