Paypal Untuk Malaysia

Ok! Saya rasa semua orang dah tahu apa itu paypal dan apa masalah-masalah yang dihadapi oleh rakyat malaysia dengan paypal ini.

Tapi.. takperla.. saya nak juga cite & terangkan kepada mereka-mereka yang mungkin masih tidak tahu “apa itu paypal”. Saya terangkan dengan seringkas dan semudah mungkin.

Apa itu paypal?..
Paypal ialah sejenis makanan yang berwarna hijau.. bentuknya bulat dan ia diselaputi dengan kelapa parut. Di dalamnya pula ada gula merah yang akan cair di mulut apabila dimakan.

Eh!.. silap! silap!.. itu bukan paypal.. itu kuih onde-onde! Oh! dah lama tak makan kuih onde-onde.. nak kena gi cari nie lepas nie.

Ok.. ok..be serius.. ini makna yang bebetul punya.
Jawapan Skema
Paypal ialah merupakan satu sistem akaun, yang membenarkan seseorang menghantar/mengirim duit mereka, yang terdapat di dalam kad kredit atau akaun bank, kepada orang lain, menerusi email dengan selamat dan cepat. Kaedah ini dipakai dengan meluasnya oleh pengguna-pengguna eBay. Ia juga merupakan satu kaedah yang paling murah bagi peniaga-peniaga di internet menerima bayaran kad kredit daripada pembeli.

Jawapan Poyo
Nak beli buku “Maskahwin Yang Hilang” pakai kad kredit? Boleh! boleh! Klik pada butang paypal yang terdapat dibahagian bawah website tu. Ho! ho! ho!..

Pendek cerita… dengan akaun paypal ini, peniaga-peniaga internet boleh menerima bayaran kad kredit daripada pelangan-pelanggannya di website mereka dengan kos yang sangat murah.

Tidak perlu RM20,000 untuk setup “merchant” akaun dengan Maybank.
Tidak perlu RM2,000 untuk setup akaun dengan WorldPay.
Tidak perlu RM200 untuk setup akaun dengan 2chekout.

Percuma je! (Tak juga!, sebenarnya.. kena bayar lebih kurang RM5 semasa nak verify akaun paypal tu nanti!)

Namun begitu, satu masalah besar bagi pengguna-pengguna paypal di Malaysia ialah, mereka tidak boleh mengeluarkan wang yang terkumpul di dalam akaun paypal mereka.

Jika mahu keluarkan, mereka perlu ada akaun bank US. Itulah salah sebab utama mengapa Paypal kurang mendapat sambutan dari orang Malaysia.

TAPI!!…. itu dooluu…!

SEKARANG!! Sudah ada banyak cara bagi kita (orang malaysia yg takde akaun bank US) untuk mengeluarkan DUIT dari paypal!

Bagaimana caranya? Tunggu… sedikit masa lagi.. akan muncul sebuah ebook panduan bagaimana mengeluarkan duit dari paypal dengan 3 langkah. Sebuah ebook karangan Mohd Hafiz a.k.a bitol.

Apa yang menariknya.. kita TIDAK perlu membayar RM300 untuk mendapatan buku panduan tersebut! Ia diberikan secara PERCUMA!!!. Jadi.. kepada mereka yang berminat untuk mengetahui bagaimana mengeluarkan duit dari akaun paypal dengan mudah! Jangan ketinggalan, DAFTAR SEGERA di pra pelancaran ebook tersebut!

< <<<< KLIK SINI!!!! >>>>>

P/s:- Saya menjangkakan, buku ini akan dapat membentuk gelombang penggunaan paypal secara besar-besaran oleh rakyat malaysia. Bayangkan jika paypal digunakan dengan meluasnya di malaysia seperti mana penggunaan maybank2u. Bayangkanlah betapa besarnya manfaat yang kita akan perolehi sebagai peniaga di internet….

Syabas saya ucapkan kepada hafiz yang dapat melihat kepentingan jangka panjang dan memberikan manfaat kepada industri perniagaan internet di malaysia, berbanding pihak lain yang hanya ingin mengambil kesempatan dan mengaut keuntungan yang melampau dalam jangka masa yang pendek.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

16 thoughts on “Paypal Untuk Malaysia

  1. Waa… terer betol budak Bitol nih!

    Macamane ni? Ebook ni bagi free tapi siap ada program afiliate dan bayar komisen lagi.. Agaknya apalah ‘catch’ dia ye! Mesti dia ada idea yg luar biasa ni!

    Apapun tahniah kepada Bitol. Cemburu pun ada gak, tapi gembira lihat kejayaan orang-orang muda kita hari ni.

    Alhamdulillah.

  2. apesal warna pink tu kuat sangat??

    X ayu la kalau macam tu.. he he

    PS: Jgn Marah.. Mgkin Komputer kat sini lain macam kot.. he he

  3. Hi,kawan-kawan terimakasih banyak-banyak kepada sahabat kita hafiz yang berkongsi dan benarkan mengakses ebook utk pay pal.Saya pun tercari-cari apa itu paypal.Moga-moga Allah saja yang membalas jasa Hfiz didunia dan akhirat.Amin.

  4. salam,
    shuth. sy ade masalah utk register dptkan free pay pal ebook. pls help me. ade keluar error on page.

  5. salam…
    En Suhaimy
    Sy Awatif
    bru first time lawat blog en.
    bole x tlg beri pandangan ttg topik “Blog sbb sumber pengajaran”..
    sy student Degree sem 5 KUIS
    TQ.

  6. Eh boleh ape kalo nak kluar duit dari paypal…..just klik withdraw jer dah dapat. Nanti ade la senarai nama2 local bank di Malaysia..

  7. dulu saya ada akaun paypal , SATU: sat isi borang tu salah isi nama…nama saya ada dua,tanpa fikir panjang saya isi siti kat kotak first,nama satu lagi kat kotak kedua,pas tu baru dapat tahu kat panduan cara2 mengisi borang paypal..kotak kedua kena kosongkan sebab nama saya dikira satu perkataan , KEDUANYA: kad maybank visa saya rosak..saya ganti baru,bila masukkan nombor kad yang baru..ianya tak diterima,terbengkalai begitu aje , KETIGA: Boleh Tak Saya Nak Buat Akaun Paypal Yang Baru Tapi Menggunakan Kad Visa Debit Dari Bank Yang Lain ( bukan bank maybank )?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>