Perniagaan Internet = Pendapatan Pasif?
August 8th, 2006, by shuth

Perniagaan Internet = Pendapatan Pasif?

Saya tahu.. ramai dikalangan pembaca blog ini dah tahu. Apa itu pendapatan pasif. Bagi yang belum tahu… pendapatan pasif ini adalah merupakan pendapatan yang kita perolehi secara berterusan, hasil daripada kita melakukan sesuatu perkara itu sekali sahaja.

Contoh mudah…

Penyanyi, mereka merakamkan album sekali sahaja, kemudian, setiap kali album tersebut terjual, mereka akan dapat wang royalti.

Penulis, mereka menulis buku sekali sahaja, kemudian, setiap kali buku mereka terjual, mereka akan mendapat wang royalti.

Tuan rumah, mereka ini melakukan urusan pembelian rumah dan mencari penyewa sekali sahaja, kemudian,setiap bulan mereka akan mendapat wang sewa dari penyewa.

Pemilik Mesin Jual Air (watershop), mereka ini beli mesin air tu sekali je, lepastu setiap minggu mereka akan datang dan ambil duit dari mesin tersebut.

Pemilik Telefon Awam, sama seperti mesin pemilik air. Setiap minggu mereka akan bawa guni untuk mengambil wang syiling yang terdapat di dalam telefon tersebut.

Itulah antara beberapa contoh pendapatan pasif yang terdapat di dunia nyata. Untuk menjadi kaya, kita mestilah mempunyai pendapatan pasif. Iaitu, suatu sumber pendapatan yang mampu memberikan kita wang secara berterusan tanpa perlu kita meluangkan masa & usaha yang terlalu banyak pada perkara tersebut.

Bagaimana pula dengan perniagaan internet? Adakah ia merupakan pendapatan pasif?
Ya dan Tidak!

Ya!.. jika perniagaan anda tidak memerlukan anda berada di depan komputer sepanjang masa atau setiap hari. Perniagaan internet akan menjadi pendapatan pasif jika anda boleh meninggalkannya selama seminggu dan pergi bercuti, dan dalam masa yang sama, wang terus mengalir masuk ke dalam akaun bank anda. Contoh perniagaan internet yang boleh memberikan pendapatan pasif adalah seperti, minisite yang menjual ebook. Dengan syarat, semua proses telah diautomatekan, iaitu, semua urusan dari segi penerimaan order, penerimaan & pengesahan bayaran, hinggalah ke penghantaran produk kepada pelanggan. Jika semua proses itu dapat anda “automate” kan.. maka, ya! perniagaan internet anda adalah merupakan pendapatan pasif.

Tetapi, jika perniagaan internet anda memerlukan anda menghadap komputer setiap hari, dimana anda perlu menyemak order, mengesahkan penerimaan bayaran, dan menghantar produk anda kepada pelanggan secara manual (sayalah tu!). Maka, perniagaan internet anda belum lah boleh dianggap sebagai suatu pendapatan pasif. (oh!)

Kesimpulannya, marilah kita sama-sama meng”automate”kan perniagaan internet kita! YOSH!!

P/s: Suatu cara yang paling mudah untuk mendapatkan pendapatan pasif di internet adalah dengan meletakkan google adsense ke dalam website anda.

Buzz it!
Share and Enjoy:
  • email
  • Google Bookmarks
  • Facebook
  • MySpace
  • TwitThis
  • YahooMyWeb
  • digg
  • del.icio.us
  • Technorati
  • StumbleUpon
  • blinkbits
  • BlinkList
  • Fark
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • Spurl

14 comments Subscribe Comments

  1. saya sokong p/s shuth tu, adsense mmg sesuai utk dijadikan sebagai pendapatan pasif kita..tp lebih elok kalau ada sumer lain yg betul2 terjamin, jual ebook mcm shuth ni ke etc..

  2. Yup.. adsense boleh dijadikan sampingan untuk pendapatan pasif.
    Akan tetapi, kita boleh memikirkan perniagaan yang memberikan pendapatan yang serupa..

    Perniagaan yang bercirikan “automate”.

    E-Book adalah salah satu idea.. Sebenarnya lebih 100 idea kita boleh pikirkan.. cuma pilih mengikut apa yang anda minat. Jangan terlalu ikut pasaran..

    Walaupun pasaran tinggi, tapi anda tidak minat dan tidak ada pengetahuan mengenai perniagaan yang ingin anda jalankan,, serupa anda mencari jalan untuk gagal..

    :)

    p.s: Pendapat jer nih… ;)

  3. Pendapatan pasif menjamin pendapatan berterusan…

  4. saya rasa mcm yg alang buat pun kira pendapatan pasif juga…
    spt buat directory…

  5. Ya! betul tu norizam, sebenarnya banyak lagi benda kita boleh buat di internet ini sebagai pendapatan pasif.

    Satu lagi contoh mudah ialah kita buat ebook percuma.. dan dalam ebook tu kita letak link affiliate produk. Kemudian sebarkan ebook tersebut. Kemudian tunggu hasilnya. :)

  6. norizam said:

    Perniagaan yang bercirikan “automate”.

    E-Book adalah salah satu idea.. Sebenarnya lebih 100 idea kita boleh pikirkan.. cuma pilih mengikut apa yang anda minat. Jangan terlalu ikut pasaran..

    barang2 digital lah yang sangat sesuai. Tapi setakat ini barang digital yang hot adalah ebook dan software jer. dua2 need resource to develop. Kalau tanak develop sendiri, beli jer master resell rights. Setel

    nak tanya: kalau kita beli master resell rights, kita leh ubah ker content dia? Or itu adalah private label rights?

  7. robotys >> setakat yang saya tahu, kita tak boleh tukar content/isi ebook tu sebab kita ada master resell right je (hak jualan semula), bukan hak untuk mengubah isi kandungan ebook tu. Kalau sales letter yang nak diubah bolehlah ;-)

    shuth >> kalau nak automatekan jualan ebook, kena guna pembayaran melalui kad kredit je kan. Kalau bayar melalui cash (maksud saya, cash bank-in atau transfer fund), tak boleh nak automate, betul tak?

  8. yer.. betul tu riggithit. kalau nak automatekan jualan ebook, kita kena gunakan payment method seperti paypal, kad kredit ataupun egold.

    kalau guna cash.. atau maybank2u.. jawapnya.. kenalah duduk depan komputerlah hari2.. memang susah lah kalau nak gi bercuti ke honeymoon ke…

    tapi apa nak buat.. kat malaysia nie org lebih suka guna maybank2u dari kad kredit.. jadi.. kepada peniaga internet yg play local market.. memang kena tunggu depan komputer la jawapnya hari-hari.

    Lainlah… kalau ada pekerja… boleh pass kat pekerja semua kerja rutin:) (Hmm.. saya kena pertimbangkan cadangan untuk ambil pekerja la nampaknya lepas nie..!)

  9. p.s: boleh aje pertimbangkan saya ;)

    saya setuju dengan shuth mengenai local market. Kita tak dapat automate sepenuhnya kerana menggunakan maybank2u kecuali transfer yang dihasilkan lebih dari 50K sebulan (kalau tak silap la).

    hurm..tercari-cari idea bisnes yang boleh mendatangkan pendapatan pasif

  10. Cerita pasal pendapatan pasif ni..bila kita benar2 akan dapat yer..harap-harap bila tknologi makin berkembang makin ramai akan dapat pendapatan pasif ni

  11. huhu -_-” pendapatan berterusan huhu kerja pun mesti berterusan jgn hangat2 tahi ayam..

  12. saya biasa menggunakan maybank2u untuk menghantar duit, terima duit jarang2. ada tak mekanisma dari maybank2u untuk begitau ada duit masuk dalam akaun seperti produk baru mereka M2U terus kepada mobile phone?

    kalau transfer duit maybank2u terus akan hantar sms (kadang2 lewat juga)

    saya paste sikit tentang m2u
    Services available:
    • Account Enquiry - savings and current accounts, credit cards
    • Funds Transfer - own accounts, favourite 3rd party and Interbank accounts
    • Bill Payment - pay over 500 bills and make future payments
    • Utilities

    tak banyak servis…tapi cukuplah buat pemulaan

  13. Blog menarik. Minat Yang sama dengan saya
    jika tak keberatan visit my blog

  14. kalau subscribe 3G bleh la cek email setiap hari guna henfon. payment m2u dah masuk pun kita bleh tahu, takde lah nak kena bukak pc. saya guna gmail jer…rasa macam memudahkan….hehehe


Add your comment