Ada satu soalan yang sering ditanya oleh orang-orang yang ingin menulis ebook.
Bagaimanakah saya nak elakkan ebook saya dari dicetak rompak? Saya tak nak orang edarkan ebook saya secara percuma kepada orang lain setelah saya berhempas pulas menghasilkannya… ada cara tak?
Jawapan ringkas saya… MAAF! Tidak Ada!
Jawapan panjang 7 muka surat pula…..
Oh! saya tidak ada masa untuk menulisnya.. namun saya cuba ringkaskan jawapan panjang tersebut menjadi 7 perenggan pendek.. ahaa!..
Jawapannyanya.. Ada!.. TAPI.. ia biasanya akan menyusahkan pihak pelanggan yang membeli ebook tersebut dan kos untuk membuatnya juga agak tinggi! Dimana.. bila anda melihat sahaja kosnya, pasti anda akan kata.. “selain dari cara tu ada cara lain tak?”.. oh!
Sebenarnya.. memang agak sukar untuk menghalang ebook anda diberikan kepada orang lain secara percuma. Bila anda telah menjual ebook anda kepada seseorang.. semuanya terpulang kepada sejauh mana tahap kejujuran dan keimanan seseorang itu. Terpulang kepada mereka untuk buat apa dengan ebook anda.. sama ada merekemenkannya kepada orang lain ataupun memberikannya secara percuma kepada rakan-rakannya. Perkara ini memang tidak dapat dielakkan.
Anda tidak akan mampu untuk menyaman atau mengambil tindakan ke atas setiap orang yang mengedarkan buku anda secara percuma, seorang dua mungkin boleh.. tetapi jika ramai, agak sukar juga..
Jadi.. tidak perlu peningkan atau risaukan tentang kemungkinan ebook anda akan dicetak rompak. Jika anda terlalu rungsing memikirkannya… jawapnya.. sampai bila-bila lah anda tidak akan dapat menulis dan menjual ebook. Sama lah macam kalau anda nak berkahwin.. kalau asyik memikirkan perkara yang negatif seperti.. takut bila dah kahwin nanti, rumahtangga anda akan bercerai, takut pasangan anda akan berlaku curang, takut diri anda akan didera pasangan.. ataupun takut tak dapat nak memuaskan pasangan.. jawapnya.. sampai bila-bilalah anda tidak akan berkahwin.
Jadi, janganlah terlalu memikirkan perkara-perkara yang negatif… fikirkan yang positif. Jika ebook anda dicetak rompak. Itu menunjukkan buku anda sangat bermutu sehingga ada orang yang ingin mencetak rompaknya.
Semakin banyak ebook anda diedarkan secara percuma.. bermakna semakin popularlah anda (dengan syarat anda menuils nama anda, alamat website ataupun apa-apa sahaja yang berkaitan dengan diri anda di dalam ebook tersebut). Kepopularan ini pula, anda boleh gunakan untuk melariskan jualan ebook anda yang seterusnya pula.
Jadi.. jangan terlalu takut tentang kemungkinan ebook anda dicetak rompak. Kebarangkalian itu hanyalah kecil sahaja sebenarnya.
Yosh!
Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.



























Ape makne ISBN tu ye shuth?
Adakah bila kita berdaftar dgn ISBN hakcipta kita terpelihara?
Jawab jgn xjawab.. He He He!!!
ok.. dah paham.. thanks shuth..
shuth terang kat wangcyber rupanya.. penat je tnggu kat sini..
PS: Perintis kpada sesebuah e-book akan lebih dikenali berbanding dgn si penirunya..
Lor.. tanya kat sini ke.. tak pasan pula.. Oklah! mungkin ada yg tak join wnagcyber.. saya copy&paste jawapannya kat ini..
———————————————-
ISBN sebenarnya tidak membawa apa-apa maksud di dalam perlindungan hakcipta. ISBN hanyalah merupakan standard pengkatalogan buku bagi perpustakaan. Ia bukanlah satu badan atau label hakcipta.
Untuk mendapatkan hakcipta mudah sahaja. Letakkan ayat ini di buku anda.
“Hak Cipta Terpelihara (c) 2006 Oleh Nama Anda”
atau dalam bahasa omputihnya..
“Copyright (c) 2006 by Name”
Yer.. tak perlu bayar apa2 pun…
Kecuali kalau anda nak buat licencing… licencing dengan hakcipta adalah 2 benda berlainan.
—————————————————-
shuth saya dah baca buku maskahwin .. nak saya kasi testimonial ker? hehehe… nanti saya ulas kat blog.. menarik buku ini
thanks norizam.. testimonial memanglah amat-amat dialu-alukan… lagipun tgh update version baru website maskahwin nie..
Insyallah kalau ada testimonial dari noorizam, harap dapat tingkatkan lag1 conversion rate website maskahwin tu..
“Jadi, janganlah terlalu memikirkan perkara-perkara yang negatif… fikirkan yang positif. Jika ebook anda dicetak rompak. Itu menunjukkan buku anda sangat bermutu sehingga ada orang yang ingin mencetak rompaknya.”
haha..tergelak saya bace perenggan nie..
yup, dalam dunia teknologi canggih nie, kemungkinan 99.99% benda boleh dicetak rompak. Ini disebabkan oleh keghairahan manusia.. “erks..adakah aku sudah terjangkit penyakit ghairah shuth?” :-p
Heheh, cuba kita think positive gak: daripada org lain cetak rompak buku tuh free2 jer, apa kata taruk iklan untuk ebook/services/website anda yang lain. Untung2 dapat promotion free daripada illegal distribution ebook anda.
Win-win ker buat camnih?
huhu..
tambah semangat lagi ni