Menjadi Jutawan… bukan hanya satu jalan.
September 3rd, 2006, by shuth

Menjadi Jutawan… bukan hanya satu jalan.

Beberapa bulan lepas, saya telah didatangi oleh sepasang suami isteri yang ingin memberikan saya satu peluang yang akan membawa diri saya menuju dunia kebebasan kewangan. Apabila sebut sahaja tentang kebebasan kewangan, sudah pastinya semua orang inginkan perkara itu. Siapa yang tidak mahu hidupnya bebas dari segala hutang.. hidup dengan gembira tanpa perlu risau memikirkan tentang soal mencari duit sepanjang masa.

Pada awal pertemuan, saya tidak banyak bercakap, saya lebih banyak melihat dan mendengar sahaja tentang peluang yang ingin mereka tawarkan.

Setelah beberapa kali bertemu, dimana saya kurang seronok dengan pertemuan tersebut.. disebabkan ia mengambil masa saya yang sangat banyak iaitu sehingga larut malam sedangkan pada waktu tersebut, saya sepatutnya sedang beristirehat dan berseronok-seronok dirumah bersama keluarga, selain itu, saya juga terpaksa mengharungi jalan yang jem, membazir duit untuk minyak kereta, tol serta parking. Oh!.. biasalah.. orang kalau dah menyampah, semuanya dia nak berkira.. oh!

Akhirnya.. saya mengambil keputusan dan menyatakan kepada mereka.. saya ingin berhenti dan tidak mahu lagi mengikuti langkah mereka.

Mereka sebenarnya menawarkan saya satu peluang untuk menyertai sebuah syarikat MLM. Saya tidak nafikan, ramai orang yang telah berjaya dan menjadi jutawan dengan menyertai syarikat MLM ini. Tetapi itu orang lain.. bukan saya.

Terus-terang saya katakan, buat masa ini, saya rasakan diri saya amat kurang sesuai untuk menceburi dunia MLM. Saya tidak boleh memberikan sebarang komitmen di dalam bidang ini. Saya tidak mempunyai masa untuk menjual produk, mencari oang dan datang mesyuarat setiap minggu, apatah lagi jika mesyuarat tersebut diadakan jauh dari tempat tinggal saya.. sudah tentunya, ia memerlukan kos serta masa yang sangat banyak, dan saya, tidak mampu untuk melakukan perkara itu.

Saya tidak membenci MLM…malah saya amat menggalakkan jika ada rakan-rakan yang ingin menceburi bidang perniagaan MLM ini. (Dengan syarat MLM yg betul dan sah laa.)

Cuma, bagi diri saya.. buat masa ini, saya masih belum lagi dapat menerima semula MLM sebagai salah satu cabang pendapatan saya.

Ramai orang yang menyertai MLM beranggapan.. jika mereka ingin jadi kaya… hanya MLM sahajalah yang akan dapat memberikan mereka peluang itu.

Hakikatnya tidak…
Orang jual goreng pisang boleh jadi JUTAWAN….
Orang jual kuih popia pun boleh jadi JUTAWAN..
Orang yang jual insurans pun boleh jadi JUTAWAN..
Orang yang buka ladang lembu pun boleh jadi JUTAWAN..
Orang yang main saham boleh jadi JUTAWAN..
Orang yang tulis buku pun boleh jadi JUTAWAN..
Orang yang berniaga di Internet pun boleh jadi JUTAWAN..

Jadi.. jika ada orang MLM yang datang kepada saya dan mengatakan.. “Jadilah seorang jutawan dengan menyertai syarikat MLM kami…”

Maaf!… saya ada cara dan jalan saya sendiri untuk menjadi jutawan…. ketahuilah, untuk menjadi jutawan… bukanlah hanya dengan satu jalan.

Buzz it!
Share and Enjoy:
  • email
  • Google Bookmarks
  • Facebook
  • MySpace
  • TwitThis
  • YahooMyWeb
  • digg
  • del.icio.us
  • Technorati
  • StumbleUpon
  • blinkbits
  • BlinkList
  • Fark
  • Furl
  • NewsVine
  • Reddit
  • Spurl

30 comments Subscribe Comments

  1. By adiputra on September 3rd 2006

    bro, saya ader pengalaman ngeri bila cakap pasal MLM.Dulu ape yang tak penah join..sumer join cth LxxxR,Sxxxxxe,ntah ape ape lagi. Saya penah rugi RM 6K sebab terpengaruh dengan orang yang suruh masuk dan terus dapat pangkat Manager la diamond la dan mcm2.Akhirnya saya dah serik dan tak nak terpengaruh lagi.Biarlah tak kaya pun takpe.Cukuplah dengan kisah lalu.So biarlah kita cari rezeki dengan cara kita dan kita berpuas hati.Moga lebih berkat

  2. By mina on September 3rd 2006

    Saya juga rasa MLM tidak sesuai bagi saya, sebab saya tidak suka memujuk orang lain untuk Join MLM dengan menyerang kelemahan manusia iaitu Tamak dan Malas. Sememangnya, kalao mahu berjaya dalam MLM, seseorang itu tidak boleh malas, malah dia perlu rajin mencari orang, dan orang yang dicarinya juga kena rajin, jika tidak, mana ada pendapatan?? Kalao saya mahu rajin, saya lebih rela menjual barang dengan rajin. membuat website dengan rajin, lagi best

  3. Saya adalah pekerja syarikat MLM pada waktu siang. Memang benar ada yang kaya dengan MLM. Saya dapati mereka ini memang rajin dan ramah, sesuatu yang agak kurang dalam diri saya. Jadilah saya sebagai seorang pekerja sahaja.

    Shuth tulis dulu.. hmm.. memang nak tulis pasal MLM sebab dok nampak kt wangcyber Revell tengah rancak. Revell adalah salah satu MLM yang bagus, sebab tu nak menulis yang mana isi lebih kurang macam shuth -> point penting, tak semua orang sesuai dengan MLM. Syarikat tempat saya bekerja adalah HR Marketing Sdn. Bhd. Syarikat bumiputra.

    MLM ape yang diorang promote?

  4. Aku pun dah tak larat buat MLM ni… ada la joint 3 mlm 2 tak jalan…. satu jalan la prepaid memang guna… (nak tak nak kene topup gak)

  5. Sesungguhnya hanya yang cekal dan tabah akan berjaya, manakala yang minat sikit atau terdesak nak kaya cepat, lupakan hasrat anda untuk jadi jutawan dalam MLM. Kalau minat jadi mat rempit, jadilah mcm capirossi. Alang-alang merempit biar sampai jadi jutawan.

  6. banyak jalan dan banyak caranya… yang tak nampak jalan je yang nak cepat kaya. alihnya kayap je yang dapat. dengan multiple income yang anda bakal perolehi dan gerakkan dengan sewajarnya… anda memang akan menjadi jutawan…

    tunggu masa dan usaha anda sahaja yang perlu digembelingkan.

    sebagai contoh jutawa senyap dalam bidang makanan.

    pssstt saya nak jadi jutawan karipap mini.

    ada sapo2 yang nak karipap mini? tapi untuk hari raya aje laa.
    karipap bermusim. wuhuuuuuuuuuuuuu…

  7. hang memang tak sesuai dengan MLM, jiwa nurani hang bukan untuk MLM, MLM bukan pilihan hang.

    taklimat MLM yang dah saya jenguk… CNI… apa khabar?!!!!
    dah tentu luarbiasa…

    taklimat sureco? boleh! memang boleh!

    taklimat prepaid? join atau tak join prepaid mesti kena beli.

    taklimat shaklee? untuk kesihatan sekeluarga… MAHAL maaaaa…

    itu sahaja lah taklimat yang saya dah join…pastu senyap macam tu aje laaa. tak pegi lama dah… wuhuuuuuuuuuuuuuuuuu

  8. saya pun prnh kena ngan omegatrend..cukup sekali saya terkena. Saya mmg tak mampu nak pujuk orang, bukan apa kesian,..

  9. Mlm memang tak sesuai untuk pelajar bab kata SaifulSham :D

  10. Assalamualaikum dan selamat sejahtera

    Ermmm sy pon mmg ada cerita yg lebih kurang sama jer ngan anda2 semua
    berbagai2 sykt MLM dah join itu laa ini laaa hasilnya …….masuk sikit tapi modalnya makkkk aiiiiii
    BUKANNYA NAK BURUKKAN SYT TUU….dah mmg sy yg xmampu buatnya….

    tapi skg sy lebih selesa dengan cara saya sendiri asalkan setiap bulan ada duit TAMBAHAN masuk
    tidak payah macam2 laa senang kata hehehe….
    TAPI ada satu syky MLm yg saya join sekarang ….???
    KENAPA…

    SAYA HANYA GUNA PRODUKNYA YG MEMBANGGAKAN SAYA SENDIRI DAN ADA KESAN +++(ve) PADA KELUARGA SAYA
    ermmmm saya hanya guna produk tuu untuk kegunaan seharian demi kesihatan.
    KESIHATAN PON PENTING KAN

    Sooo pasal duit ada cara lain…..

  11. Betul kata Shuth tu.

    Buat MLM boleh kaya tapi bukan sesuai untuk semua orang (termasuklah saya ;-) )

    Pengalaman saya dengan MLMi: mula pd tahun 1990… hehe … lama kan… kalau terus buat dah lama kaya rasanya…. tapi tak kaya2 pun…sbb tak terus buat….lps tu, tukar kpd byk sykt MLM lain…. sbsb tengok marketing plan yg canggih2 & nampak senang nak buat duit….tp tak buat duit juga!

    Skrg: tengah belajar cari duit INTERNET!!! ;-)

  12. yup memang tak de paksaan saya dulu dah hampir fedup ngan MLM tapi skrng nak cuba balik…sebenarnya dr permerhatian saya cara mempromosi sesuatu MLM itu kadang kadang salah…terlalu cepat nak jadi Jutawan…tidak fokus cara cara jadi Jutawan tu…tidak semesti masuk MLM anda jadi jutawan…hari ni kalo anda masuk peraduan TM in Million kalo menang pun anda dah jadi Jutawan…tapi apa usaha kita…hanya sekadar melihat iklan yang disiarkan tanpa ada inisatif mengambil bahagian???

    So skrang tugas saya sebagai pengedar hanya bercerita (1) tentang produk MLM yang saya guna (2) kalo nak tambah income sambil nak guna saya tunjukkan kalo tak minat tak pe

    Saya rasa kita akan berjaya tanpa memaksa kalo paksa tapi yang bawah tu tak jalan dan tak dipimpin maka payah kita akhirnya kecewa..jadi matlamat saya bertahan selagi boleh dan lihat perkembangan kalo berkembang teruskan kalo tak boleh perbaiki kalo tak boleh jugak berenti terus…

    just pandangan…

  13. Pandangan saya pula begini,manusia dilahirkan tidak sama antara satu sama lain.contoh paling hampir bab warna. Ada suka warna hijau ada suka warna biru. Jadi begitu juga dalam perniagaan. ada suka mlm , ada suka jual karipap dan ada suka internet marketing.Jadi sebagai manusia kita harus sedar dan menyedarkan diri dimana minat kita . Setelah sedar diri… maka pilihlah jalan kita samada nak berniaga mlm,karipap atau berniaga diinternet. dalam masa yang sama janganlah kita memperlekehkan perniagaan orang lain kerana sabda nabi 9/10 punca rezeki adalah dari perniagaan. ( tiada penekanan jenis perniagaan apa , yg penting halal ). ditekankan sekali lagi YANG PENTING HALAL.
    Jadi terimalah hakikat bahawa ada orang akan jual karipap,ada jual kopi tongkat ali dan ada orang jual web template …

  14. Sokong sepenuhnya dgn Shuth..

  15. Saya setuju dengan saudara tazamfn, jika menyertai mlm tidak semesti anda kaya terus tetapi kenalah berusaha untuk mejayakan mlm tersebut.

    Saya juga ada menyertai mlm tapi setakat satu je, cuba dulu itu pun atas ajakan kawan baik. Seperti kawan saya ni, dia banyak contact dalam kerja sehariannya, hari-hari jumpa orang dari utara sampai selatan, so sambil selam minum air mana contact yang dia jumpa teruskan dia promote mlmnya. Nampak berjaya, modal mlm pun dah dapat balik. Tapi saya ni, under dia buat tak tau je. Masa mula promote tu gila-gila ayat dia senang je`Kau nak kaya tak? Aku nak jadikan kau kaya ni`, ayat promote power giler. Tapi takpela sekurang-kurangnya aku tahu le MLM tu apa, network 21 tu apa.

    Tapi yang tak syoknya, modal dah labur $$$$ tapi pulangan tak pulan-pulang lagi. Mmmmm burn lagi duit aku….

  16. By wanzayu on October 7th 2006

    MLM tak salah tapi manusia yang membuat MLM kadang2 salah fakta dan buat idea nak cepat kaya saja.Walaupun aku dah tak buat MLM tapi bini aku suka MLM ni.Jadi tak ralat laaa…pendek kata,sapa yang kuat usaha dan ada matlamat dalam apa bidang pun boleh BERJAYA.
    Kalau anda masuk 4-5 syarikat MLM pun kalau tak buat tak guna juga.Baik buat bisnes yang SERASI dengan anda.Tak kira jual kain ka,jual karpet ka,ejen insurans ka atau apa2pun.
    Akhir kata, salam ramadhan buat semua

  17. By jeejoe on December 15th 2006

    mlm betul boleh jadi kaya atau jutawan.yang salah nye diri sendiri semuanye hangat2 tahi ayam bila dah kuar modal baru jumpa sorang dua baru kena rejet dah putus asa last2 salah kan mlm.semuanye salah sendiri perniagaan mlm kan perniagaan sediri kalau buat sambil lewa duit masuk pun sambil lewa lah.adat orang melayu suka nak kaya cepat baru kena rejet dah tak nak buat.

  18. berusaha sungguh seolah2 kite balajar dgn semangat kental walau pon sikit lama2 pasti jd bukit yg penting ikhlas dan jujur apa pon tak kira kerja bercakap dan blajar insyallah dengan izin allah taala pasti akan berjaya

  19. By gbon on September 13th 2007

    aku penah join jgk mlm….dgr mcm bagus bleh jdi kaye..iklan memang menarik org.tapi smpai skng tak balik modal lg..aku ter tipu!!!pilangkan duit aku

  20. By SUKHOI on September 18th 2007

    MLM ke Internet ke, ujungnya kena belajar dulu ilmu nak meniaga,pastu kena le usaha,usaha,usaha dan usaha sampai dapat….orang Melayu memang cepat sgt give up!Tak semualah tapi banyak yang gitu,semua orang yg dah dapat apa yang dihajat tu adalah orang yg kuat semangat, so..teruskanlah apa yang sedang diusahakan tu…

  21. *nota: website tu baru sebenarnya. kalau tak boleh, try lagi sekali, adjust alamat dia. yang penting ada kat blogspot. sori yek*

    Salam Jutawan sdr Suhaimi.

    Saya tertarik untuk memberi komen kepada apa yang saudara tulis di atas. Saya setuju, MLM bukan untuk semua orang. Malah saya setuju nak jadi jutawan bukan hanya satu jalan.

    Cuma saya rasa terkilan kenapa saudara perlu menulis sebegitu buruk tentang MLM. Memang benar MLM perlu pergi miting, bawak orang dsb. Tapi cuba saudara beritahu saya tentang perniagaan internet? Ada ke orang yang join perniagaan internet esok terus dapat pulangan? Tentu tidak bukan?

    Paling kurang pun belajar seminggu, sebulan atau lebih lama bergantung kepada level kefahaman orang tersebut.

    Lepas itu barulah nampak hasilnya. Kalau ada perniagaan internet yang hari ini bayar RM10 lepas tu esok dah boleh pulangan RM10 bagitau saya. Saya minat nak masuk. Saya banyak jumpa suruh beli buku itu, beli buku ini. Kalau tak minat boleh jadi affiliate, jual saja tak payah beli.

    Kebanyakan MLM pasarkan produk kesihatan. Selain menjual, kita boleh guna sendiri. Jadi, tak ada masalah keluarkan modal. Kalau tak nak produk kesihatan, ada juga penjagaan diri. Eh, macam-macam lah.

    Saya setuju yang perniagaan internet boleh menjadikan jutawan. Saya setuju perniagaan MLM juga boleh menjadikan jutawan. Goreng pisang atau apa-apa sajalah perniagaan yang ada di muka bumi ini (yang haram pun boleh jugak, tapi saya tak nak subahat). Cuma yang paling penting: BUAT BETUL-BETUL.

  22. [quote comment="4544"]
    Cuma saya rasa terkilan kenapa saudara perlu menulis sebegitu buruk tentang MLM. [/quote]

    Menulis sebegitu buruk tentang MLM?.. apa yang buruk sangat tentang MLM yang saya tulis.. saya dah cuba baca 5x lagi apa yang telah saya tulis.. part mana yang terlalu buruk?

  23. By peachpurple on March 6th 2008

    setuju dengan aidil

  24. salam…macam2 ya kalau kita dengar mengenai mlm,ada yang menarik dan tak kurang yg ngeri….tapi apa pun pendapat saya terpulang kepada individu itu sendiri….sepanjang 14th saya di dunia mlm kebanyakan org yg tak berjaya tu kerana cara tak betul…sebenarnya dlm mlm yang paling utama tu niat kita….bagi saya mlm ini dah sebahagian dari kehidupan saya…dan kalau ada kawan2 yang meminati mlm hubungilah saya mungkin kita boleh berjaya bersama-sama hasni 0193285292

  25. By missykana on April 27th 2008

    shuth, saya tak nampak kamu komen yang buruk2 berkenaan MLM :)
    oh ya sepupu saya seorang ‘ribuan mlm’, 2 years of hardwork, umur 23 tahun, dia ada puluhan ribu srg :D yeah, it toooook a real dedication, and he was so busy promoting and selling his products.. :D and dia pun buat business internet samping2an… alhamdulillah, banyak membantu

  26. Bagaimana cara atau jalan perniagaan internet

  27. Finally! After reading all posts!! Saya dah ada online boutique.. terima kasih shuth for all the guidelines!!!!!!!!!!!!!!!!


Add your comment