Sehari Di Seminar Perniagaan Internet, Osman Affan
August 19th, 2006, by shuth

Sehari Di Seminar Perniagaan Internet, Osman Affan

Jika kita ingin membina sebuah bangunan yang tinggi, fasa yang terpenting , adalah fasa pembinaan tapaknya. Tapak yang dibina perlulah betul-betul kukuh dan mantap. Supaya, bangunan yang didirikan diatasnya betul-betul stabil dan dapat bertahan lama.

Jika asas tapaknya tidak kukuh dan mantap, maka, bangunan tersebut berisiko untuk runtuh. Tidak kiralah ia runtuh sewaktu menyiapkannya, ataupun selepas ia telah siap. Jika ia telah siap.. lagilah teruk kebinasaannya. Kesian lah awek-awek yang tinggal di dalam bangunan tersebut. Tak sempat lagi nak kahwin dah meninggal. (Oh! apa yg saya mengarut nie?)

Begitulah juga di dalam membina perniagaan di internet. Ilmu pengetahuan yang asas di dalam membina perniagaan di internet perlulah kukuh dan mantap dalam diri kita. Jika tidak kukuh… maka.. akan terciptalah sebuah lagi kisah yang menghairahkan.

Oklah! straight to the point. Jika anda mempunyai minat yang mendalam tentang dunia perniagaan internet tetapi masih samar bagaimana untuk memulakannya…. Ketahuilah dengan mempelajari asasnya terlebih dahulu. Dan untuk mempelajari asas tersebut.. seminar 3dalam1 amat sesuai untuk anda. Dalam kursus ini, anda akan belajar 3 perkara asas di dalam membina perniagaan internet yang berjaya, iaitu:-

1) Mencari Produk Yang Ideal
Ramai orang gagal disini, sebab itulah kita boleh tengok ramai orang yang gagal & putus asa didalam menjalankan perniagaan internet mereka, sebab utama, ialah produk yang mereka jual, tidak ideal. Bila tidak ideal.. maka susahlah nak laku… bila tak laku.. bungkuslah!.. bila dah bungkus! tanam!… al-fatihah.(Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh… hu! hu!)

2) Membuat Website
Ini pun satu hal juga.. soalan seperti macam mana nak buat website? Nak pakai software apa? domain name tu apa? webhosting tu apa?.. macam mana nak masukkan website saya kat internet? kenapa gambar yang saya letak kat website saya tak kuar?

Soalan-soalan diatas adalah soalan yg terlalu asas.. jika anda tidak tahu jawapannya.. seminar nie memang amat-amat-amat sesuai untuk anda.

3) Teknik Mempromosikan Website tersebut.
Mempromosikan website adalah merupakan 70% usaha yang perlu anda lakukan apabila anda ingin menjalankan perniagaan di internet. Jadi.. dalam seminar ini,osman affan & dr irfan khairi ada berkongsi teknik-teknik yang sesuai untuk anda membuat promosi bagi website perniagaan anda.

Kesimpulannya (mcm karangan pmr lah plak!), bagi mereka yang ingin membina asas yang kukuh di dalam menjalankan perniagaan internet. Seminar ini amat sesuai untuk anda!.

Oklah.. dibawah ada beberapa gambar yg ingin saya kongsikan bersama anda semua.

seminar-3-dalam-1-osman.jpg
Osman Affan sedang menceritakan pengalamannya mengopek buah durian.

seminar-3-dalam-1-irfan-khairi.jpg
Dr. Irfan Khairi sedang menunjukkan cara-cara memilih buah durian yang sempurna.

seminar-3-dalam-1-shuth-irfan.jpg
Dr Irfan dan shuth (saya lah tu) berjabat tangan setelah bersetuju untuk bekerjasama mengeksport durian ke lebanon untuk digunakan sebagai senjata memerangi tentera israel.

ushawan-internet-malaysia.jpg
Barisan-barisan pemegang saham terbesar projek peng”eksport”an durian secara besar-besaran ke lebanon. (Osman, Shuth, Dr. Irfan, Zul Smartusaha)

Sekian terima kasih.

P/s:- seperti biasa.. caption gambar adalah rekaan semata-mata, tiada kaitan antara orang-orang yang sudah berkahwin atau pun yang belum berkahwin.

Ho! ho! ho!.. Yosh! :)

Buzz it!
Share and Enjoy:
  • email
  • Google Bookmarks
  • Facebook
  • MySpace
  • TwitThis
  • YahooMyWeb
  • digg
  • del.icio.us
  • Technorati
  • StumbleUpon
  • blinkbits
  • BlinkList
  • Fark
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • Spurl

13 comments Subscribe Comments

  1. Oh! Terlupa pula… di seminar ini, matzfain pun turut serta.. kacak orangnya. Tapi gambar dia saya tak boleh paparkan disini.. ditakuti ramai yg akan tergoda… marah pula awek dia nanti.. ho! ho! ho!

  2. By matzfain on August 19th 2006

    Thanks Shuth pasal smalam..

    Saya rasa bangga dapat berjumpa dgn nama2 besar dalam dunia Internet Marketing ni..

    Malah rasa amat terharu bila Shuth dgn Smart Zul layan pertanyaan saya yg newbie ni.. Ye la org glamer mcm diorg ni msti xnak layan saya kalau difikirkan logik..

    1st time tu gugup tu nak ckp dgn mreka.. Paling gugup bila Shuth ajak tangkap gambar.. Berdebar2 tu..

    PS: Adeh.. Lupa lak nak mintak tanda tangan Shuth dgn Zul tadi.. Tandatangan Dr Irfan saya dapat dah.. he he

    PPS: Thanks Shuth.. Hari ni mmg bersejarah tu dapat jumpa pakar2 internet malaysia.. Tntang gambar tu, nasib baik xdedahkan.. bkn ape, takut kalau ceti dgn along datang kutip hutang plak nanti(he he.. gurau..) Lupa nak ckp tadi gambar saya xbole di tunjukkan atas aspek keselamatan tapi Shuth memang mengertinya.. Pakarla katakan.. =)

    PPPS: Sori ye.. Saya komen panjang2 sbb xde blog sndiri.. Tngoklah nanti.. Thanks Shuth

  3. Seronok nampaknya pergi seminar.

  4. Wah.beshnya bilalah aku dapat pergi ekk… huhuhu dengkinya aku!!!!!!!!!

  5. By aku on August 20th 2006

    eh.. bile masa aku dengki? :)

    part caption gambar tu yang menarik tu.. musim durian kot.. :lol:

    hand out ada bagi tak? kalo bagi, rasa2 sesapa yang tak reti bleh paham tak hand out tu tanpa gi seminar?

  6. By aidacutes on August 20th 2006

    Seronok je dengar korang pegi seminar, nasib aida duduk sabah, kalau tak, huh, dengan semua pakar2 tu aida bawa bergambar tau! (ceh, macam je diorang sudi. hihi)

  7. Antara matlamat terdekat saya adalah bertemu mata dengan shuth, Dr Irfan dan juga Osman Affan. Alhamdulillah tercapai. Saifulsham pun dah jumpa. Lepas ni saper lagi yer? Apapun, thanks shuth. Ingatkan dah tak datang semalam. Apapun komen saya, bengkel 3dalam1, sesuai untuk mereka yg sangat2 blurr dan mahu bermula dari asas dan tak mahu pening2. Bengkel ini juga adalah jambatan ke bengkel Dr Irfan.

    Pendek kata, saya dan shuth sempat berbincang beberapa perkara dengan Dr dan Osman.

    Oh ya, kalau anda nak jadi orang berjaya, jangan letakkan soal harga sebagai no 1 dan soal itu ini. Secara tak sedar, diri anda sendiri yg telah menghalang diri anda ke depan dan menuntut ilmu. Osman ada cakap padal adab dan etika menuntut ilmu. Kita mesti sedar akan hal ini.

    Sori yer shuth, saya ‘takder mood’ nak menulis blog dalam masa beberapa hari ni.. Asyik kena hack jerrr..

    Thanks.

  8. sham & aida >> memang best ler.. rugi tak datang. Jangan tak caya.. ramai juga peserta luar dari selangor yang datang, macam dari sarawak, penang, perak.. terkejut juga bila dengar diorang datang dari sarawak. Kagum saya dengan semangat mereka..

    aku >> handout ada bagi.. tapi handout tu tak mencukupi.. rasanya 50% je kandungan yang di print dalam handout tu.. iaitu hanya point2 besar je.. manakala setiap penerangan tentang point tu kena tulis.. so.. kalau setakat baca handout.. mungkin sukar sikit nak paham.. lagipun.. tak rugi datang..
    1) boleh tanya direct kalau tak paham…
    2) boleh buat network dengan rakan-rakan seminar yg lain..
    3) ilmu tu lebih berkat… mcm zul ckp.. osman cakap.. kalau nak menuntut ilmu nie pun ada adab dia… jadi.. kenalah ikut adab tu supaya ilmu tu lebih berkat dan tidak merosakkan diri sendiri.

    :)

    zul >> sabar zul.. mesti ada hikmahnya tu…. :)

  9. By aidacutes on August 21st 2006

    To shuth>> amboi cam perli aida je tuh. Memang nak pegi pon. Tapi takde sape kat sana. Dibuatnya sesat. Dahla kite nie cenonet orangnya. hihi (masalah lagi…tak abis-abis c aida nie). Takpelah. InsyaAllah, bila kekuatan diri dah cukup, sampai la tuh. Mana tau masa tuh seminar yang Shuth buat plak.

    To Zul Smartusaha>> cian awak, on 19 saya baru perasan website awak. Besh sumer artikel kat c tuh. Then suddenly on the next morning, bila aida semangat nak bangun dah, second website yg aida buka, awak punya (First, Dr Irfan.hihii) Tapi kena hack plak. Sampai sekarang masih nak pegi website awak. Selepas tu la baru jumpa website c Shuth nie! Besh jugak! :)

  10. hehehe..bro shuth..baguslah dpt jumpa pro2 diseminar tu..bukan sahaja menambah ilmu malah mengeratkan silaturahim..saya hanya free utk ke seminar lepas raya nanti..skang tgh tumpu pada praktikal..

  11. thanks shuth.. buku maskahwin dah sampai.. nanti saya ulas :D

  12. By Badruzamani Azmi on August 27th 2006

    Tahniah kepada saudara Zul dan saudara Suhaimy. Saya teringin juga nak jumpa saudara dan Dr Irfan. Sebelum ni hanya chat kat forum dan emel sahaja. Ni, baru tengok gambar terkini. (gambar saya tak hensem jadi tak payah buboh la kat web. Gambar lama ada la kat web). Rasanya bilalah nak boleh pi seminar/jalan-jalan…

    p/s – Tahniah atas usaha saudara dalam forum WC. Saya menyokong usaha saudara. Boleh tanya cadangan penubuhan kelab kepada saudara Dr. Irfan dan saudara Osman tak?

  13. By rahimah on September 10th 2006

    Hai Shuth,

    Saya ada join seminar 19/8/06 hari tu. Tengah prepare website sendiri ni. Kalau tak faham boleh ke tolong bantu?


Add your comment