14
Sep
06

Mencari Produk Yang Terlaris Untuk Dijual..

Pada suatu hari, sewaktu burung-burung sedang terbang bebas riang di udara, dan sewaktu kambing baer sedang meragut rumput di padang, seorang rakan saya bertanya kepada saya…

Aku ingat nak buat bisnes internet juga lah macam ko!.. Tapi apa yer barang yang aku nak jual?

Jangan fikirkan apa barang yang ingin dijual…. tetapi fikirkan apa barang yang orang ingin beli! Lebih hebat lagi.. jika anda dapat fikirkan, suatu barang yang orang tersangat-sangat ingin membelinya dan tidak sabar-sabar serta terlompat-lompat untuk membelinya..

Ho! ho!… apa barang yang orang sungguh tidak sabar dan terlompat-lompat untuk membelinya?..

Sesuatu yang dapat “menyelesaikan masalah mereka”.

Contohnya….

  • Sesuatu produk yang dapat menjimatkan perbelanjaan minyak petrol mereka…
  • Sesuatu yang dapat melangsaikan hutang mereka seumur hidup dengan cepat…
  • Sesuatu yang dapat membantu mereka mendapat kerja dengan mudah dengan gaji yang tinggi.
  • Sesuatu yang dapat menambahkan pendapatan mereka dengan mudah.. Oh!.. sebab itulah skim cepat kaya sentiasa mendapat sambutan..

Kesimpulannya… jika anda masih tercari-cari produk yang ingin anda jual di internet.. carilah suatu produk yang ingin dibeli orang ramai.. bukannya produk yang ingin anda jual kepada orang ramai..

Share and Enjoy:
  • YahooMyWeb
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • co.mments
  • connotea
  • del.icio.us
  • De.lirio.us
  • digg
  • Fark
  • feedmelinks
  • Furl
  • LinkaGoGo
  • Ma.gnolia
  • NewsVine
  • Netvouz
  • RawSugar
  • Reddit
  • description
  • Shadows
  • Simpy
  • Smarking
  • Spurl
  • TailRank
  • Wists

Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!.


16 Responses to “Mencari Produk Yang Terlaris Untuk Dijual..”


  1. 1 linn_comel Sep 14th, 2006 at 5:32 am

    betul tu..

  2. 2 fai Sep 14th, 2006 at 8:57 am

    Pada suatu hari, sewaktu burung-burung sedang terbang bebas riang di udara, dan sewaktu kambing baer sedang meragut rumput di padang, seorang rakan saya bertanya kepada saya…

    Err.. Kambing Baer tu kambing spesis ape ye shuth…

    PS: Jawapannya buat E-book tntang kambing baer utk selesaikan masalah.. He he.. Hanya gurauan

  3. 3 cikgubiz Sep 14th, 2006 at 2:35 pm

    Jual produk yg boleh menyelesaikan masalah orang ….

  4. 4 aku Sep 14th, 2006 at 2:37 pm

    huhuhu.. betul tu shuth… aku selalu kalo bagi ayat power ntuk ajak orang join carik duit sket kat net ni, aku selalu tekankan, “cari apa yang orang nak”.

    sebab bile aku cite pasal blog ntuk adsense, first skali aku dapat respon, “akak nak buat pasal resepi, akak suke tulis pasal resepi” :)

    p.s: MFA website memang tak bagus, tapi first ntuk encourage diorang, aku tak tekankan content is king dulu… maybe pendekatan aku salah, tapi aku dah cuba 2 pendekatan, biasanya orang hanya berminat bila dengar “duit senang”, heh.

  5. 5 sAf-OnE Sep 14th, 2006 at 10:16 pm

    Bagus Shuth.. Cari apa org nak dipasaran.. So, kita berilah apa orang nak.. Hehehe..

  6. 6 Noorizam Shah Sep 15th, 2006 at 3:17 am

    akhirnya… shuth kembali menulis.. hehehehehehehe…. nak puasa and raya nih orang banyak nak beli kueh.. apa kata jual e-book pasal kueh.. hehehehe…. opss jual kueh jer laaa apa susah susah nak buat ebook .. hehehehe..

  7. 7 mina Sep 15th, 2006 at 8:36 am

    masalahnya, bukan mudah mencari penyelesaian untuk masalah

  8. 8 Imo Imora Sep 15th, 2006 at 10:45 am

    Betul2…setuju sangat2.Tapi idea Shuth lebih kepada skim cepat kaya la.

    He2 :-) .Tips yang berguna.

    P/S: jangan mare yer gurau jer tadi.

  9. 9 shuth Sep 15th, 2006 at 12:21 pm

    Mina “masalahnya, bukan mudah mencari penyelesaian untuk masalah”..

    Yer.. satu point yang bagus… nanti ada masa saya ulas tentang point nie.. :) mcm mana nak mencari penyelesaian masalah..

  10. 10 zul SmartUsaha Sep 16th, 2006 at 9:22 am

    Bisnes konvensional. Wujudnya bisnes ni adalah untuk memenuhi kehendak manusia. Kedai makan, sebab orang nak makan. Cendol, sebab ramai orang suka. Pisang goreng, hmm, juga ramai yang suka lebih2 time hujan.

    Begitu juga perniagaan internet, tak jauh beza. Asasnya sama iaitu memenuhi kehendak orang, menyelesaikan masalah orang.. Cuma, kaedah dan platformnya sahaja yang berbeza. ;)

  11. 11 ramzwatcher Sep 18th, 2006 at 12:15 am

    oh, naseb baek takde perkataan “mcam nak cari niche gak la@ berkaitan dengannya. ;p”

    pernah jugak terfikir: boleh tak kita guna teori demand dari google.com untuk dunia nyata? sebagai contoh:
    barang A ramai orang carik kat internet

    adakah ini bermakna barang A adalah barang yang turut dicari oleh ‘golongan tanpa internet’ ?

    jawab jgn tak jawab. wat topik post kalau panjang ;p

  12. 12 shafiq Apr 17th, 2007 at 6:58 am

    saya nak jual maklumat ini: (3 sebab kenapa anda tidak menjadi jutawan. ) setelah anda memahami apa yang anda baca, saya nak jual pula teknik ini ( Rm 10 juta dalam 12 bulan dan bersara dengan Rm 50 ribu sebulan untuk seumur hidup). boleh tolong saya cadang harganya.

  13. 13 kememon May 22nd, 2007 at 12:12 pm

    jual megi melalui internet… ok tak idea tu?

  14. 14 azezul Nov 30th, 2007 at 7:13 am

    jual megi?? hehehe.. bayak la ko nak jual megi.. tu semua orang boleh dapat kat kedai jer.. paling tidak pun kalau waktu malam da ngidam sangat nak mkn megi, boleh bley kat 7e je ataupun petronas..

    Emmm.. eh!! korang ade idea bisnes bagus x? aku tengah cari bisnes yang bagus la.. tapi MLM aku x minat la..

    Kalu ade plese reply err

  15. 15 azlan-seremban Jun 9th, 2008 at 5:14 am

    Pada hari kenaikan minyak saya dapat tempahan 12 botol fuel echanger 120ml . Fuhyoo loaded sekejap … cuba dulu baru tahu .. TQ.

  1. 1 Mencari Produk Yang Terlaris Untuk Dijual.. « Mak Hayam Adsense Pingback on Sep 21st, 2006 at 6:42 am

Leave a Reply