04
Aug
06

Menerima Kritikan

Satu perkara menarik yang saya perolehi sewaktu menghadiri bengkel Azizi Ali pada minggu lepas. Dalam bengkel itu, Azizi Ali ada menerangkan serba sedikit tentang kehidupan seorang penulis. Salah satu perkara yang pasti akan dilalui oleh seorang penulis ialah.. “menerima kritikan”.

Apabia kita sedang berusaha untuk menempah kejayaan, malahan, setelah kita berjaya pun, akan ada pihak yang akan mengkritik dan memberikan komen-komen yang negatif, sama ada kepada produk kita.. atau pun kepada diri kita. Jadi, apa yang beliau sarankan.. “abaikan kritikan-kritian yang berbaur negatif”.. tidak kiralah sama ada ia datang dari orang yang tidak dikenali, atau rakan anda, atau pun dari kalangan keluarga anda sendiri. Hanya perlu abaikan! Jauhkan diri anda dari mereka.. ini kerana, mereka-mereka ini hanya akan menurunkan dan menjatuhkan semangat anda sahaja. Jadi!.. sekali lagi nasihat saya.. (err.. juga nasihat azizi ali) ABAIKAN MEREKA!… Buatlah apa yang anda ingin buat! buktkan kepada mereka anda boleh berjaya. Disamping itu, bergaul lah dengan mereka-mereka yang menyokong anda yang seterusnya akan menaikkan lagi semangat anda utuk berjaya ke atas apa yang anda lakukan.

Tetapi.. kena ingat juga.. kalau 9 daripada 10 orang yang menegur atau mengkritik anda, memberikan kritikan yang negatif. Mungkin anda perlu dengar kata mereka, mungkin anda perlu menilai semula apa yang anda lakukan. Mungkin anda telah terbuat sesuatu yang sangat2 tidak betul seperti “skim piramid” ataupun “skim cepat kaya” tanpa anda sedari.

Jadi… sentiasalah bermuhasabah diri.

Share and Enjoy:
  • YahooMyWeb
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • description
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists

Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.


9 Responses to “Menerima Kritikan”


  1. 1 tazamfn Aug 4th, 2006 at 2:11 am

    Yezza tip ini yang sedang saya cari…..

  2. 2 Labanon Aug 4th, 2006 at 4:15 am

    Ya… untuk terus maju kita perlu menerima kritikan.. kesimpulanya kritikan merupakan kawan untuk berjaya

  3. 3 Noorizam Shah Aug 4th, 2006 at 7:34 am

    Yang ini saya sokong sekali… dalam minggu nih saya mendapat sms ugutan dari seorang penulis e-book di internet ini.

    Pada hari selasa lalu saya membeli e-book bertajuk “Rahsia Menjadi Jutawan Selepas 7 Hari”.

    Selepas mendapat buku ini saya mendapati isi kandungan terlalu aneh.. tiada perkara yang ingin disampaikan bagaimana hendak menjadi jutawan. hehehe..

    Tiada langsung 2 kaedah yang digemburkan oleh penulis ini seperti apa yang tertera di lamanweb nya..

    Pada saya, memang tidak dinafikan menulis E-Book boleh mendatangkan pendapatan yang hebat. Tetapi jika penulis terlalu mengambil ringan isi kandungan dan cara penyampaian, ia boleh merosakkan masa depan E-Book Malaysia. (sila rujuk ulasan saya http://pelamin.net/blog/?p=52

    Jika untuk kebaikan pada saya tidak salah mengkritik. Ini supaya penulis e-book mengambil berat pandangan mereka diluar sana.

    Akan tetapi kalau kritik “membuta tuli” yang ini kita patut hindarkan…

  4. 4 smartusaha Aug 4th, 2006 at 2:06 pm

    Orang yg suka meng-ugut orang ni bagi saya dia seolah tak percaya pada Tuhan. Orang yang takut pada Tuhan, dia tak main ugut-ugut ni.

    Ya, kita berhak mengkritik selagi kritikan kita membina, so sebagai seorang penulis, tak kisahlah penulis blog, ebook atau buku, terima je lah kritikan. Itu untuk kejayaan kita juga. Kalau orang kritik, ubah jer lah apa yg kurang. Ni tak, sikit2 ugut. Tak abis2.

  5. 5 phupang Aug 5th, 2006 at 1:58 pm

    Saya tidak beli buku “rahsia menjadi jutawan selepas 7 hari” sebab saya sudah banyak berpengalaman beli buku yang “tidak berkualiti” antara ciri-cirinya adalah
    1. tidak menunjukkan apa yang mahu diajar, tidak menunjukkan topik bab-bab dalam buku
    2. membuat guarantee yang tidak logic seperti “kamu akan jadi jutawan”, kalao begitu mudah, tiada orang yang mahu bekerja lagi

  6. 6 Aminah Aug 5th, 2006 at 2:04 pm

    KLpictures.com punya sales letter bersifat scam dan banyak benda-benda yang tidak logic seperti kereta percuma jika beli buku tu…..menyampah

  7. 7 roshaizulnizam Aug 6th, 2006 at 5:38 am

    “abaikan kritikan-kritian yang berbaur negatif”

    aku dah baca 2 buku azizi ali dan mengamalkan sebahagian darinya. tapi, memang banyak orang kritik aku apabila aku buat apa yang di cadangkan azizi ali.

    contohnya, bab beli kereta. aku baru kerja dan membeli kereta iswara 1.3 tahun 1996 yang harganya rm9k. ramai membe2 aku kutuk aku habis2an. kereta buruklah, kereta orang miskinlah dan macam2 lagi. aku pekakkan telinga je.

    pastu aku gi menabung kat tabung haji. diorang cakap ngan aku ngan nada perli…”dah nak gi haji ke?”

  8. 8 mftwck69 Aug 7th, 2006 at 10:42 pm

    Huhu.. mulat manusia mmg x boleh ditutup saudara roshaizulnizam.. kalau mulut tempayan boleh le kita tutup dgn penutup tempayan… :)

  9. 9 Noorizam Shah Aug 9th, 2006 at 12:55 am

    setuju dengan semua komen. Lebih-lebih lagi kalau ada yang berlagak pandai.. tak nak bercampur dengan orang seperti kita ini. Lebih menyedihkan, mereka yang “berlagak jutawan” tidak bersedia berkongsi ilmu dengan mereka yang masih samar-samar diluar.

    Walaupun saya menerima ugutan bertalu-talu (kononnya mereka lebih berkuasa dari undang-undang), saya tetap dengan pendirian saya, jika saya rasa ada kekurangan, saya pasti akan mengkritik. Tujuannya supaya kita masing-masing musahabah dimana letaknya kita. Apakah cara kita untuk membantu anak bangsa.

    Jika anda semua ingin melihat masa depan perniagaan internet kita terus segar dan diterima baik oleh masyarakat malaysia. Marilah kita perbanyakkan topik mengenai SCAM ini di mana-mana sahaja. *

    *p.s: ini adalah cadangan sahaja.. :)

Leave a Reply