16
Aug
06

Petua Simpan Duit Banyak-Banyak

Saya pasti ramai yang sudah tahu dan pernah mendengar nasihat tentang pengurusan kewangan yang berbunyi..

Simpanlah sekurang-kurangnya 10% wang gaji anda

Bermakna.. jika gaji anda sebulan RM2,000.. anda perlu simpan RM200 sebulan
Jika gaji anda RM3,000 sebulan.. anda perlu simpan RM300 sebulan..

Dalam masa setahun, anda akan mempunyai simpanan sebanyak RM200 X 12bulan = RM2,400

RM2,400 ? Oh.. nampaknya impian anda untuk menjadi jutawan masih jauh lagi..
Jika anda masih meneruskan simpanan bulanan anda sebanyak RM200 sebulan.. berapa lamakah masa yang diperlukan untuk anda menjadi jutawan?

Jawapannya…. 400 Tahun!
Hah? Nampaknya.. dunia telah kiamat pun anda masih belum lagi jadi jutawan.. Oh!

Sebenarnya, nasihat menyimpan 10% daripada wang gaji kita itu sememangnya suatu nasihat yang baik. Tetapi, bagi saya, jika anda dapat menyimpan lebih dari 10%…. maka, itu adalah lebih lebih lebih baik lagi!

Persoalannya? Macam mana nak simpan lebih dari 10%?
“Saya tak boleh… kalau simpan lebih 10%.. nanti, makan pasirlah saya jawapnya.” ujar anda..

Jangan cepat berfikiran negatif… fikirkan perkara yang positif!
Sebenarnya, ada satu rahsia yang membolehkan kita menyimpan wang gaji kita lebih dari 10%. Jadi.. saya ingin kongsikan ia bersama anda, ini adalah rahsia peribadi saya… saya telah menguji dan menggunakannya pada diri saya sendiri, dan ikhlas saya katakan.. dengan rahsia ini.. saya mampu menyimpan wang sebanyak 200% daripada wang gaji saya setiap bulan! (Diulangi… wang gaji yer.. bukan wang pendapatan.. ho! ho! ho! Bermaksud… JIKA gaji saya RM100 sebulan.. maka, saya mampu menyimpan RM200 sebulan..)

Anda nak tahu apakah Rahsia itu?
Baiklah.. saya beritahu anda rahsia yang bernilai RM497 ini secara percuma. Khas untuk pembaca-pembaca blog ini.

Rahsianya ialah.. .. “Keghairahan”… ho! ho! ho!… ataupun dalam bahasa omputihnya.. “Passion”

Oh! jangan salah sangka.. ini bukan ghairah seks.. ini ghairah lain.
(Kenapa yer?.. setiap kali sebut perkataan ghairah.. mesti orang akan ingat seks.)

Keghairahan yang saya maksudkan disini ialah keghairahan anda untuk mencapai cita-cita anda!.. Iaitu, suatu cita-cita yang memerlukan anda memiliki duit yang banyak untuk mencapainya.

Contohnya…..
Keghairahan untuk menjadi jutawan…
Keghairahan untuk memiliki kereta mewah..
Keghairahan untuk memiliki rumah banglo yang besar dan indah..
ataupun.. keghairahan untuk memiliki isteri 4.. ho! ho! ho!

Semua keghairahan ini memerlukan anda mempunyai duit yang banyak. tanpa duit yang banyak.. agak sukar untuk anda memenuhi keghairahan tersebut. Jadi.. jadikanlah keghairahan tersebut sebagai motivasi anda untuk menyimpan duit dengan banyak.

Anda masih tidak percaya bahawa keghairahan boleh membuatkan anda menyimpan duit dengan banyak?..

Baiklah! Mari kita imbas kembali zaman kanak-kanak anda? Sewaktu anda kanak-kanak dahulu, setiap hari, anda akan diberi wang poket oleh ibu atau bapa anda untuk belanja persekolahan anda. Kalau anda tidak ingat.. tidak mengapalah… tetapi saya masih ingat.

Sewaktu saya bersekolah rendah dulu, bapa saya akan memberikan saya wang poket sebanyak 30sen sehari. Ya, 30sen sahaja sehari, saya sememangnya bukanlah daripada golongan orang-orang yang berada. Bapa saya hanya bekerja di kampung dan saya dibesarkan sebagai seorang budak kampung. Dengan wang 30sen itu, saya akan membeli sepinggan mee goreng yang berharga 20sen dan segelas air yang berharga 10sen. Begitulah setiap hari, wang belanja yang diberi pasti akan dihabiskan dengan membeli mee goreng dan juga segelas air diwaktu rehat.

Sehinggalah, pada suatu hari, sewaktu sedang berjalan pulang dari sekolah, tapak kasut sekolah saya tercabut dibahagian depannya. Kasut itu memang sudah agak buruk. Sudah 2 tahun saya memakai kasut tersebut.. jadi memang tunggu masa sahajalah untuk ia menjadi arwah.

Sampai dirumah, saya memberitahu ibu tentang kasut tersebut. Tapi ibu kata, “Alaa.. boleh pakai lagi nie.. tampal je dulu dengan gam gajah!.”…Tanpa Banyak soal.. saya pun ambil gam gajah serta getah gred untuk melekatkan semula hujung kasut tersebut dan mengikatnya.

Selepas itu, disekolah, sewaktu rehat, saya tidak lagi bermain bola atau pergi berjalan-jalan keluar kelas atau ke kantin. Saya hanya akan duduk di dalam kelas dan buat-buat sibuk membaca buku cerita. Saya tak nak banyak bergerak sebab saya takut kasut saya akan terkoyak lagi. Jadi, saya hanya duduk diam-diam didalam kelas dan makan “jemput-jemput” yang dibuat oleh ibu. Duit sekolah yang diberi oleh ayah, saya simpan.. nak buat beli kasut baru. Jika sebelum ini saya agak malas dan segan membawa bekalan makanan ke sekolah, tetapi, pada waktu itu saya dah tak kisah. Saya akan bawa bekal makanan setiap hari dan duit yang ada pula saya akan simpan untuk membeli kasut baru… sememangnya masa itu saya dah tak pikir tentang malu, segan atau sebagainya.. apa yang saya tahu.. saya kena simpan duit untuk beli kasut baru.

Mungkin kisah saya agak berlainan sedikit dengan kisah hidup anda… tetapi.. saya pasti setiap anda pernah mengalaminya. Sewaktu kecil dulu, apabila anda teringinkan sesuatu.. tak kiralah.. basikal baru ke?, beg sekolah baru ke?, mainan baru ke? jajan baru ke? atau pun nak beli mercun sewaktu hari raya… anda akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menyimpan duit sekolah anda. Sanggup tak makan atau tidak membeli makanan ringan semata-mata nak simpan duit untuk beli barangan yang anda idamkan. (Jika anda anak orang kaya dan selalu dapat apa sahaja yang anda hajati…. mungkin anda tidak mempunyai pengalaman sebegini!.. jadi, bersyukurlah bagi mereka yang tidak dilahirkan di dalam keluarga yg kaya-raya. Setiap yang berlaku itu ada hikmahnya.)

Bagaimana?.. masihkah anda ingat kisah-kisah zaman silam anda sewaktu di zaman persekolahan dulu?.. Penuh dengan keghairahan bukan? Begitulah juga pada waktu ini… jadikan keghairahan anda untuk memiliki sesuatu itu sebagai motivasi anda… dengan keghairahan tersebut.. saya pasti.. setiap dari kita akan mampu meningkatkan peratus wang simpanan kita setiap bulan!

Jadi… carilah dan wujudkanlah suatu keghairahan di dalam hidup anda!

P/s:- Kepada yang sudah berkahwin.. mungkin anda boleh mengimbas kembali kenangan anda sewaktu anda ingin “mencari duit kahwin”. Anda sungguh ghairah bukan waktu itu? Keghairahan seperti itulah yang diperlukan.. jika dulu keghairahan anda untuk adalah untuk berkahwin.. kini, gunakan keghairahan yang sama, untuk menjadi jutawan pula.. ;)

Share and Enjoy:
  • YahooMyWeb
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • description
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists

Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.


29 Responses to “Petua Simpan Duit Banyak-Banyak”


  1. 1 matzfain Aug 16th, 2006 at 6:15 am

    Kalau smpan 10% nampaknya kena tggu 400 taun..
    Hidup lagi ke kita ni? he he

    Sbnarnya motivasi yg terbaik utk kita smpan duit ialah fikirkan impian yg besar utk masa dpn kita..
    Cthnya mcm Kumpul Duit Nak Kawin, Kumpul Duit Nak Kawin Lagi (Gurau Je.. he he), Kumpul duit Nak Hantar Mak Ayah pg Haji dan sebagainya..
    Bila kita pikir mcm ni mgkin 70% gaji pun kita sanggup simpan..

    He he.. Fikirkanlah dan Renungkanlah

  2. 2 shuth Aug 16th, 2006 at 6:49 am

    Ya.. itulah point saya.. tapi saya lebih suka guna perkataan “keghairahan”.. sebab kalau kata “pikir”.. ia cuma pikir sahaja.. tiada tindakan.. ia kurang umph.. sebab itu saya suka guna perkataan “ghairah”

    matlamat + impian + keinginan yang meluap-luap + semangat yang membara2 = ghairah

    ho! ho! ho!..

  3. 3 edgar Aug 16th, 2006 at 7:06 am

    Kalau nak simpan 10% ini cara2nya:

    Simpan dalam Amanah Saham Wawasan 2020. Setelah simpanan mencecah sekurang-kurangnya RM140 buat pengeluaran sebanyak 4 kali berturut-turut RM10 setiap kali. Baki minima ASW ialah RM100. Selepas itu simpan balik RM40 tadi dan teruskan simpanan anda. Anda tidak akan dapat mengeluarkan duit anda untuk kali ke-5. Dengan cara ini simpanan anda pasti selamat. Lakukan ini setiap awal tahun.

    Gunakan cara potong gaji untuk memastikan disiplin anda menyimpan.

    Untuk duit kecemasan, jangan simpan di ASW tapi simpanlah di ASB sebab jika berlaku kecemasan (seperti kemalangan atau atap bocor) ianya mudah dikeluarkan (tapi tidak terlalu mudah). Jika tiada kecemasan berlaku, duit anda kekal dan akan berpeluang untuk berbunga (2 dalam 1).

  4. 4 ramzwatcher Aug 16th, 2006 at 9:29 am

    haha..dah pakat ngan alang ke shuth? alang pun cerita pasal ‘cerita saya ketika kecik jgk’.

    p.s: alah..kan pengalaman mengajar erti kehidupan dan keghairahan..haha..

  5. 5 ZeMMs Aug 16th, 2006 at 10:32 am

    Hi.. seronok baca entry ni.. just nak bagitau yg RSS feeds untuk site ni mcm ada problem je.. feed reader dah tak dapat update dgn latest post dari site ni (last sekali entry yg “Seminar Azizi Ali” tu je).. ingatkan still takde post terbaru.. bila check manually kat http://www.mohdsuhaimy.com/feed/ pun katanya ada parsing error.. better check that out.. :)

  6. 6 Labanon Aug 16th, 2006 at 11:30 am

    ho! ho! ho! haha itulah perkataan paling saya suka.. saya setuju 100% ho! ho! ho! hahaha

  7. 7 azwan Aug 16th, 2006 at 6:31 pm

    cara efektif nak simpan duit, pejam mata simpan je. toksah pikir panjang - Artikel

  8. 8 muhdmuax Aug 17th, 2006 at 4:00 am

    eh en shuth ni suka guna tajuk ‘ghairah’ lah, sampai tajuk ‘ghairah’ jadi most popular topic , apapeun saya nak tanya dari sk rendah sampai kerja skang ni dah baper rm kumpul :-D

  9. 9 aku Aug 17th, 2006 at 5:17 am

    simpan? oh no, b*llS–t!
    shuth sendiri demonstrate sampai bila nak jadi kaya kalau menyimpan je..

    shuthnye main point adalah passion.. not saving.. u can’t make a living with saving.

    mungkin pengalaman shuth ghairah ntuk kumpul duit nak kawen.. saya pula sedang mengalaminya :)

    gunakan 10% tu untuk simpan, ’simpan’ dalam bisnes anda.

    p/s: ada orang do not get the point.

  10. 10 shuth Aug 17th, 2006 at 7:00 am

    He! he!… yer \”aku\”….
    Kalau nak jadi kaya.. memang agak susah jika kita hanya menggunakan kaedah \”menyimpan\” sahaja… menyimpan itu hanyalah perkara asas untuk menjadi kaya..

    Selepas diri kita dah mantap dengan langkah pertama.. iaitu \”menyimpan\”.. barulah boleh pergi ke langkah seterusnya… seperti.. increasing earning potential.. financial risk management.. multiple stream of income.. investment dan sebagainya..

    perkara2 itu (investment, MSI , increasing earning etc..) takkan berguna jika konsep asas (\”menyimpan\”) tidak ada dalam diri atau tidak kukuh..

    so.. jangan salah anggap.. simpan duit adalah merupakan langkah permulaan untuk jadi kaya…. tetapi anda tidak akan jadi kaya dengan hanya menyimpan sahaja..

    \”simpan duit banyak2\” pula.. adalah untuk mempercepatkan lagi proses kita untuk menjadi kaya.. lagi banyak kita dapat simpan duit.. lagi cepat lah kita dapat pergi ke langkah seterusnya.. iaitu… \”investment & make money from money\”..

    Dan post kali ini, saya cuba menjawap persoalan.. \”Bagaimana nak simpan duit banyak2? / Bagaimana nak tingkatkan simpanan lebih daripada 10%? \”
    Jawapannya… \”Passion\”…

  11. 11 aku Aug 17th, 2006 at 8:04 am

    syabas shuth.. dah top 10 bagi ‘ghairah’..
    bleh jadik penampan.. hehehe.. teruskan keghairahan menyelak helai ilmu yang berguna…

    kita bukan berdua-duaan sahaja di sini.. tetapi ramai..

  12. 12 Noorizam Shah Aug 17th, 2006 at 8:14 am

    WAAHH.. cerita ghairah yang penuh motivasi.. hehehehehe.. saya sukakan motivasi begini dalam blog…

    hehehehe.. caya la shuth…

  13. 13 surfaddict Aug 21st, 2006 at 5:40 pm

    sebut pasal simpan duit..saya just simpan kecil-kecilan sahaja. Since tgh belajar takde income tetap..just simpan duit2 lebih belanja skit2..herm..lebih baik dr takde simpanan langsung

  14. 14 FATAH Aug 23rd, 2006 at 2:22 am

    “Simpanlah sekurang-kurangnya 10% wang gaji anda”

    simpan? kalu setakat simpan dan ambik balik. takkan sudahnya sampai bila2. bila nak kaya kalu tak mulakan simpanan dari awal lagi. kalu simpan sekalipun sekejap je. lepas tu ambik balik. anda tahu kat mana? kat TABUNG HAJI. berapa banyak anda telah simpan kat sana? eh, nama lagi tabung… kita kena menabung laa bukan mengeluarkan duit tabung. hehhe

    wuhuuu… 10% dari wang gaji? kalu nak menabung rm1.00 sehari memang boleh la. itu pun kalu boleh disiplin diri untuk menabung. rata-rata tak cukup duit apabila sampai tengah bulan. pokai jadinya. kalu tak sampai tengah bulan sekalipun sudah pasti hanya tinggal 10% untuk buat tabungan? 10% yang kita miliki tu belum boleh dipercayai sepenuhnya untuk ditabungkan.

    jika gaji anda rm1000 sebulan. belanja itu ini dah tentu lebih dari gaji anda. apa yang tinggal hanyalah 10% dari gaji yang nak disimpan. itu pun belum tentu boleh nak disimpan. kalu boleh memang nak dibelanjakan selagi tak habis. itu bagi mereka yang tak reti nak uruskan kewangan ler. duit memang sukar nak dapat, nak belanjakannya memang terlalu mudah.

    jalan terbaik adalah mulakan dari rm1.00 sehari. jika taknak boleh mulakan dengan rm10 sehari. jika naklebih lagi mulakan simpanan anda rm100 sehari. nak lebih lagi kena simpan lebih banyak lagi…

    # sekadar pendapat je…

  15. 15 buja Nov 19th, 2006 at 9:56 am

    aku setuju sangat dengan simpanan 10% ni.. tapi apa yang kau pikirkan sekarang kalau kita nak kaya kita tak boleh tumpukan simpanan itu sajer.. tapi persoalannya bagaiman cara kita nak exploitasi ghairah tu kearah pendapatan yang membolehkan kita bebas kewangan

  16. 16 edd Dec 18th, 2006 at 6:43 am

    aku suke bebonor bca bab ni …. bagi la petua yang bess

  17. 17 Anna Jan 16th, 2007 at 4:24 am

    Saya dah cuba menyimpan, tapi tiap kali ada jer duit tu nak guna…simpan kejap jer pas tu kuar balik..abis camner..tahun 2007 ni berazam nak simpan 10% dari gaji tapi x tau bole ke tak simpan dan x usik2 lagi…untuk kecemasan pun kena duit gak…kadang2 tgh2 bulan la kereta problem itu nak bayar ini lah..sudahnye nak sampai ujung bulan pun semput..abis cam ner tu….

  18. 18 az darulaman Apr 5th, 2007 at 12:39 pm

    ape2 le wei..cakap memang sonang!nak buek tu yg lotih..ape2 pun,memang botoila nasihat tuh..leh pakai le jalan yg di suggestkan tu.masalahnyer needs kat dunia ni byk benorrr!! hihi..

  19. 19 juliana badin Apr 16th, 2007 at 4:40 am

    yea..memang 1 cadangan yang baik, tapi mcmana dengan yang bergaji sedikit..mana dapat simpan dalam 10% daru\i gaji.
    Saya hanya bergaji RM700.00 dan pas tu perlu untuk membayar upah taska RNM250.00…tolong beri cadangan

    terima ksih

  20. 20 ayu Apr 22nd, 2007 at 5:37 am

    “Simpanlah sekurang-kurangnya 10% wang gaji anda”

    Dari start i kerja sampai la sekarang dah beranak pinak, i amalkan SIMPAN AT 30% DARI GAJI BERSIH (tidak termasuk pendapatan sampingan)
    Pendapat sampingan, i invest lagi :D

  21. 21 adeli May 17th, 2007 at 1:44 pm

    bgs pendapat tu saya suka.tapi gaji saya kecil.macam maner saya boleh beli sebuah moto

  22. 22 mar Aug 23rd, 2007 at 4:30 am

    setuju dengan simpanan minimum 10% daripada gaji..tapi please make sure that ianya adalah minimum bukannya maksimum…kalau mampu simpan lebih daripada itu baik simpan lebih dari 10%…

  23. 23 Teman Sep 5th, 2007 at 6:07 pm

    Saya ada citer lagi suprise…..masa saya dtg UK (sambung belajar) saya cuma bawak £1 je..tapi la ni saya dah ada £30 setelah duduk sini 4 tahun. Maknanya saya dah simpan 3000%. Sebulan maknanya 62.5% (mana ada skim cepat kaya sebaik ni).

  24. 24 2ndcybenet Sep 10th, 2007 at 9:36 am

    saya selalu simpan duit tapi bila tak berduit terpaksa korek balik. inilah masalahnya sekarang?

  25. 25 Aris Jalil Dec 9th, 2007 at 9:41 pm

    Sediakanlah matlamat dan pasang niat
    Ingatlah sewaktu susah dahulu
    Menabunglah untuk diri dan keluarga
    Penuhilah diri dengan ilmu
    Ambillah langkah positif
    Nantikanlah kejayaan…Insya-Allah

  26. 26 Samdaddycool Jan 1st, 2008 at 7:10 am

    …kalu labanon suka ho! ho! ho! ….yg lain suka part “ghairah”…:P … mmg keghairahan je yg dpt membuatkan kita berjaya. tapi ada satu lagi selain ghairah, pasanglah matlamat. dan matlamat tu kita coretkan atas kertas, tampal kat tempat yg kita biasa tgk hari2.. eg cermin, suis.

    kalu baca hari2, dah jadi doa, disamping mengingatkan kita yg selalu lupa… selamat mencuba!

  27. 27 hujan Feb 5th, 2008 at 9:42 am

    tapi masih tak menjawap soalan bagaimana anda dapat menyimpan 200% dari gaji anda.

  28. 28 amirrazak Aug 8th, 2008 at 3:06 am

    dah jawab la hujan.

  1. 1 Mohd Suhaimy | Blog Perniagaan Internet » 4 Cara Pantas Jimat Duit Setiap Bulan Pingback on Jan 17th, 2007 at 4:33 am

Leave a Reply