Seorang rakan bertanya kepada saya….
“Betul ke skim pelaburan nie tak betul? Kalau tak betul.. kenapa pensyarah-pensyarah dan orang2 besar yang pandai-pandai tu pun join skim ini?”
Orang-orang yang bijak pandai sememangnya mempunyai tahap IQ (Intelligence Quotient) yang agak tinggi daripada orang-orang lain. Namun begitu, IQ ini adalah tidak begitu relevan untuk digunapakai sebagai kayu pengukur kebijaksanaan seseorang dari segi kewangan. Untuk mengukur kebijaksanaan seseorang dari segi kewangan, kita memerlukan FQ(Financial Quotient).
Orang yang tinggi IQ.. tidak bermakna FQ nya juga tinggi... sebab itulah kita dapat lihat ada golongan-golongan profesional yang dianggap sangat bijak seperti doktor, peguan, jurutera dan sebagainya.. terus hidup dalam suasana yang cukup2 makan sahaja.. tidak kaya.. tidak miskin…
Orang yang tinggi FQ pula.. tidak semestinya juga mempunyai IQ yang tinggi... sebab itulah kira dapat lihat ramai orang2 yang hanya berkelulusan darjah enam dan tidak habis sekolah, berjaya menjadi seorang jutawan…
Jadi… jika ada orang yang memakai ayat… “Sertailah skim pelaburan ini kerana skim ini telah disertai oleh ramai golongan profesional serta bijak pandai seperti doktor, pensyarah dan sebagainya…”
Maaf.. ayat itu tidak berkesan untuk meghairahkan saya…. tak stim pun orang kata.. ho! ho! ho!..
Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.




























Hahaha x stim.. Bagi saya, Pandai bukannya hebat.. Sbg contoh, seseorg itu pandai ketika belajar hingga mencapai kejayaan cemerlang tapi secara praktiknya mereka lemah.. Mereka lupa untuk melihat dunia luar yang sedang berkembang. Ini bermakna mereka hanya pandai tapi tak hebat. Hebat pulah sebaliknya.
memang tak stim pun… kalau 70an dulu mungkin boleh pakai kot ayat tu… tapi sekarang.. makin canggih it.. makin bijak orang …
Ada satu kes… masih dalam siasat polis.. seorang wanita biasa tipu juta-juta … yang kena tipu.. dato seri, tan sri.. hehehehe.. macam mana tu?? IQ vs FQ
hahaha, betul pendapat ni, kebiasaan orang yang kurang financial quoattion(FQ), tapi IQ bagus ni, sebab ada sikap tamak, kalau dalam bahasa omputih greedy..kalau kasar sikit haloba. Nilah manusia yang malas nak usaha, malas nak guna IQ yang ada..nak buat mcm hati dah kena pencemaran ngan sikap tamak.
Ya…….. iq juga tidak menjaminkan kebahagiaan di dunia dan di akhirat…
fikir-fikirkanlah
Diorang guna ayat poyo untuk menguatkan hujah yang tak kuat tuh.Takde tukang pujuk yang akan cakap”doktor,engineer,lawyer,Dato’,Tan Sri semua dah kena tipu dah”.
P/s:bro shuth tahu tak camne ayat stim dan menghairahkan heheh.bleh kongsi kut.
eks..kot ye pun adiputra, pm lah untuk petua hot tue , kang abes stim orang lain yang baca ;p
hurm….setuju dengan pendapat linn_comel, sebab tamak, habis kepandaian letak tepi…kadang-kadang tahap ‘kecairan’ terhadap pelaburan makin rendah sebab aweks atau balaks yang cun, yang hensem pujuk masuk..haha
biasa dengar ayat tu.. cakap memang free.. sbb tu diorang suka2 cakap. macamana kalu diorg guna pantun cipta ayat macam tu?
adiputra >> nak tahu ayat stim heh?.. contoh ayat stim….
\”Kalau saudara join biz/skim nie.. saya akan bagi saudara no telefon fifi dan aturkan makan malam saudara bersama fifi pada minggu hadapan di hotel lima bintang tepat pukul 8 malam.. bagaimana? makan malam bersama fifi… hanya saudara dan fifi sahaja! berdua.. tiada orang lain!… perbelanjaan semua ditanggung… tetapi… dengan syarat.. saudara join biz nie hari ini juga.. kalau hari esok.. tak kira.\”…
ho! ho! ho!…