Sememangnya.. tiada seorang manusia pun yang tahu dan bagus di dalam semua perkara. Jika anda handal di dalam membuat wesbite dan design.. belum tentu anda juga handal di dalam teknik pemasaran. Jika anda handal di dalam membuat pemasaran pula.. belum tentu anda handal didalam menguruskan program affiliate.
Setiap manusia sememangnya mempunyai kelebihan tersendiri.. ada sesetengah perkara kita handal di dalam membuatnya, dan ada sesetengah perkara, kita tidak tahu serta agak lemah di dalam melakukannya. Namun begitu, ia tidaklah boleh dijadikan alasan untuk kita berhenti dan melupakan impian kita untuk berjaya.
Jika anda tidak tahu untuk melakukan sesuatu…contohnya seperti..
- tidak tahu membuat website
- tidak tahu menulis ebook
- tidak tahu menulis surat jualan…
- tidak tahu membuat SEO
- tidak tahu mencari idea dan sebagainya..
Maka, anda hanya mempunyai 2 pilihan….
1) Belajar dan buat sendiri…
2) Upah orang lain.
Untuk belajar dan membuat sendiri.. anda memerlukan kesabaran yang banyak. Namun begitu, ia adalah satu tindakan serta pilihan yang agak berbaloi, ini kerana, “proses pembelajaran” adalah merupakan usaha “sekali-seumur-hidup”. Sekali anda sudah mengetahuinya, maka anda akan mampu melakukannya berulang-ulangkali di dalam hidup anda…malah, apa yang lebih menarik.. anda akan menjadi semakin bagus setiap kali anda melakukannya..
Tetapi.. jika anda mempunyai wang dan memerlukan sesuatu itu dilakukan dengan profesional, anda bolehlah mengupahkan orang lain untuk melakukannya. Kadang kala, kita perlu terima hakikat, ada sesetengah perkara kita memang kita tidak langsung berupaya untuk melakukannya, malah adalah lebih mudah dan menjimatkan jika kita mengupahkan sahaja orang lain untuk membuatnya berbanding jika kita melakukannya sendiri. Contohnya… mencetak t-shirt untuk promosi perniagaan/website anda. (Oh!.. yer.. saya tahu ramai yang sedang tertungu-tunggu kemunculan t-shirt wangcyber, sabar-sabar.. tak lama je lagi)
Apa-apa pun… semuanya adalah faktor “masa dan wang”… jika anda ada banyak masa, belajarlah dan lakukannya sendiri. Jika anda ada banyak wang.. upahkan sahaja orang lain untuk melakukannya.
Sentiasalah membuat pilihan dengan bijak. Sekian…
Eh.. tak leh jadi nie.. post kali nie takde perkataan perniagaan internet la… nampaknya, lama lagi lah nak dapat no 1 kat google macam nie. ho! ho! ho!..
Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.




Latest Comments
kutar, kutar, kutar, mr.eims, laila [...]
titan, dauz, shuth, sham
Budak Gas, taukey, Abdul Rashid Basar, zool, oktant [...]
EDEK, AbgDie, anas, shuth, rusmaini
rps, rps, epit, aku, aku [...]