Kenapa Produk Aku Tak Laku?
Mungkin ada pelawat blog ini sudah pernah mencuba menjalankan perniagaan di internet dengan menjual sesuatu produk. Tapi.. setelah setahun.. hanya beberapa ketul sahaja produk anda yang laku. Oh! teringat saya sewaktu saya mula-mula berniaga di internet dahulu. Produk pertama saya hanya laku 4 ketul sahaja dalam masa setahun. (Produk itu sebenarnya produk MLM.. bukan produk yang saya hasilkan.)
Selepas kekecewaan itu, saya pun mulalah belajar serba sedikit tentang selok belok bagaimana nak menjual barang di internet. Masa tu buku dr irfan khairi tak keluar lagi. Jadi, terpaksalah saya buat rujukan dan belajar dari artikel-artikel berbahasa inggeris yang terdapat berlambak-lambak di internet nie.
Setelah berbulan-bulan membuat kajian, akhirnya saya menjumpai begitu banyak sebab mengapa produk saya tak laku di internet. Antara sebab utamanya ialah.
1) Saleletter yang tak best langsung.
2) Pilihan produk yang terlampau banyak, sampai orang pening nak pilih yg mana satu. Last-last.. orang tak beli langsung! Oh!
3) Proses pembelian yang agak sukar dan berbelit-belit. Ini shoping cart punya pasal lah nie. Ha! ha!.. rerupanya orang malaysia tak pandai lagi guna shoping cart. Masa tu lah.. sekarang nie tak tahulah.. tapi rasanya macam masih sama je lagi.
4) Kaedah promosi yang tidak betul dan tidak tepat ke golongan sasaran. Ada ke patut nak jual ubat sihat ke budak-budak remaja yang sihat walafiat. Dah lah mahal.. Oh!
Pendek kata.. memang banyak sangat kesilapan yang telah saya lakukan dan kesemua kesilapan itu saya hanya sedar setelah membuat rujukan berbulan-bulan di internet.
Jadi, nasihat saya kepada mereka-mereka yang baru nak menceburi bidang perniagaan internet ini. Iqra!.. Bacalah terlebih dahulu dan belajarlah terlebih dahulu.. sekarang nie pun dah ada banyak buku, blog, ezine, forum serta ebook yang mengajar tentang perniagaan internet. Kalau anda orang yang agak sukar untuk membaca buku disebabkan terlalu malas sibuk, mungkin anda boleh datang ke seminar-seminar perniagaan internet yang banyak dianjurkan sekarang ini.
YOSH!
Hi! Nama saya Mohd Suhaimy. Saya adalah seorang Usahawan Internet & Blogger sepenuh masa. Dalam blog ini, saya berkongsikan tips mengenai Perniagaan Internet, Pengurusan Wang, Motivasi Kejayaan disamping beberapa pendapat dan pandangan peribadi mengenai topik tertentu.

Wah Shuth.. Sibuk memanjang skang.. Hebat2.. Web baru maskahwin gempaq gak.. Ayat membunuh.. Hehehe..
assalamualaikum shuth..
saya dah report polis pasal kgiatan shuth tu..
Maaf saya kena tegas menjalankan tugas..
Apa Kesalahannya?
Shuth didakwa atas tuduhan niat membunuh dgn menggunakan salesletter yg sangat dasyat sehingga bole membuatkan org terbunuh kerana ghairah melihat salesletter shuth..
Hukuman Dikenakan?
Gantung Salesletter Seumur hidup atau denda sebanyak RM20 utk makan sate kajang atau kedua2 sekali..
PS: He he.. Tgh pening buat kerja macam ni la jadinya.. Jgn marah..
oo.. matzfai nak minta belanja sate kajang ke?.. boleh je..
meh datang kajang.. nanti saya belanja.. he he he..
He he.. Shuth mmg terrer.. Saya stiap minggu lalu Kajang..
Shuth nak blanja? Bole je.. He he
terasa lapar plak sebut pasal satay ni.. p mkn dulu la..semalam jumpa matz fai kat bengkel kuantan..smart & selamber..
Banyak sebab kenapa tak begitu menjual sesuatu produk, pokok pangkak asas dia adalah produk tu sendiri. Sebab tu kena buat research dulu untuk tentukan produk.
eh sham.. mane ade saya ni smart & slamber.. saya ni dalam kategori mamat yg kelam kabut je..
Sham dgn zul yg smart dan slamber… Dan menjadikan ia sbg smartrajaads & smartzul.. he he
Ye btul tu zul.. Kita kena mengkaji pasaran jgak sperti yg telah diajar masa bengkel yg detail tu.. Thanks Zul & Sham & Smua Pihak Pengurusan..
PS: Nanti kalau dtg KL bgtau saya.. Saya blanja plak..
Saya byk ide tapi takde duit nak gi seminar dan takde masa nak buat..maklumlah saya ni GM..
Saya nak buat ebook pasal nak langsaikan hutang, Shuth boleh affiliate, sales letter, seo kan boleh tak?
hehe..lepas tu barulah saya ada investment budget hehe..