30
Aug
06

Apa itu niche? <– bosan giler tajuk dia!

Bagi mereka yang sudah biasa dengan dunia “internet marketing”.. perkataan niche memanglah bukan suatau perkataan yang asing. Ramai yang dah tahu apa itu maksud “niche”… dan ramai juga yg tahu, untuk berjaya dalam perniagaan internet.. “Kita perlulah mempunyai niche yang tersendiri!”

Ho! .. ho!.. satu quote yg agak “cliche”.. (Adeh.. kang ada pula yg tanya.. cliche tu apa?.. er.. sila tengok kamus.. atau gi kat google dan taip “what is cliche”)

Ya.. untuk berjaya dalam perniagaan internet, kita memerlukan niche yang tersendiri.. tapi.. bagi saya, mempunyai niche yang tersendiri sahaja belum mencukupi. Bagi saya, untuk berjaya dengan lebih mudah dan pantas.. “kita mestilah mempunyai niche yang tersendiri dan mengUNTUNGkan”

Ya… diulangi dengan huruf besar.. meng“UNTUNG”kan! ho! ho! ho!..

Ramai orang yang tersilap memilih niche dan apabila mereka tidak berjaya dengan niche yg mereka buat.. maka.. mereka akan mula menyalahkan konsep “niche”.

“Tipulah niche niche nie.. i buat tak jadi pun”
“Menyusahkan je buat niche nie..”
“Aku dah try dah buat niche nie.. tak jalan daaa…”
“Eleh.. buat niche kunun…”
“Niche tu sape? yang masuk malaysian idol tu ke?”

Yer.. begitulah antara keluhan dan komen mereka yang tidak berjaya dengan konsep niche. Kebiasannya, mereka ini tidak membuat kajian yang terperinci dan tidak mendalami tentang konsep niche yang sebenar.

Mereka hanya tahu.. niche itu adalah suatu bentuk peng”khusus”an… dan untuk mencari peng”khusus”an.. mereka biasanya akan memilih berdasarkan minat.

Jika mereka minat kereta.. mereka akan buat website pasal kereta…
Jika mereka minat webdesign.. mereka akan buat website pasal webdesign..
Jika mereka minat pasal awek.. mereka akan buat website pasal awek.. dan untuk menjadi lebih niche.. mereka akan membuat satu website berkenaan awekmelayuberbuluromalebat ho! ho! ho!

Memilih niche berdasarkan minat anda bukanlah suatu kesilapan.. ia suatu kaedah yang betul dan boleh digunapakai. Cuma.. memilih niche berdasarkan minat semata-mata itu masih belum mencukupi.

Satu perkara lagi yang perlu anda fikirkan apabila memilih niche ialah.. “Adakah ia menguntungkan?”

“Oh!… macam mana nak tahu sesuatu niche itu menguntungkan atau tidak?”

Yer.. disinilah konsep “supply & demand” perlu digunapakai… kita perlu kaji, berapa banyakkah permintaan terhadap niche tersebut.. dan berapa banyakkah pihak yang membekalkannya.

Saya berikan satu contoh..

Katakanlah saya suka sangat buat web design.. pendek kata.. semua perkara yang dibuat akan melibatkan web design…. makan web design.. tido web design.. mandi web design… kahwin pun dengan web design.. Oh! maka.. disebabka ke”fanatik”an itu, saya pun bercadanglah untuk membuat sebuah website yang akan menawarkan perkhidmatan web design. Idea tersebut kelihatan agak menarik! Tetapi, persoalannya.. adakah ia menguntungkan?

Berikut adalah keputusan carian dari nichebot.com tentang bilangan carian serta bilangan persaingan (supply & demand) di dalam niche web design

E-Commerce Web Site Design

Lihat… terdapat.. 13,135,195 carian (permintaan) tentang web design sepanjang 12 bulan yang lepas. 13 juta!.. banyak tu.. Berapa pula persaingan untuk web design? 3,840,000 .. wah! hampir mencecah 4 juta website!.. Oh!.. persaingan yang sangat tinggi..

Kesimpulannya.. untuk membuat niche website berkenaan web design adalah merupakan sesuatu yang agak kurang menguntungkan. Terlalu banyak saingan yang perlu anda atasi… ia akan menjadi agak sukar untuk anda berjaya.

Tetapi.. apa kata kalau kita niche kan lagi niche web design tadi… kita pergi pula kepada “ecommerce web site design”

Berikut adalah keputusan “carian supply & demand” dari nichebot.com berkenaan niche “ecommerce web site design”
Web Design

Ada 881,781 permintaan dan hanya 523 sahaja persaingan.. lihat.. “ratio”nya pula hampir kosong. Dari angka yang diberikan, kita boleh melihat dan mendapatkan gambaran kasar tentang niche tersebut.. secara kasarnya, ia menunjukkan niche tersebut mempunyai supply yang kurang.. tetapi mempunyai demand yang tinggi! Jadi, bukankah lebih bijak jika kita memlilih “ecommerce website design”.. berbanding memilih niche ” web design” sahaja?

Harap.. anda mula dapat melihat serba sedikit tentang konsep nihce yang sebenar.

Oklah.. itu lah sahaja serba sedikit tentang topik “niche” yang dapat saya kongsikan pada kali ini.. insyallah lain kali saya akan sharekan tips yang lain.

Saya tahu.. selepas ini anda pasti akan bertanya.. “Berapa jumlah count & competition yang sesuai untuk kita mengambil keputusan memilih niche tersebut?”

Ketahui jawapannya di episod yang seterusnya, pada hari dan waktu yang sama di minggu hadapan… sehingga berjumpa lagi!.. YOSH!… (ho! ho!.. ada bakat jadi pengacara TV nie..)

Share and Enjoy:
  • YahooMyWeb
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • description
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists

Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.


18 Responses to “Apa itu niche? <– bosan giler tajuk dia!”


  1. 1 linn_comel Aug 30th, 2006 at 3:25 am

    alamak..shuth, kesian kat awek melayu berbulu roma lebat..glamour hari ni …ramai yang masih keliru dengan konsep ‘niche’. Saya pun masih banyak kena belajar dan faham tentang niche, anyway good Info dari shuth..

  2. 2 amrul Aug 30th, 2006 at 4:20 am

    good info shuth,saya lebih berminat tentang macamane nak kenal pasti supply and demand tu,tips yang shuth bagi tu sangat hebat,high valued!!! thanks bebanyak ek

  3. 3 rsfrs Aug 30th, 2006 at 8:23 am

    Shuth, pakai site aper utk check niche diatas??

  4. 4 aku Aug 30th, 2006 at 1:26 pm

    sudah dinyatakan: nichebot.com
    mungkin terlepas pandang..

    good info bro!

  5. 5 rsfrs Aug 31st, 2006 at 2:33 am

    Ooo.. X perasan plak..

  6. 6 cikgubiz Aug 31st, 2006 at 4:22 am

    Banya betul persaingan ye….

  7. 7 zul smartusaha Aug 31st, 2006 at 6:36 am

    Betul kata shuth, niche saja tak cukup, kena lihat aspek permintaan dan persaingan juga.

  8. 8 mu'az muhdmuax Aug 31st, 2006 at 12:53 pm

    shuth , leh tolong aku tak? aku pening la bab niche nih!
    pastu camna nak guna nichebot apatah bot pun aku tak tahu, pa pun tolong aku.

  9. 9 Labanon Aug 31st, 2006 at 6:24 pm

    Ya… ya niche memang PENTING :D

  10. 10 Noorizam Shah Sep 1st, 2006 at 2:17 am

    niche.. bukan minache… hehehe.. jom pikir niche niche.. hehehe

  11. 11 zul smartusaha Sep 1st, 2006 at 6:14 am

    Nak cari dan tentukan niche banyak cara, tapi sekarang dah ada tools macam nichebot ni, ia memudahkan kita nak membuat analisa keyword dan pesaing.

    Pokok pangkal, tunggu post seterusnya dari shuth.. ;)

  12. 12 Mr B Sep 1st, 2006 at 7:46 am

    Saya rasa niche yg paling menguntungkan adalah niche yang :

    1. Belum dipelopori oleh orang lain
    2. Competition yang resonable ( More competition means more weakness to see, more improvement to make and make a better mouse trap, all the world will knocking at your door )

    3. Anda sememangnya ada autoriti dan pengetahuan mengenai niche itu, bukan sekadar ‘bidan terjun’
    4. Niche itu mempunyai link-link kepada bisnes lain yang menawarkan affiliate, komisen, high bidding keywords, yang menguntungkan

    5. Cuba taip niche di search google dan tgk definisi niche pada wkipedia, kategori industrial ( profits di situ ditekankan )
    6. Cuba create satu excell doc, listkan semua nama2 besar online dan masukkan pengkhususan mereka dan produk apa yang mereka jual, itu niche mereka dan sudah establish, don’t fight with them instead work with them

    6. Di associateprograms, saudara Allan Gardyne sudah bermurah hati berkongsi rahsia niche affiliate yang menguntungkan serta senang dijual, kenapa senang dijual —> produk otai2 dibeli otai2, dan mereka saling promote produk masing2, JV terhasil dan people do believe other people flocking together and agreeing with each other

    7. Cuba anda lihat horoskop anda, panduan tarikh lahir berdasarkan dr fahilah kamsah, untuk sesuatu niche itu menjadi sesuatu yg menyeronokkan bagi anda, anda perlu tahu anda ni type camner ? jika anda seorang yg lembut jiwa, jiwang, romantis ( Cancer ) , sudah tentulah produk dating, produk love n jiwang sesuai diterokai..bayangkan jika anda bukan mat jiwang dan tak suka romans-romans ( sori shuth, ;) ) , payahlahhhh nak jual barang-barang jenis gitu

    8. Camner nak jual produk golf jika anda tak minat golf, minat dan sesuatu yang ‘bakal jadi minat’ adalah tak sama, sebab org yang mmg minat dan gila2 sahaja yg mempunyai komitmen dan terasa tak bosan dengan niche mereka, saya dah cuba untuk meminati produk tapi failed, tp jangan dijadikan alasan untuk tak mencuba…who knows ?

    9. Buat solat istikarah/ solat hajat, doa pada tuhan spy tunjukkan apakah niche saya ? niche apa yg paling sesuai dan profitable utk saya ?

  13. 13 tazamfn Sep 3rd, 2006 at 2:44 am

    tul tuh pasal niche ni kalo kata minat belum tentu kita boleh menulis ngan baik apa yang kita minat tuh walaupun kita bleh buat ngan baik/ minat fanatik sekali…tapi kalo tak cuba tak tau…so cuba dulu

  14. 14 FATAH Sep 4th, 2006 at 4:53 am

    memang membosankan. tapi kalu dah bosan satu apa pun tak boleh nak buat? jangan bosan untuk membina niche anda yang tersendiri. kalu pakar masak. kita citer pasal masakan yang kita pakar sambil tambah income sambilan.

  15. 15 FATAH Sep 4th, 2006 at 4:54 am

    sapo yang bosan dia takkan dapat income yang lumayan. wasalam

  16. 16 ramzwatcher Sep 18th, 2006 at 12:16 am

    shuth, nichebot takleh pakai ke skang? dah lebih sminggu rasanya masalah nie kan?

  1. 1 Target Pasaran (Punca Empayar Perniagaan Anda!) | Emosi Pingback on Jan 7th, 2008 at 9:25 am
  2. 2 Senyum dan ucapkanlah terima kasih | Blog Webmaster Malaysia Pingback on Apr 6th, 2008 at 1:36 pm

Leave a Reply